Saturday, 18 May 2013

Kurus dengan Cinch Shaklee!!

Perisa cinch ni sedap woo

Pernah dengar pasal cinch Shaklee?? Jom kita tengok Apa itu Cinch Shaklee, produk yang memang dibuat khas untuk kuruskan badan. Jadi rasanya ramai dah berjaya kurus dengan cinch shaklee ini. Oklah harini saya nak bercerita sikit pasal Cinch Shaklee ni. Manalah  tahu, nanti korang dapat idea. Banyak juga kajian dibuat untuk produk shaklee ni.


Diet yang gagal ??


Selain dari tak control makan, dan tak senaman, sememangnya diet anda akan gagal. Oklah, anda kata anda dah tak makan nasi, tengah hari tak makan, cuba berlapar. Ada yang berjaya turun dalam 2-3 kg, tapi oklah lepas tu nak makan nasi sebab terasa nikmat, tengok - tengok bila tak terjaga, berat mula naik kembali mendadak . Kenapa diet berlapar ni tak jadi ? Ok inilah satu kesan yang di panggil yoyo effect. Masalah yang berlaku di sini ialah, bila kita kurang makan, kita bukannya membuang lemak, tapi apa yang berlaku, jisim otot kita menjadi lemah dan berkurangan, jadi yang hilang berat tu cumalah otot kita sahaja. Bila kita start makan balik, yang bertambah cumalah lemak. Di sini kita perlu tahu, otot sangat penting untuk menguatkan metabolisme yang mampu membakar lemak.
  • Apa Itu Leucine ?
Leucine ini adalah salah satu sumber protein, yang bagus untuk memelihara otot. Cara bekerja leucine ni ialah, dia akan mengekalkan kekuatan otot kita, selepas kita berlapar, diet, ataupun lepas kita senaman membasuh kereta ataupun mengejar biawak. Mengikut kajian yang dibuat, para atlet biasanya akan mengalami lemah otot, dan ini menyebabkan jisim otot berkurang. Dengan adanya leucine ini, jisim otot cuba dikekalkan, dan ini membantu otot meningkatkan metabolisme, dan seterusnya membakar lemak  yang ada. Jadi, pentingnya Cinch Shake ini ialah kandungan Leucine protein yang bagus untuk orang yang berdiet.
  • Beza Cinch dengan ESP
Produk protein yang popular selain Cinch ialah Energizing Soy Protein (ESP), yang memang sesuai dijadikan sumber protein, yang banyak khasiat dan kelebihannya. Antara beza yang ketara ialah kandungan multivitamin yang lebih banyak terdapat di dalam Cinch berbanding ESP. Mengikut pakar Shaklee, Cinch memang direka khas untuk kuruskan badan. Walaubagaimanapun, ESP juga berkesan untuk kuruskan badan. Di dalam Cinch, kandungan Leucine dirahsiakan, sebagai satu paten khas Shaklee, supaya formula kandungan Leucine tidak dapat ditiru oleh syarikat lain.


  • Cara pengambilan harus betul 
Alhamdulillah, dengan mengamalkan Cinch pada waktu pagi, anda dapat turunkan berat badan dengan mengamalkan kuantiti yang betul. Kalau anda ingin berpuasa, ataupun tak mahu ambil makanan yang berat seperti nasi, sebaiknya  anda boleh mengamalkan cinch shake shaklee ini dengan mengambil mengikut sukatan yang betul. Selain itu, minum air yang banyak boleh mengurangkan rasa lapar, kerana kekurangan air menyebabkan sel sel kita berasa lapar, dan seterusnya menghantar isyarat kepada otak yang mengatakan badan kita lapar.


  • Cinch Club

Dalam banyak banyak produk shaklee, Cinch memang ada websitenya tersendiri, yang hanya  fokus kepada produk shaklee untuk kurus ini. Salah satunya ialah Cinch Club. Di sini ramai yang berbincang mengenaik diet dan program khas Cinch untuk menguruskan badan. Ramai juga yang mengutarakan soalan di sini, dan pakar shaklee dari US terus menjawab soalan para pembaca forum tersebut. Di sini juga pakar shaklee mengatakan kandungan Leucine dalam Cinch di rahsiakan dari pihak umum, supaya formula mereka tidak di tiru oleh orang lain. Ramai yang dah berjaya mengurangkan berat badan. Saya juga berjaya mengambil Cinch ini semasa bulan puasa. Badan rasa segar, boleh control makan, dan penurunan berlaku lebih cepat, kerana berpuasa dan sahur mengambil minuman Cinch... 


Testimonial Cinch Shake ShakleeTestimonial 1- Seminggu Dah Turun 1kg hingga 2 kg




Testimoni 2



Ehsan : Faizsaid blogspot

Hubungi saya segera ya..!




KAKI BENGKAK SEMASA HAMIL , KENAPA DAN CARA MENGATASINYA.



Biasanya masalah Bengkak Kaki ni berlaku di sebabkan lebihan air di dalam badan kita, yang mana keadaan ni biasanye berlaku bila dah masuk ke Trimester ketiga.Tapi, ada juga sesetengah wanita hamil yang telah melalui masalah ini ketika penghujung Trimester kedua.Masalah ini biasanya akan hilang dengan sendiri nya bila tiba saat bersalin..


Kenapa Kaki Bengkak Ketika Hamil?



Perut anda yang membesar semasa hamil memberikan banyak tekanan kepada pengaliran darah dari bahagian bawah badan ke atas terutamanya jika anda duduk terlalu lama di pejabat atau di dalam kenderaan. Cecair ini akan banyak mengumpul di bahagian kaki anda dan menyebabkan kaki bengkak. Keadaan ini dipanggil edema. Ia biasanya terjadi di trimester ketiga kehamilan.
Bengkak ini akan surut selepas anda melahirkan. Tetapi anda boleh mengurangkannya semasa hamil dengan mengamalkan perkara berikut:
* Jangan duduk atau baring terlalu lama. Sekali-sekala bangun dan berjalan.

* Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.

* Naikkan kaki anda ke atas seboleh mungkin.

* Rendam kaki dalam air sejuk.

* Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.

* Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan.

* Minum air secukupnya. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki

* Gunakan kasut dan stokin yang selesa. Jangan pilih yang ketat.

* Kurangkan pengambilan garam dan makanan pedas.

* Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.

* Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.

* Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food. Pengambilan suplemen/vitamin disarankan kepada mereka yang tidak mempunyai pengambilan makanan mengikut piramid makanan yang seimbang demi memastikan ibu terus sihat dan bayi yang dikandung membesar dengan baik.


Ihsan google




DIABETES GESTASI - Awas! Wanita Hamil

Pengalaman diri..
Saya pernah mengalami masalah kencing manis sewaktu hamil anak kedua. Waktu itu berat saya hampir mencecah 97 kg dan beberapa kali telah membuat ujian air gula. Pada usia kandungan 34 minggu, saya telah dirujuk ke Pakar tempat saya bersalin DEMC, Shah Alam kerana bacaan yang tinggi dan berat baby saya ketika itu 3.2kg.. Bagi mengelak sebarang komplikasi di bedah atau komplikasi pada baby, saya telah dipaksa bersalin pada 26.8.2011. Alhamdulillah, segala berjalan dengan lancar ketika itu saya memanjatkan kesyukuran kerana bayi saya juga sihat.. Walau bagaimanapun selepas dilahirkan, baby saya terpaksa dirawat di NICU kerana gula didalam badannya rendah (hypoglisemia) dan juga terpaksa dirawat kerana Jaundis. Menurut doktor, saya mengalami diabetes gestasi @ kencing manis ketika hamil dan jika tidak dikawal ia boleh mengancam nyawa kedua dua ibu dan anak di dalam kandungan! Jadi jangan pandang remeh ya bakal2 ibu luar sana.

APAKAH ITU DIABETES GESTASI? 

Kencing manis semasa hamil juga dikenali sebagai diabetis gestasi. Ia adalah kencing manis (diabetis) yang dihidapi buat kali pertama semasa kehamilan. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini.

APAKAH PUNCA TERJADI DIABETES GESTASI

Diabetis akan berlaku apabila badan tidak boleh menghasilkan insulin yang secukupnya, iaitu hormon yang dihasilkan oleh pankreas. Insulin mengawal jumlah gula dalam darah yang digunakan untuk tenaga dan membolehkan gula yang tidak diperlukan segera disimpan. 

Semasa kehamilan, badan anda akan menghasilkan lebih insulin untuk memenuhi keperluan bayi anda, terutamanya dari pertengahan kehamilan dan seterusnya. Jika badan anda tidak boleh menyediakan insulin tambahan ini, anda akan mempunyai terlalu banyak gula dalam darah anda dan akan menimbulkan diabetis gestasi. 

KESAN KENCING MANIS PADA KEHAMILAN

Masalah utama jika anda mempunyai terlalu banyak gula dalam darah ialah ia akan merentasi plasenta ke bayi anda, iaitu terdapat sedikit risiko yang bayi anda akan menjadi terlalu besar. Bayi yang besar akan membuatkan proses kelahiran dan bersalin lebih sukar. Kadang-kala, pembedahan caesarean perlu dilakukan. Bayi-bayi yang menerima terlalu banyak gula dalam darah semasa kehamilan akan mempunyai masalah kesihatan selepas kelahiran seperti gula dalam darah yang rendah (hipoglisemia) dan jaundis. Tahap gula dalam darah bayi mungkin perlu diawasi untuk sementara waktu di unit neonatal. 
Bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai kencing manis didapati cenderung kepada obesiti dan diabetis jenis 2 di kemudian hari nanti.

SIAPAKAH YANG BERISIKO DAN BERPOTENSI UNTUK MEMPUNYAI DIABETIS GESTASI?

Anda dikatakan berada dalam kumpulan berisiko tinggi untuk mempunyai diabetis gestasi jika: 
  • dahulu anda telah melahirkan bayi yang besar dengan berat sebanyak 4kg atau lebih;
  • anda menghidapi diabetis gestasi sebelum ini;
  • keluarga anda mempunyai sejarah kencing manis (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik mempunyai kencing manis);
  • keluarga anda dari nenek moyang lagi mempunyai sejarah kencing manis yang tinggi, dan ini lebih ketara jika anda dari keturunan Asia Selatan, Caribbean berkulit gelap atau Timur Tengah.


BAGAIMANA DIABETIS GESTASI DIRAWAT?

  • Dalam kebanyakan kes, anda boleh merawatnya dengan mengubah diet anda dan selalu  bersenam. Doktor anda akan menasihatkan anda mengenai cara-cara mengawal tahap gula dalam darah dengan mengurangkan makanan dan minuman bergula. Anda akan dibantu dalam mengawal cara pemakanan anda dan dinasihatkan untuk memilih diet seimbang yang sihat yang terdiri daripada karbohidrat penuh bijiran, protin tanpa lemak dan lemak jenis baik.    Sumber 
  • Antara lain ini adalah salah satu penyelesaian anda ya..
Vitalea : Multivitamin dengan zat besi demi memastikan sel mendapat semua vitamin penting dalam membentuk membentuk organ. Zat besi penting untuk pembinaan darah dan pembesaran janin.

B complex : penting untuk pembinaan sel darah, sarah dan beberapa organ penting termasuk tengkorak kepala. 

Vitamin C : pembentukan kolagen dan membantu sistem antibodi.

Kalsium : pembinaan sel darah merah serta tulang bayi.

Omega : membantu pembentukan sel otak.

Nota cik mis : Terdapat beberapa vitamin yang tak disarankan diambil semasa mengandung ialah antaranya vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch kecuali atas saranan doktor sendiri.Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.

SILA KLIK SINI




Hubungi saya untuk maklumat lanjut!




.

Friday, 17 May 2013

APA YANG IBU MENYUSU MAKAN, BABY PUN AKAN DAPAT TEMPIAS JUGA..

Adakah anda mengamalkan makanan seimbang? Makanan seimbang adalah sangat penting untuk tubuh kita, sekiranyanya anda tidak mengamalkannya..tentunya anda akan berasa cepat letih, mengantuk dan sebagainya. Saya nak kongsi cerita dan testimoni dari seorang ibu yang berjaya menyusukan kedua - dua anaknya dengan susu ibu dan pengamal vitamin shaklee dari bujang sehingga kini. Dah hampir 12 tahun Pn. Norita mengamalkan vitamin shaklee..jom baca coteran beliau: ____________________________________________________________
__________________________________________




Bayi baru lahir
Masa saya melahirkan Addin dan Nasa , doktor menasihatkan jangan mengambil apa2 jamu selama 14 hari pertama kerana bayi akan dapat apa yang ibu makan. Maka untuk kurangkan risiko bayi kuning, maka ibu harus elakkan makan makanan yang panas seperti jamu, lada hitam, nenas, ikan duri dan beberapa lagi yang dikatakan boleh mengganggu perut bayi.

Nasihat bidan
Bidan kampung yang berumur 70 tahun yang menjaga saya dan Nasa sendiri mengingatkan saya agar jaga makan 6 bulan yang pertama. Kata beliau, disebabkan baby bergantung sepenuhnya dengan susuibu, si ibu diharap akan menjaga makanan...bukan tak boleh makan seperti buah durian atau apa sahaja yang panas tetapi makan dengan berpada-pada. Supaya anak tidak meragam dan penghasilan susuibu juga tidak terganggu.

Makan vitamin sebaik sahaja melahirkan.
Saya lahirkan dua-dua anak saya secara c-sec, alhamdulillah...cepat recover. Anak first walaupun fully GA, sedar aje saya boleh bangun dan minta nurse bukakan drip... sebab nak tengok baby dalam incubator terus ajak suami pergi tengok baby dalam ncubator. Doktor siap tanya, ni bangun terus jalan tak de rasa pening atau nak pitam ke? Saya jawab tak de. Saya sangat yakin saya cepat sihat sebab sebelum pembedahan, saya dah lengkapkan badan saya dengan ESP dan semua vitamin yang perlu.

Time Nasa lagi best, lepas habis jahit, saya masuk bilik dan terus dapat susukan Nasa ditambah saya hanya separa sedar masa pembedahan. Saya lebih yakin sebab dah ada pengalaman dengan anak pertama.

Selepas beberapa melahirkan, selera saya belum betul2 terbuka, maka pengambilan ESP sangat membantu saya bertenaga. Vitamin-vitamin lain saya amik selepas makan lunch or dinner sebab saya set vitamin ini bantu badan saya cepat recover.

Bukti dan testimoni.
Semasa menjayakan penyusuan Addin dan Nasa, ESP adalah supplement saya yang wajib ada. Sebab selepas amik ESP, susu saya memang senang bengkak. Ditambah bila bancuh ESP dengan susu segar dalam kotak.. selain itu alfalfa. Vitamin lain membantu mood saya baik, tidak mudah jatuh sakit....but for me it's only part of USAHA. The rest ALLAH yang memberi dengan rahmatNYA.
Berat Addin dan Nasa menjadi perhatian doktor dan ahli keluarga kami. Mana taknya, ibunya kecil tetapi mereka sangat besar. Dua beradik ini sebelum 6 bulan dah cecah 10kg berat. Namun selepas mereka mula aktif, berat mereka naik seperti bayi biasa. Mereka overshoot pada 6 bulan pertama jadi mereka tak de masalah underweight bila mereka mula aktif.

Apa yang saya lalui dengan penyusuan bersama Shaklee?
Pengambilan ESP buatkan saya senang kenyang...breast pun mudah bengkak....dan anak saya memang mudah kenyang. Vitamin B membantu saya mengawal tekanan, Vitamin C bantu saya tak mudah allergik [ saya ada allergik dengan makanan laut] Kalsium bantu saya supaya tak mudah sakit gigi dan anak pun cepat tumbuh giginya. Vitalea bantu saya tak mudah pitam dan anak membesar lebih baik apabila si ibu cukup zat besi. Alfalfa saya makan untuk bantu susu saya cepat buat dan kepentingannya sama seperti ESP.

Komposisi utama dalam susuibu ialah protien, kalsium dan vitamin serta zat lain. Maka apabila kita amalkan makanan yang kaya dengan protien, kalsium serta vitamin lain, memang anak sendiri mudah kenyang.

Bagi mereka yang cara hidupnya seimbang, mungkin memandang remeh dengan vitamin, tetapi ia hak individu. Tiada siapa pun berhak mengatakan ia perlu mahupun tidak perlu sebab setiap orang mempunya cara hidup, kekangan dan kekuatan yang berbeza.

Tetapi secara jujur, saya memang puashati atas pelaburan saya dan suami lakukan membeli vitamin ini untuk kami usaha ke arah kesihatan. Bagi yang belum pernah cuba dan ingin cuba, boleh call saya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk ini.

_______________________
Tepuk dada tanya selera....Bagi merela yg mementingkan kesihatan pilihlah makanan yg seimbang dan berkhasiat dlm diet harian anda. Atau sbg alternatif boleh juga amalkan makan supplement...Jangan risau anda akn dapat konsultansi percuma cara pemakanan yg betul sekiranya anda membuat belian supplement Shaklee daripada saya....

Boleh email kepada saya di misriah1311@yahoo.com atau sms kan kepada saya 017-2549388 atau PM saya di FB  http://www.facebook.com/misriah.yahaya untuk konsultasi percuma apabila membuat belian dari blog ini. 

Thursday, 16 May 2013

ANEMIA - ADAKAH ANDA KEKURANGAN ZAT BESI?

"Anemia atau kurang darah (hemoglobin) biasanya dikaitkan dengan zat besi. Hemoglobin adalah komponen dalam darah yang mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Walaupun ia berkait rapat dengan zat besi namun hakikatnya terdapat lebih kurang 400 jenis anemia yang disebabkan oleh pelbagai faktor."

Antara Punca-puncanya adalah,

  1. - kekurangan zat besi
  1. - kekurangan vitamin C
  1. - kekurangan vitamin B terutama Cobalamin dan asid folik
  1. - masalah tiroid

Anemia akibat kekurangan zat besi

Ia boleh berpunca dari:

- Kecederaan yang menyebabkan pendarahan luaran ata dalaman

- Kehilangan darah yang banyak misalnya semasa haid

- Masalah penyerapan zat besi yang disebabkan oleh usus yang kotor/tidak sihat atau kurang vitamin C

- Kurang pengambilan zat besi dalam diet

- Kulit kelihatan pucat

- Sering hilang fokus

- Semput

- Sakit kepala

- Jantung berdebar

- Sering lupa

- Tersangat kurus

- Bagi ibu menyusu mungkin mengalami kekurangan susu badan

- Bagi ibu hamil mungkin mengalami masalah dengan kandungan


APAKAH KESAN ANEMIA KEPADA KESIHATAN?
Ibu hamil dan menyusukan anak terutamanya memerlukan zat besi yang cukup untuk proses kehamilan dan penyusuan yang baik, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan, dan ibu menyusu yang sudah kedatangan haid.

Tanda2 kekurangan zat besi:
- Badan letih dan lesu

RAWATAN & CARA MENGATASI
****Sekiranya ia melibatkan masalah kesihatan seperti masala hormon atau jangkitan kuman/kecederaan, sila dapatkan rawatan yang bersesuaian.

- Ambillah makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, ikan bilis, sardine, ikan cencaru, hati ayam, hati lembu dan daging sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.
 - Ambil bersama buah-buahan yang mengandungi vitamin c untuk menggalakkan penyerapan zat besi seperti jambu batu,mata kucing,betik,limau,rambutan,durian belanda,belimbing besi,kwini,kedondong,mangga dan nenas.
- Pilih sayur yang tinggi zat besi dan folat seperti pegaga, peria, kangkung, pucuk keledek, pucuk paku, ulam raja, bayam,pucuk gajus,daun pudina,cekur manis, dan daun remunggai.
 - Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti kerang, ikan bilis, bebola ikan, kek ikan,hati,daging atau telur untuk menambah kandungan zat besi.
- Elak meminum teh,kopi atau ssusu bersama hidangan makanan utama atau ketika mengambil pil zat besi. Teh , kopi atau susu boleh menghalang penyerapan zat besi. Sebaliknya ambillah air limau atau jus buah-buahan lain.
1~Ambillah pil zat besi ,asid folik,vitamin C yang dibekalkan klinik kesihatan. Ini kerana makanan sahaja tidak boleh memenuhi keperluan zat besi yang tinggi ketika mengandung.
2~Ambillah pil-pil tersebut mengikut nasihat doctor sebaik-baiknya 2 jam selepas makan, bersama satu gelas air limau atau air masak. Elakkan mengambilnya bersama teh, kopi atau susu.
3~Pengambilan pil zat besi mungkin memberi kesan seperti mual-mual,sembelit,sakit perut dan najis berwarna hitam. Ini tidak merbahaya.



Set mengandung Trimester - 1




 Credit

Presiden Obama & White House guna Shaklee!


Assalamualaikum..
Sebelum ni saya pernah kongsikan public figure yang menggunakan Shaklee seperti Mizz Nina, Ayu Raudhah, Jennifer Lopes dan Oprah. Oh ya, mantan Perdana Menteri kita Tun Dr. Mahathir Mohamad juga merupakan salah seorang pengguna Shaklee.
Hari ni, saya nak kongsikan kisah Presiden Barrack Obama, turut meng”hijau“kan White House dengan produk Shaklee!!!

“In addition, to protect his oldest daughter Malia from ASTHMA ATTACKS, the President said he would select a natural, toxin-free line of cleaning products for the White House staff to use”
Shaklee memang terbukti supplement dan produk terbaik untuk rumah kita. Ia bukan saja organik, malah diperbuat dari bahan semulajadi.
sumber : GenkiMomma
* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Berminat?

Hubungi saya di misriah1311@yahoo.com atau SMS ke 013.6369014 (Misriah) untuk konsultasi mahupun maklumat lanjut.


Wednesday, 1 May 2013

MALNUTRISI DI KALANGAN KANAK-KANAK - hakikat yg perlu diperbetulkan.




Masalah MALNUTRISI  dikalangan kanak-kanak sering dipandang ringan oleh segelintir ibu bapa. Walaupun masih ramai yang mempunyai persepsi malnutrisi merujuk kepada kekurangan makanan yang menyebabkan tubuh menjadi kurus kering, hakikatnya ia perlu diperbetulkan...
  • Definisi

Malnutrisi ialah suatu keadaan tidak sihat yang disebabkan oleh makanan yang tidak berzat,makanan yang tidak sesuai, atau tubuh yang tidak dapat menyerap atau menggunakan zat makanan.Malnutrisi primer berlaku apabila tubuh mendapat terlalu banyak makanan, tidak memperoleh makanan yang cukup atau mendapat makanan yang tidak sesuai. Malnutrisi sekunder berlaku apabila, disebabkan penyakit, tubuh tidak boleh menggunakan zat makanan walaupun zat makanan itu terdapat dalam sesuatu makanan.

Menurut wikipedia 

Malnutrisi bermaksud kekurangan makanan seimbang pada individu atau populasi. Sebagainya contohnya, kekurangan sumber-sumber seperti protein yang diperlukan untuk membina badan dan otot yang sihat, sementara kalori pula adalah sukatan bagi tenaga yang diperlukan oleh badan. Manakala zat besi pula diperlukan untuk membolehkan sel darah berfungsi dengan sempurna. Antara simptom yang boleh menunjukkan berlakunya malnutrisi adalah seperti kanak yang sangat kurus. Namun malnutrisi juga boleh berlaku kepada anak-anak terlebih berat badan.





Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga pada tahun 2006, sebanyak 15 peratus daripada kanak-kanak Malaysia mengalami kekurangan berat badan atau terbantut manakala, 5.4 peratus lagi didapati berlebihan berat badan. Kajian lain turut melaporkan peningkatan ketara bilangan kanak-kanak yang berlebihan berat badan atau obes.
Menurut Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Bulan Pemakanan Sihat Malaysia (NMM), Dr. Tee E Siong, statistik tersebut agak membimbangkan kerana walaupun dilihat kecil tetapi, masalah malnutrisi tidak boleh dipandang ringan. Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (2007-2008) melaporkan bahawa 1 daripada 3 kanak-kanak sekolah rendah di Malaysia pergi ke sekolah dengan perut kosong. 
Artikel Penuh: Kosmo
  • Mengenal pasti punca
Jika seorang kanak-kanak terlebih berat badan atau kekurangan berat badan, kedua-dua disebabkan oleh masalah serupa – kanak -kanak itu tidak menerima pemakanan baik. Ini boleh disebabkan oleh pelbagai punca, daripada kekurangan makanan (dalam keluarga miskin), penyakit kronik atau kerap sakit pada kanak-kanak itu, kepada cara hidup yang tidak sihat. 

“Sebilangan kecil kes kekurangan berat boleh dianggap berpunca daripada penyakit yang berlanjutan, seperti cirit-birit kronik, sindrom iritasi usus atau penyakit seliak (kegagalan usus kecil mencerna dan menyerap zat makanan) yang mempengaruhi penyerapan zat oleh badan,” kata Datuk Dr Zulkifli. ”Sebaliknya, beberapa keadaan perubatan, seperti hormon yang tidak seimbang atau penyakit lain yang diwarisi yang berkaitan dengan metabolisme, boleh menyebabkan obesiti.

Bagaimanapun, untuk kebanyakan masalah berkaitan pemakanan, Dr Tee E Siong, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, berkata bahawa ia biasanya disebabkan oleh diet dan tabiat pemakanan yang kurang baik, seperti mengambil terlalu banyak makanan kalori tinggi, makanan snek yang tidak sihat dan cerewet makan. 

Sebahagian besar tabiat makan tidak sihat berpunca daripada kekurangan kesedaran dan pengetahuan ibu bapa tentang pemakanan kanak-kanak.Ramai ibu bapa tidak menyediakan pemakanan seimbang dan pelbagai, serta tidak memastikan yang anak mereka makan hidangan tetap. Pilihan makanan mudah – seperti makanan segera, atau makanan diproses – ialah makanan yang ramai ibu bapa memberi anak-anak mereka untuk menjimatkan masa dan kos. 

Makanan sebegini biasanya tinggi dalam kalori dan lemak. Jika sering dimakan, tetapi kalori berlebihan tidak digunakan, berat badan akan meningkat dengan cepat. Ibu bapa yang kurang berpengetahuan juga merupakan satu faktor penyebab malpemakanan. Apabila mereka kurang berpengetahuan tentang pemakanan baik dan amalan pemakanan, atau tidak mempunyai kemahiran mencukupi untuk memasak makanan sihat di rumah, mereka secara tidak langsung menanam tabiat pemakanan yang kurang baik dalam anak mereka. 

Sesetengah ibu bapa juga tidak mengambil masa untuk memberi perhatian kepada pemakanan anak dan gagal memastikan bahawa mereka menerima makanan berkhasiat yang diperlukan di rumah, sekolah atau semasa makan di luar rumah.Tambahan kepada corak pemakanan yang tidak sesuai, kanakkanak hari ini menghabiskan lebih banyak masa dengan aktiviti pasif, seperti menonton TV, bermain komputer atau permainan video, daripada menyertai aktiviti luar rumah seperti berbasikal, berlari, joging serta bersukan, seperti bola sepak, futsal, renang dan bola keranjang.

Cadangan
  • Badan memerlukan makronutrien (nutrien yang penting dalam jumlah yang kecil) daripada diet makanan kerana badan tidak dapat menghasilkan nutrien ini untuk memenuhi keperluan badan yang optimum. Mikronutrien terdiri daripada vitamin A, B dan C, folik, zink, kalsium, iodin dan zat besi. Rawatan bagi kekurangan zat besi termasuklah pengambilan zat besi menerusi makanan yang diperkayakan serta suplemen zat besi.
  • Menyusu badan adalah digalakkan untuk memastikan bahawa bayi tidak mempunyai masalah kekurangan dalam vitamin ini kerana susu ibu adalah kaya dengan vitamin A. Makanan yang diperkaya dan pertambahan jumlah buah dan sayuran di dalam diet adalah penting untuk mengurangkan risiko kekurangan vitamin A di kalangan orang dewasa. Perempuan mengandung adalah mudah terdedah kepada risiko kekurangan vitamin A kerana perkembangan fetusnya telah menggunakan vitamin A yang terdapat di dalam tubuhnya.

Dalam menangani masalah ini, ibu bapa perlu sedar akan beberapa perkara supaya tidak berlaku malnutrisi di kalangan kanak-kanak....

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian shaklee (atau) pembelian produk shaklee (atau) menjana pendapatan sampingan boleh hubungi saya :

Misriah Yahaya
SHAKLEE ID 869817
No Tel: 0136369014
Email : misriah1311@yahoo.com
Free consultation for every purchase
Like our Fanpage Secret Wellness - Tips & Beauty
COD / Self Pick up area Petaling Jaya, Taman medan, Taman Dato harun, Mentari Court, taman Sri manja dan RHB Jalan Tun Razak.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...