Tuesday 1 October 2013

Shaklee dan MLM - Patuhi syarat dalam shariah Islam?

Assalammualaikum dan selamat pagi semua.
Lama dah tak update blog. Rasa bersawang2 pulak. hehe... Kali ni nak citer tentang MLM mengikut hukum syariah islam. Seperti yg kita sedia maklum, bila sebut tentang MLM, terbayang dek fikiran tentang sistem yg menguntungkan org atasan. MLM ni Skim cepat kaya, MLM ni mengarut. Paling pedas bila org kata MLM ni HARAM sebab SYUBHAH. Sebelum ini, saya ada letakkan post tentang Shaklee adalah syarikat pertama yang mengamalkan sistem MLM. Sejak akhir-akhir ni banyak pulak syarikat yang telah mengamalkan sistem MLM dan ada di antaranya yang ingin mengaut keuntungan semata-mata ..

Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 168
"Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang nyata bagi kamu".

Nabi SAW bersabda : 
Ketahuilah bahawa di dalam badan manusia ada seketul daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh badan tersebut dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh badan tersebut. Ketahuilah bahawa (daging ) tersebut adalah hati."


 Menurut ustaz Zaharudin, asas minima yang patut dipatui adalah seperti berikut ;

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).


Alhamdulillah, sehingga ke hari ini produk shaklee telah berada dipasaran lebih kurang 50 tahun dan terbukti berkesan secara klinikal. Ramai yang telah mencuba dan merasai perbezaannya termasuk saya sendiri. Shaklee memang mengutamakan kualiti produknya.


2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

Ok, yang ini memang confirm bukan. 




3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

Sebab itu, sebagai upline perlu 'remind' anak2 biz  dalam menjaga dan memberi ilmu pada ‘anak’, ‘cucu’, ‘cicit’. Kalau ada yang tak faham, hubungi upline anda dengan segera kerana masing-masing ada hak di antara 1 sama lain.. Bukan sekadar suruh jadi ahli sahaja tanpa sebarang informasi. Di zaman internet ni, walaupun berjauhan tetap boleh berhubung secara maya kan. Tambahan sudah ada online coaching dan kelas serta seminar yang dianjurkan bagi memudahkan proses penyampain ilmu diberikan..





4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

Dalam shaklee setiap komisen Shaklee adalah bergantung pada nilai point (UV) yang dikumpulkan hasil pembelian produk. Bukan berapa ramai orang yang ditaja (seperti dalam sistem piramid, anda taja lebih anda untung berlipat ganda. no no no..) Kalau ramai yang ditaja pun tapi semua tiada belian, maka tiada komisen diberikan ye.. 




5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju’alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua’alah mestilah dipastikan sempurna.

Tiada paksaan untuk membeli dalam Shaklee. Anda beli anda dapat point dan bonus. Tak beli tak dapat apa-apa pun.. 


6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?

Sekali lagi, bantulah diri anda memperolehi ilmu dengan menghubungi upline anda dan bantu upline anda menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Saya sering tekankan perkara ini buat anak2 biz, jika tidak faham segera berjumpa saya untuk dapatkan ilmu yang diajar agar tidak di tuntut dikemudian hari nanti... 



7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

Dah terbukti dalam Shaklee, siapa yang berusaha lebih dia akan mendapat lebih. Dah terbukti downline boleh naik rank lebih tinggi dari upline. 



8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

Alhamdulillah, setakat ni mudah faham dengan sistem Shaklee yang simple. :)



9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Setakat ni modal keahlian Shaklee sama sahaja untuk setiap orang sama ada dia masuk dahulu atau kemudian iaitu RM65 dan RM10 dikenakan untuk pos member kit shaklee. Modal lain pula direct kepada Shaklee. Jadi, tak timbul isu ini. 


Rumusannya, kaji dahulu sebelum membuat andaian tentang sesuatu perkara. Tidak semua syarikat MLM itu haram, bagi saya pilih lah yang menepati kehendak syarak. My point of view, MLM boleh jadi haram jika sistem syarikat tidak betul dan di manipulasikan oleh manusia. Seperti contoh.. Join MLM yang mana kena buat loan bank beribu-ribu dan memaksa orang bawahan (downline) membeli produk demi kepentingan peribadi untuk naik rank tapi dari segi manfaatnya tidak jelas, tidak diajar tentang kegunaan produk, tiada garis panduan tentang bagaimana untuk menjual dan sebagainya. 

Berminat?

Hubungi saya 
Misriah Yahaya
SHAKLEE ID 869817
Email : misriah1311@yahoo.com
Free consultation for every purchase
Like our Fanpage Secret Wellness - Tips & Beauty
COD / Self Pick up area Petaling Jaya, Taman medan, Taman Dato harun, Mentari Court, taman Sri manja dan RHB Jalan Tun Razak.

Rujukan :
credit to blogger anis amin 




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...