Friday 1 June 2018

Kisah Transformasi Puan Misriah, Turun 44kg selama 10 Bulan!

   Assalammualaikum semua pembaca yang budiman, Hari ni cikyah nak share sedikit tentang perjalanan diet cikyah dan telah mendapat perhatian daripada beberapa blog yang ingin berkongsi kisah diet cikyah.


*******



Kisah kejayaan kali ini dikongsikan oleh Cik Yah atau nama sebenar beliau Puan Misriah bt Mohamed Yahaya. Beliau telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 44kg dalam tempoh 10 bulan. Beliau juga merupakan salah seorang pengguna planner Diari Diet yang dikeluarkan oleh team Susu Sejat. Kisah ini pada asalnya dikongsikan ke Whatsapp saya sahaja, namun saya telah minta izin pada beliau agar kisah ini turut disiarkan di blog susu sejat untuk menjadi pemangkin motivasi buat rakan-rakan SS yang lain. 

Alhamdulillah, beliau bersetuju.


Moga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan semangat pada rakan-rakan di luar sana yang masih berjuang dalam proses menurunkan berat badan seterusnya ke arah gaya hidup sihat dan mantap!


****


Saya mula kenal diari diet sususejat hasil pemberian kakak saya as a gift.. takde niat pun nak diet sebab waktu tu saya masih dalam tempoh pantang. Berat saya masa tu 102kg. Saya pernah diet dengan kurangkan makan. Tapi biasanya diet saya fail. 4x percubaan saya nak kurus, semua tak berjaya. Hehe.. makin bertambah berat lagi adalah. Sampailah kakak saya offer buku diari diet, sebab dia ada 2 version diari diet ni. Yang baru dan yang lama. So dia bagi saya versi yang lama.

   

    Bila dah dapat diari tu, saya terus baca je. Mula-mula tu pasal kalori. First time saya dengar tentang diet kalori. Sebab masa tu tengah popular diet atkin.

     First page saya baca pasal kalori. Menarik. Sebelum ni memang jarang ambil port pasal kalori ni. Diet semua main hentam!


Saya baca dulu sampai hadam. Sampai naik lunyai buku tu. Hahahaha.. dalam diam diam saya trykira kalori makanan harian saya based on contoh yang diberikan dalam diari diet tu. Dalam masa yang sama, saya pun breastfeed baby. Saya catat apa yang saya makan, alhamdulillah, penghasilan susu langsung tak terjejas. Kekadang kalau saya terambil sikit je makanan, tak cukuplah pengambilan kalori, jadi saya akan semak semula pemakanan saya. Itulah gunanya kita merekod makanan.

      Sekarang baru saya tau, diet ni pun ada trick dan strategi dia rupanya. Bukan sekat makan atau tak makan macam yang orang selalu buat. Dulu pun sebab desperate nak kurus, saya pernah try buat diet atkin, tapi tak mampu lah. Pening kepala saya. Baru 2-3 hari saya stop. Sudahnya saya give upSo saya selalu doa agar dijodohkan dengan diet yang lebih sesuai dan berkekalan (long term).

   Saya sememangnya mencari satu diet yang sustainableflexiblebalance dan long term. Alhamdulillah… akhirnya diketemukan juga. Semenjak dari tu, saya cuba faham beberapa isitilah seperti BMR, DCR, DCI, semua tu saya fahamkan. Jadual dalam buku diari pun saya isi. Bila buat on paper, baru kita boleh nampak Kalori masuk vs kalori keluar.


Pendekkan cerita, saya ambil masa 10 bulan untuk dapatkan berat badan ideal. Dari angka 102kg, sekarang berat saya dah capai 58-59kg☺. Sebenarnya saya pernah capai berat 53kg, tapi saya rasa kurus sangat, jadi saya tak berapa selesa. Badan nampak bongkok. So saya naikkan berat ke 58-59, baru rasa ok sikit.
Tapi secara keseluruhannya, nak kuruskan badan ni tak adalah susah mana. Strateginya ialah Kenali diri, faham konsep kalori, BMR, DCR, DCI, dan paling penting defisit kalori. Fahamkan istilah-istilah tu dan dalam masa yang sama terus apply dalam diet harian. Akhir sekali, disiplin. Inshaa Allah, pasti berjaya.



Walaupun kini saya dah mencapai berat badan ideal, tapi saya masih aktifkan diri dengan aktiviti senaman (malah semakin aktif). Jaga pemakanan pun sangat penting, selain kena fahamkan konsep kalori. Dan kena rajin workout. Alhamdulillah.



Sampai sekarang pun saya masih jadikan sususejat sebagai “buku rujukan” saya. Saya dah ada buku diari diet versi baru, yang saya beli sebelum raya tahun lalu. Siap dapat duit raya rm5 lagi dari sususejat. Hehehe. Diari tu pun berguna sebab info dia lain dengan versi yang sebelumnya.
Encik Joy, bayangkan kalau kakak saya tak bagi saya baca buku diari diet tu? Rasanya sampai sekarang masih fail lagi kot diet saya 


   Sharing ni sekadar nak luahkan perasaan saya dan untuk ucapkan terima kasih pada encik. Buku diari diet sususejat sememangnya merupakan turning point untuk saya berubah ke arah gaya hidup yang lebih sihat.
      Terima kasih ye…
Larian Obor Sukan Sea. Kurus sangat masa ni !


Encik Joy boleh share perjalanan diet saya yang tak seberapa ini.. semoga sharing ni dapat membuka mata mereka yang nak diet tapi takut nak mulakan atau selalu guna alasan tak reti nak mulakan dari mana.
Encik sususejat nak request boleh..? Boleh tak sign buku CSS yang bakal diposkan nanti? 😄
p/s: Jangan lupa follow Cik Yah kita di Facebook (Misriah Yahaya) dan Instagram (@misriahyahaya)
 ====
Sumber : Blog Sususejat

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...