Monday 29 April 2013

Fungsi Suplimen dan Panduan Asas dalam Memilih Makanan Tambahan


Vitamin maksudnya bahan organik yang sangat diperlukan oleh badan dengan jumlah kecil. Ia berperanan dalam pertumbuhan normal, pengawalan kesihatan, dan pencegahan penyakit. Vitamin biasanya disebut sebagai mikronutrien. Ia membantu pertumbuhan proses proteinkarbohidrat, dan lemak dalam badan anda.
Sesetengah vitamin pula membantu tubuh menghasilkan sel-seldarah dan hormon. Biasanya, tubuh kita tidak dapat menghasilkan banyak mikronutrien.
Oleh sebab itu, anda perlu mendapatkannya, sama ada daripadamakanan atau suplemen(makanan tambahan seperti vitamin) yang lain.
Meskipun kandungan vitamin tidak selengkap pengambilan makanan biasa, tapi bukan bererti suplemen vitamin tidak diambil.
Cuma, anda perlu faham bahawa vitamin bukan pengganti kepada makanan harian anda. Terutama, makanan yang kaya dengannutrien.
Jadi, bagaimana? Bagus bukan vitamin ini? Tapi, sekiranya anda masih takut untuk makan vitamin, tidak mengapa. Anda boleh menggantikannya dengan mengambil makanan atau minuman seperti susu atau buah-buahan. Ini kerana, makanan tersebut membekalkan vitamin yang tinggi. 

Mengapa badan kita perlukan suplemen? Anda perlu jelas bahawa Suplimen tidak berfungsi sebagai pengganti piramid makanan sebaliknya berfungsi sebagai makanan tambahan bagi membantu melengkapkan nutrisi seimbang yang diperlukan oleh badan setiap hari. Berikut adalah antara sebab anda perlukan suplimen :




Selain faktor pemilihan jenama suplimen/vitamin yang menjadi keutamaan, kita perlu mengetahui fungsi nutrisi yang diperlukan dan juga mengenalpasti kriteria yang diperlukan untuk pemilihan yang terbaik. Mari lihat ringkasan fungsi vitamin dan juga panduan untuk memilihnya.

PROTEIN
----------
Fungsi
  • Membina dan memperbaiki sel-sel tisu badan, hormon, dan enzim. 
  • Stres, kehamilan, pertumbuhan, dan perawatan meningkatkan keperluan protein berkualiti.
  • Rambut, kuku dan kulit hampir merupakan protein pada keseluruhannya. 
  • Protein berkualiti mempertingkatkan pertumbuhan dan kesihatannya.
  • Kita diberitahu untuk mengurangkan lemak dalam diet kita. Banyak sumber protin biasa (daging, susu, keju) mengandungi banyak lemak. Makanan tambahan protein boleh menggantikan protein tanpa lemak.
  • la merupakan kunci bagi respons imun yang betul menentang kejangkitan.
Panduan Memilih
  • Kandungan lemak yang rendah, lebih kurang satu gram dalam campuran adalah dianggap baik.
  • Ia harus mengandungi karbohidrat bagi kegunaan aksi "simpanan protein".
  • Kesemua asid amino perlu juga harus hadir. Kadar effisiensi protein (PER) harus sekurang-kurangnya 2.5 (menunjukkan kualiti).
  • la tidak harus mengandungi bahan awet, pewarna tiruan,pemanis, atau perisa.

MULTIVITAMIN/MULTIMINERALS
------------------------------
Fungsi
  • Membantu menyeimbangkan kekimiaan badan.
  • Menampung kekurangan diet yang kecilan.
  • Membolehkan penggunaan makanan yang lebih baik.
  • la merupakan titik permulaan yang baik bagi mana-mana program pemakanan.
  • Memberikan insurans pemakanan bagi hari-hari yang anda tidak makan dengan betul.
  • Boleh memperbaiki keseluruhan kesihatan dengan ketara.
Panduan Memilih
  • Makanan tambahan "multi" yang baik harus mengandungi 12 vitamin yang tersenarai dalam US RDA (Recommended Dietary Allowance) serta tujuh mineral lain.
  • Bekalan harian yang disyorkan harusmengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan US RDA bagi vitamin vitamin.
  • Manakala kalsium, fosforus, dan magnesium harus dalam amaun yang kurang daripada 100 peratus. lni disebabkan ianya mineral yang sangat besar dan sukar dijadikan tablet. Sebutir tablet yang mengandungi 100 peratus peruntukan US RDA bagi mineral-mineral tersebut telah dimampat ketat hingga tidak mudah larut.
  • Salah satu cara menyingkirkan terlampau banyak "multi" ialah dengan memeriksa kandungan biotin dan asid foliknya. Kesemua ini adalah vitamin yang mahal dan sering ditinggalkan dalam tablet yang lebih murah. Jadi, pilihan anda harus menawarkan 100 peratus dari peruntukan US RDA bagi vitamin-vitamin ini.

VITAMIN C
-----------
Fungsi
  • Meningkatkan respons imun.
  • Stres meningkatkan keperluan vitamin C.
  • Perokok dan mereka di sekelilingnya memerlukan lebih vitamin C.
  • Membantu penyerapan besi.
  • Membina kolagen, sejenis "glu" yang melekatkan sel-sel, penting bagi mencegahpenyakit gusi.
  • Membantu memulihkan luka.
  • Memerangi kimia toksik (nitrat dan nitrit)
Panduan Memilih
  • Makanan tambahan vitamin C yang baik harus bersifat pelepasan masa (sustained release) berdasarkan sumber-sumber asli seperti gam dan lilin tumbuhan untuk membolehkan pelepasan sepanjang hari.
  • la harus mengandungi kompleks bioflavonoid.
  • Kanak-kanak mungkin lebih sukakan vitamin C dalam bentuk boleh kunyah (chewable).

ALFALFA
--------
Fungsi
  • Mengandungi 7 enzim pencernaan dalam kuantiti secukup untuk membantu pencernaan bagi kesemua tiga kelas makanan.
  • Mengandungi klorofil, sejenis agen deodoran dan pencegah toksik asli.
  • Salah satu jenis tumbuhan paling lengkap, dan kaya pemakanannya yang terdapatdalam alam semula jadi.
  • la mengandungi 16 vltamin, 17 mineral, gentian, dan amat kaya dalam protin.
  • Secara tradisi diambil bagi mengatasi sakit sendi dan alergi.
  • la mengandungi lebihan mineral surih berbanding mana-mana tumbuhan yang diketahui manusia.
  • Kesemuanya penting bagi fungsi sel.
Panduan Memilih
  • Keluaran ini harus disediakan hanya dari daun-daun tumbuhan untuk menjamin potensi maksimum. Banyak pengeluar menghasilkan alfalfa yang diperbuat daripada akar dan batang selain daunnya; ini akan menyusutkan kualitinya.
  • Daunnya harus diproses secara asli di bawah cahaya matahari dan bukannya menerusi mesin haba tinggi dan tiupan kencang.
  • Cuba carikan jenis yang tidak ditanam dengan penggunaan racun serangga dan racun rumpai

VITAMIN E
-----------
Fungsi
  • Membantu melambatkan penuaan sel.
  • Melindungi vitamin A dan C dari dimusnahkan.
  • Antioksidan yang potensi, melindungi membran sel dari dimusnahkan. .
  • Membantu sel-sel memperolehi lebih oksigen.
  • Penyelidikan menunjukkan vitamin E mengurangkan keperluan oksigen bagi jantung dengan menjadikan jantung sebagai pam yang lebih effisien.
  • Merangsang beberapa bahagian sistem imun menjadikan badan kita menentangi kejangkitan dengan lebih effisien. .
  • Melindung menentangi beberapa pencemar dalam persekitaran kita.
Panduan Memilih
  • Penyelidikan menunjukkan peranannya dalam mencegah kanser.
  • Keluaran vitamin E yang baik harus mengandungi d-alfa-tokoferol yang merupakan bentuk vitamin E yang paling asli dan paling aktif .
  • la harus mengandungi ahli-ahli lain dalam keluarga topoferol bagi membolehkan penggunaan maksimum.
  • Vitamin E akan menjadi lebih berkesan jika ia juga mengandungi mineral selenium.Salah satu sumber selenium yang unggul ialah yis. 

B-KOMPLEKS
--------------
Fungsi
  • Membantu memerangi kelesuan. .
  • Penting bagi kesihatan mental, membantu mencegah depresi. .
  • Memberikan anda lebih tenaga dengan membantu pelepasannya dari makanan. .
  • Gula, alkohol dan pil perancang keluarga meningkatkan keperluan vitamin B. .
  • Perlu bagi saraf sihat. .
  • Amaun tambahan sering perlu dalam keadaan stres.
Panduan Memilih
  • Dalam memilih B kompleks, carikan suatu yang bersumberkan kekayaan yis.
  • Jenis yang terbaik mengandungi dua sumber, biasanya yis bir dan yis primer seperti torula.
  • la harus mengandungi kesemua 8 vitamin B yang diiktiraf.
  • Pastikan ia mengandungi sekurang-kurangnya 100 peratus peruntukan US RDA bagibiotin dan asid folik. Tidak banyak syarikat yang berusaha menghasilkan formula yang selengkap ini. Tambahan pula, tabletnya tidak harus disalut.

LESITIN
--------
Fungsi
  • Penting dalam diet mengurangkan berat badan kerana ia membantu mengangkut dan megeluarkan lemak dari sel-sel.
  • Menghalusi dan melembutkan kulit yang bertambah tua. .
  • Membekalkan asid-asid lemak perlu. 
  • la merupakan sumber baik bagi kolin dan inositol yang membantu pemancaran saraf
  • Boleh menurunkan kolesterol.
  • Memberi sinaran dan kilat pada rambut pudar.
Panduan Memilih
  • Terdapat beberapa sumber lesitin, dua antaranya ialah kuning telur dan hati,namun sumber yang paling kaya, paling potensi, dan paling berkesan adalah dari kacang soyaCarikan sumber ini bila memilihkan makanan tambahan lesitin.
  • Kapsul adalah lebih baik daripada granul disebabkan lesitin akan terjejas bila terdedah di udara.

KALSIUM/MAGNESIUM
----------------------
Fungsi 
  • Membina tulang dan gigi yang kuat.
  • Perlu bagi pembekuan darah yang betul.
  • Wanita hamil dan menyusu memerlukan amaun berlebihan.
  • Meningkatkan kualiti pemancaran saraf.
  • Mungkin berperanan dalam tidur dan membantu kerehatan otot. .
  • Berperanan besar dalam mencegah dan merawat osteoporosis. Kanak-kanak dan belasan tahun memerlukan amaun berlebihan bagi rnembolehkanpertumbuhan. .
  • Merawat hiperaktiviti, kegugupan, iritabiliti, ketidakupayaan menumpu perhatian, kejang kaki dan kelesuan otot.
Panduan Memilih
  • Bersumberkan mineral semulajadi. Carikan kalsium karbonat (batu kapur) danmagnesium oksida sebagai sumber mineral-mineral ini. Kedua-duanya digunakan sepenuhnya.
  • la harus mengandungi sedikit fosforus yang beraksi bersama kalsium dan magnesium dalam fungsi-f ungsi badan.
  • Kehadiran bersama Vitamin D, Zinc, Kuprum, Manganes dan Boron penting untuk penyerapan oleh tubuh dan menghalang endapan sesetengah mineral.

BESI
----
Fungsi
  • Membina sel-sel darah sihat.
  • Perlu bagi pengangkutan oksigen dalam badan.
  • Ramai wanita, dianggarkan g0 peratus antara umur 12 dan 44, mengalami besi yang rendah.
  • Perlu bagi tenaga otot dan tenaga daya.
  • Membantu mencegah anemia.
  • Penting bagi sistem imun anda.
Panduan Memilih
  • la merupakan mineral nombor satu yang kemungkin anda paling kekurangan. Vegetarian, pelangsing badan, dan ahli olahraga, wanita kurus mengalami besi yang rendah secara kronik, lalu tenaga mereka - juga rendah. Biarpun anda cuma mengalami besi yang sedikit rendah, anda masih merasa lesu.
  • Besi ferik hampir mustahil diserapkan. Bentuk ferik merupakan sumber terbaik. Pengambilan besi bersama Vitamin C boleh meningkatkan penyerapan besi sebanyak 400 peratus. Bentuk besi ferik yang baik ialah ferus fumerat. Lebih kurang 60 mg vitamin C adalah mencukupi bagi mendorong penyerapan.

ZINK
----
Fungsi
  • Perlu bagi memulihkan luka.
  • Komponen penting bagi insulin. Alkohol mengalirkan kandungan zink keluar dari sistem badan dengan pantas.
  • Amat penting dalam sistem imun.
  • Memelihara deria hidu dan rasa. Program senaman berat mengalirkan zink melalui peluh.
  • Para penyelidik sedang menghalusi peranan zink dalam mengurangkan bengkak artritis, masalah prostat, serta beberapa keadaan kulit seperti akne dan dermatitis.
  • Memainkan peranan dalam respons stres.
Panduan Memilih
  • Sejenis makanan tambahan zink yang unggul, yang diiktiraf oleh masyarakat sains sebagai suatu yang badan anda dapat menyerap dengan baik, ialah zink glukonat. 
  • Carikan bentuk ini bila anda membeli makanan tambahan zink.

GENTIAN/FIBER
---------------
Fungsi
  • Mengurangkan sembelit dan masalah-masalah yang tercetus seperti buasir,
  • penyakit divertikular, dan hernia hiatus. Boleh membantu mencegah kanser kolon.
  • Boleh mengurangkan paras kolesterol. Amat sesuai bagi pelangsing badan. Terisi dalam perut lebih lama (terasa perut terisi) dan membantu mengawal gula darah (kurang kelaparan).
  • Menanggalkan toksin dari badan dengan menyegerakan masa laluan najis. - Mendorong bakteria sihat di dalam usus besar. Orang Amerika purata hanya mengambil 10 -12 gram gentian sehari
Panduan Memilih
  • Carikan keluaran yang mengandungi gentian dari pelbagai sumber. la harus mengandungi kedua-dua gentian larut dan tanpa larut. 
  • la harus tidak mengandungi pewarna, perisa, pengawet, atau pemanis tiruan.
  • Keluaran yang baik harus mengandungi gentian yang kaya (high fibre) dan kalorinya rendah.
  • Nisbah 3 gm gentian bagi setiap 20 kalori adalah unggul. 
  • Banyak keluaran gentian mengandungi terlampau banyak kalori bagi kandungan gentian.

JULAP/LAKSATIF HERBA
--------------------
Panduan Memilih
  • Jika anda memerlukan laksatif atau pencuci kolon berkala, gunakan suatu yang disediakan daripada herba dan bukannya bahan kimia atau minyak yang kasar danmerengsakan.
  • Jenis terbaik ialah diperbuat daripada herba keringan asli. 
  • Herba hijau atau herba yang diproses segera boleh mencetuskan iritasi. 
  • Carikan keluaran yang menggunakan serbuk daun senna. Senna mendorong pergerakan otot secara semula jadi dalam kolon dan bukannya melalui reaksi kimia yang kasar. pergerakan semulajadi ini mencuci dan menanggalkan toksin dalam kolon dengan lembut.

EPA/OMEGA
-----------
Fungsi
  • Boleh menurunkan trigliserida.
  • Boleh meningkatkan kolesterol HDL yang baik dalam darah. .
  • Boleh membantu mencegah pembekuan darah dalam jantung.
  • Telah membantu sakit kepala bersifat migrain.
Panduan Memilih
  • Carikan keluaran yang berlabelkan 'tanpa rasa susu'. 
  • lni merupakan minyak ikan dan kebanyakannya memberi rasa susu dan gas yang kurang sedap.
  • Sesetengah makanan tambahan baru ini telah mengatasi masalah ini. carikan suatu yangtanpa kolesterol. 
  • Adalah mustahak untuk memilih jika labelnya menyatakan bahawa ianya telah disahkan berkesan menerusi ujian klinikal.
Semoga perkongsian ini berguna dan dapat dimanfaatkan buat semua dalam memilih makanan tambahan. Apa jua jenama yg anda pilih pastikan anda yakin dan tahu apa yang anda pilih. Adakah perlu ambil semua di atas? Sejujurnya paling minimum untuk memulakan program makanan tambahan yang anda perlukan ialah protin dan multivitamin. Tetapi lebih efisien jika ia meliputi Vitamin C, Alfalfa atau Fiber. Selebihnnya di ambil mengikut keperluan dan status kesihatan anda.

Jika anda berminat utk mendapatkan mana-mana Natural Vitamin/Produk Shaklee, bolehlah hubungi saya,


Shaklee Independent Distributor [ID No : 869817 ]
sms/whatsapp 0136369014 | misriah1311@yahoo.com |

Macam mana nak jaga kesihatan jantung?



Ramai yang bimbang diserang penyakit jantung. Tetapi, ramai juga yang tidak berusaha untuk mencegahnya. Antara perkara yang mudah dilakukan adalah mengubah suai pemakanan seharian bagi mengurangkan risiko diserang penyakit jantung. Ada beberapa jenis makanan yang bermanfaat untuk kesihatan jantung, ini termasuk:

Ikan


Antara pilihan yang baik ialah salmon. Ikan adalah sumber asid lemak omega-3 yang baik. Ia melindungi jantung dengan mengurangkan radang dan risiko pembekuan darah. Lemak ini juga membantu untuk mengekalkan paras kolesterol pada kadar yang menyihatkan. Selain salmon, pilihan lain termasuk ikan laut yang berminyak seperti ikan tuna, sardin atau hering dengan pengambilan sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Untuk lebih sihat, panggang salmon yang dimakan dengan sayuran.

Oat


Bijirin oat mengandungi serat larut dipanggil beta glucan yang membantu mengurangkan paras keseluruhan kolesterol termasuk kolesterol LDL. Serat yang boleh larut juga membantu sistem penghadaman kekal sihat. Jika sukar menikmati bijirin oat begitu saja, campuran oat bersama susu rendah lemak atau susu soya itu boleh dicampur dengan hirisan buah-buahan segar.

Epal


Epal mengandungi sejenis bahan iaitu quercetin yang bertindak sebagai antiradang dan membantu mencegah pembekuan darah. Ia juga mengandungi vitamin dan serat, malah enak dijadikan snek ringan atau menambah hirisan epal dalam masakan. Epal membantu untuk mengurangkan sehingga 50 peratus risiko penyakit jantung jika pengambilannya dilakukan secara berterusan misalnya, dua biji epal atau 12 auns jus epal sehari.

Sayuran berdaun hijau
Sayuran berdaun hijau bukan saja mengandungi vitamin E, malah ia turut dikaitkan dengan keupayaan daya ingatan apabila kita meningkat tua. 

Tomato


Tomato juga baik untuk kesihatan jantung kerana ia kaya dengan vitamin dan lycopene yang terbukti membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung. Hanya tambahkan hirisan tomato pada sandwic atau banyakkan sos tomato dalam makanan. Malah, sos tomato yang dimasak dan sos tomato di dalam tin yang mudah didapati di kedai itu mengandungi lebih banyak lycopene berbanding tomato mentah.

Soya


Protein soya adalah sumber yang baik untuk menggantikan daging merah apatah lagi ia terbukti dapat membantu mencegah penyakit jantung.

Minyak zaitun


Minyak zaitun yang mengandungi kandungan lemak tidak tepu sehingga 77 peratus membantu untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dengan menurunkan paras kolesterol LDL.

Bijirin penuh


Bijirin penuh menyediakan vitamin dan serat yang membuatkan jantung kekal sihat. Jika anda penggemar roti, pilihlah roti yang dihasilkan daripada bijirin penuh.

Badam


Badam dan jenis kacang lain mengandungi minyak menyihatkan, vitamin E dan bahan lain yang membantu mengekalkan paras kolesterol. Ia juga sumber yang baik untuk protein dan serat.

Credit to  blog : faizsaaid blogspot

Thursday 18 April 2013

Variasi resipi cara bancuh ESP

Memandangkan ESP ni  one of our best seller.. maka dibwh ni disenaraikan cadangan beberapa cth resipi cara bancuh yg anda boleh cuba..
  1. ESP + Air suam
  2. ESP+ Fresh Milk (sama ada susu kotak atau susu tepung)
  3. ESP + Fresh Milk + kurma (rendam kurma dalam susu..after few hours..blend/shake it and mix with 1 sudu ESP)
  4. ESP + SusuAnmum
  5. ESP + Performance Drink Shaklee + MealShake Shaklee
  6. ESP + Nesvita 3in1
  7. ESP + jus twister tropicana
  8. ESP + Ribena
  9. ESP + any fruit juice ( tembikai, epal, lobak putih,peria,pegaga)
  10. ESP + Milo/Horlicks
  11. ESP + sirap bandung
  12. ESP + fresh milk + 1sudu madu + 1sudu oat + 1sudu serbuk koko (blend) *boleh mix setengah sudu kecikserbuk Shaklee fiber (jika ada)
  13. ESP + KOKO + OAT
  14. ESP + Milo/Serbuk Coklat Cadbury + SUSU HL 
  15. llalallalala
*boleh tambah list ini ikut pengalaman anda
_____________________________
Dan ini pula resipi smoothies
  • 1/2 cup nonfat milk
  • 1/2 cup fat-free plain yogurt
  • 1/2 frozen banana, peeled and chopped  -- boleh tukar ikutla ape jenis buah yang anda suke
  • 2 tablespoons powdered protein supplement < -- gunalah serbuk protin Shaklee (Mealshake/ESP)
  • 1 1/2 tablespoons flax seed < -- ni bole replace dgn Fiber powder shaklee
  • 1 teaspoon honey
  • 1/2 cup frozen strawberries (optional)
Directions~1. In a blender, blend the milk, yogurt, banana, protein supplement, flax seed, honey, and strawberries until smooth.
NOTES:
  • JANGAN BANCUH protin dengan AIR PANAS kerana kandungan zat protein mudah musnah pada suhu yang tinggi.
  • Jangan ambil lebih dari 3sudu besar sehari ..(berat utk buah pinggang proses protin yg berlebihan)


My experience, dalam bajet bulanan saya memang ada peruntukan utk beli suplemen . Best part, bajet ini bukan tiap2 bulan, 3 bulan sekali... Best kan? Siapa kata rugi...?


Wednesday 17 April 2013

Kesempatan Buat Uang Dengan Shaklee buat warganegara Indonesia!




Bismillah...

Semenjak ahkir-akhir ni ramai jugak warganegara indonesia yang bertanya dan menghubungi saya bagaimana untuk mendapatkan produk Shaklee kerana tahu berkesannya produk Shaklee. Ramai juga yang bertanya bagaimana untuk menjadi ahli Shaklee Distributor kerana mereka juga berminat untuk menjalankan bisnes ini. Tetapi sukar untuk mendapatkannya kerana Shaklee tiada di Indonesia...


Berita baik buat warganegara Indonesia!!

Jangan risau ya ibu2 sekalian, ini ada berita gembira. Shaklee kini sudah memasuki pasaran Indonesia sejak Jun 2012! Jika anda mendaftar sebagai Pengedar Shaklee Indonesia, anda adalah perintis Distributor Shaklee Indonesia yg terawal. Inilah Kesempatan bisnes baru buat kalian. Ayuh terima cabaran dan menangi kebebasan kewangan anda hari ini. Anda mampu mencapai belasan juta sebulan atau banyak lagi. Dengan Shaklee kalian tentukan sendiri berapa banyak uang yang kamu mahu.



Ayuh warga Indonesia! Jadikan impianmu bisa menjadi kenyataan..




"inilah peluang anda untuk ubah hidupmu kearah yang lebih sihat dan kaya. Daftar sekarang sebagai Distributor Shaklee Indonesia dan mulakan langkahmu hari ini.. Walaupun kita berlainan negara, saya akan bimbing anda, saya akan ajari anda menggunakan facebook dan internet sebagai teknik pemasaran. Anda mampu bikin wang walaupun hy dari rumah.. income? dengan Shaklee anda tentukan, tetapi pilihlah leader yang tepat bagi membatu kelancaran bisnes anda.."!



Tuesday 16 April 2013

MEMBERSHIP



Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli / Pengedar Shaklee?
Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran sebanyak RM65, ataupun membuat pembelian produk Shaklee melebihi 200 points (dalam lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma-à dilakukan sekali seumur hidup! Boleh share beli dengan family atau kawan2 yer.. Cukup RM650+ dah boleh dpt free membership!

Anda Cuma perlu menghubungi saya ( saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi sendiri ke Branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 869817 sbg sponsor.
Untuk mendapatkan newsletter dari Shaklee, hanya perlu bayar RM20 setiap tahun.

Yuran Keahlian Shaklee
Pendaftaran ialah RM65 (Jika anda pergi sendiri ke branch untuk ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit sekiranya anda mahu kit tersebut dipos kepada anda, @ dihantar melalui saya. Maksimum pendaftaran ialah RM75 (jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di branch)

Maintain point dan keahlian
Sekiranya cuma nak makan sendiri, tidak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dgn saudara mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase.

Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian?
Tak Perlu.

Apa yg diperlukan sekiranya saya nak daftar sendiri di branch?
Anda perlukan sponsor iaitu ahli berdaftar dengan Shaklee. Sila gunakan ID saya 869817 sekiranya anda berhasrat untuk memulakan langkah anda sebagai pengedar sah shaklee hari ini!




Apa kelebihan jadi ahli Shaklee
Anda dapat membuat pembelian dengah harga ahli. Setiap pembelian, anda akan diberi points yang ditukar kepada cash setiap bulan. Dengan menjadi ahli di bawah Shaklee2u (menggunakan ID saya sebagai sponsor), anda boleh memulakan perniagaan Shaklee anda sendiri di bawah bimbingan team kami.
Sekiranya anda berminat untuk menjadi ahli, boleh terus hubungi saya di  misriah1311@yahoo.com atau sms 013 -- 6369014 untuk maklumat lanjut.



Monday 15 April 2013

OMEGA GUARD BAGUS UTK KUATKAN MINDA DAN INGATAN ANAK2

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease. 

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Nak Sharing sket tentang perkembangan ank teruna ku, Remy Hakimi.. Baru2 ni apa yang saya perasan tentang anak bujang saya ialah dia cepat belajar sumthing dan prestasi dia lately nampaknya sangat2 positif. Mana taknya, cikgu bagitahu dari mula2 start hantar skool, tahap hafalan, bacaan remy mula2 ialah (C) dan sekarang berubah ke (B). Cikgu ckp remy ni belum suruh buat dia dah mula dulu... hihihi.... Saya tgk remy ni juga suka kan nombor2.. Alhamdulillah bila tengok perkembangan anak ni, rasa seronok kan..? 

Oklah, saya nak citer tentang kelebihan Omega Shaklee.. Omega memang amat bantu utk kecerdasan otak dan minda anak2. So pada ibu bapa yg ada anak setahun ke atas dah boleh bagi omega gurd ni sebagai makanan tambahn mereka

  • Penting bagi perkembangan dan fungsi otak
  • Meningkatkan sistem imunisasi
  • Menapis segala virus dan bacteria daripada badan.
  • Kanak-kanak yang mengambil Omega-3 sedari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.



Ni antara kebaikan omega guard..


26 Manfaat Omega 3 Dalam Omega Guard Shaklee
===================================

1. Omega 3 mengimbangi perubahan dan kepekatan hormon PMS wanita
2. Melicinkan kulit dan kelihatan kemerah-merahan
3. Mencegah salur darah dari tersumbat
4. Omega 3 dapat mengelakkan strok
5. Mengekalkan tekanan normal darah
6. Membantu mengurangkan ketegangan urat leher
7. Mengurangkan sakit kepala
8. Merendahkan kolestrol
9. Omega 3 dapat mencegah pembekuan darah dalam badan
10. Kekalkan tahap kesihatan trigliserida dan kolestrol LDL
11. Mengawal masalah obesiti
12. Mengurangkan risiko penyakit jantung
13. Sangat bagus untuk ibu hamil - membantu tumbesaran dan perkembangan
otak janin
14. Meningkatkan perkembangangan memori janin dan kanak-kanak
15. Meningkatkan sistem imun tubuh dan sangat bagus untuk kesihatan kanak-kanak
16. Membantu menyihatkan paru-paru
17. Omega 3 juga boleh memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis, dll
18. Mengurangkan demam, bronkitis, penyakit lelah, hepatitis, SLE
(lupus erythematosus)
19. Omega 3 juga membantu memperbaiki penyakit buah pinggang
20. Membantu menentang kanser paru-paru, payudara, kanser prostat dan kanser kolon.
21. Membantu meningkatkan kesihatan hati selepas pembedahan
22. Membantu pankreas pesakit kanser berfungsi dengan lebih baik
23. Memelihara fungsi-fungsi sendi
24. Mencegah penyakit gout

Selain itu, Omega 3 yang tekandung dalam Omega Guard Shaklee membantu memperbaiki masalah berkaitan otak sepert:-
- Mencegah insomnia
- Mengurangkan tekanan emosi
- Mengurangkan kemurungan dan kebimbangan
- Membantu memperbaiki masalah autism
- Membantu memperbaiki masalah kanak-kanak hyperactive
- Mengurangkan masalah schizophrenia
- Mengurangkan masalah lupa pada wanita yang telah melahirkan anak

Siapa Perlukan Omega 3 Untuk Menyokong Tahap Kesihatan?
1. Warga Emas
2. Pesakit Jantung
3. Wanita
4. Wanita yang telah melahirkan anak
5. Pesakit darah tinggi
6. Orang yang selalu lupa
7. Kanak-kanak berusia 1 tahun dan ke atas
8. Pelajar
9. Ibu menyusu
10. Ibu Hamil
11. Orang yang mementingkan tahap kesihatan yang bagus



 Tekunnya anak mama!


Fokus... :)



 Remy jugak ada mengambil Vitalea for Children dan utk princess Adelia, saya bagi dia Mealshakes!



oklah! kalau kita berkemampuan, berilah suplemen utk anak2 kita.. macam kita, mereka pun perlukan untuk tumbesaran mereka..Jadi memang berbaloilah jika anda melabur sedikit wang..yang terbaik hanya untuk anak2 kita kan?

:)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...