Wednesday 26 August 2015

Mengapa Islam sangat menganjurkan penyusuan susu ibu?

Menurut ajaran agama Islam pula, penyusuan anak  ini memang telah disyariatkan sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: Tafsirnya: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu." 
(Surah Al-Baqarah: 233) Yang dimaksudkan dengan Radha‘ah di sini ialah masuknya air susu perempuan ke dalam perut seorang kanak-kanak yang umurnya tidak lebih daripada dua tahun qamariah.

Hukum Penyusuan Anak

Menyusukan anak  yang masih dalam peringkat umur penyusuan adalah wajib selama mana anak  itu memerlukannya. Akan tetapi ke atas siapakah yang menanggung kewajipan tersebut? dan siapakah yang menanggung pembiayaannya?
Apabila lahir seorang anak , maka adalah menjadi kewajipan kepada bapa anak  itu untuk mencarikan orang yang boleh menyusukan anak tersebut. Manakala seorang ibu pula wajib menyusukan anaknya dengan air susu yang baru keluar dari sejak kelahiran (al-liba’). Al-liba’ itu dipanggil dengan nama saintifiknya sebagai kolostrum. Warna kolostrum itu kuning seakan-akan warna oren dan ianya menyerupai seperti mentega yang cair dan kolosturm itu pekat dan melekit seperti sirap maple. Menurut kajian saintifik ianya mengandungi protein yang tinggi, zat besi dan mineral yang lain. Ianya juga mengandungi kurang lemak, karbohidrat dan kalori berbanding dengan air susu dada yang keluar selepas kolostrum.
Adapun jangka masa al-liba’ itu tertakluk kepada pengkajian ahli bijak pandai, ada yang mengatakan kadarnya selama tiga hari dan ada juga yang mengatakan selama tujuh hari. Hukum wajib itu berlaku kerana anak damit tidak akan hidup atau tidak akan kuat pada kebiasaannya tanpa penyusuan dengan al-liba’. Sekalipun pada lazimnya seorang ibu akan menyusukan anaknya, namun perkara tersebut bukanlah wajib ke atasnya untuk berbuat sedemikian jika ada perempuan lain yang boleh menyusukan anak  itu. Tetapi jika ibu tersebut menyusukannya pembiayaan penyusuan itu adalah wajib ke atas bapa anak  itu sekiranya anak tersebut tidak memiliki harta. Oleh yang demikian si suami tidak ada hak untuk memaksa isterinya bagi menyusukan anaknya. Jika terjadi pertelingkahan antara suami dan isteri sama ada pada menyusukan atau pembiayaannya, maka bolehlah suami meminta perempuan lain untuk menyusukannya. Dalam hal ini suami juga berkewajipan membiayai penyusuan tersebut.
Ini dijelaskan dalam firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: 
Tafsirnya: "Dan (sebaliknya) jika kamu (dari kedua pihak) mengalami kesulitan, maka bolehlah perempuan lain menyusukannya."
(Surah At-Thalaq: 6) Berlainan halnya, jika anak itu tidak berbapa atau bapa dan anak  itu tidak memiliki harta atau pun anak itu tidak menerima susu perempuan yang lain atau anak  itu anak zina atau tiada diperolehi perempuan lain yang boleh menyusukan, maka dalam hal ini penyusuan itu wajib ke atas ibunya. Jika si ibu itu berkehendak untuk menyusukan anaknya, maka dia berhaklah menyusukannya. Menurut pengarang Al-Minhaj, berdasarkan pendapat yang ashah suami tersebut tidak berhak melarang isterinya menyusukan anaknya sendiri sebagaimana yang telah dishahihkan oleh kebanyakan ulama’.

Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: Tafsirnya: "Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan kerana anaknya."(Surah Al-Baqarah: 233) Ini kerana larangan suami terhadap isterinya bagi penyusuan anak itu, boleh mendatangkan kesengsaraan kepada si ibu itu sendiri, kerana si ibu lebih rapat dan condong hatinya kepada si anak. Begitulah juga dengan susu ibu, ianya lebih serasi dan sesuai jika diberikan kepada anaknya sendiri. (Nihayah Al-Muhtaj: 7/222, Mughni Al-Muhtaj: 3/573) Kewajipan suami membiayai penyusuan anaknya - sekalipun anak  itu adalah anak isterinya sendiri - adalah berasaskan kepada firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: Tafsirnya:
"Kemudian jika mereka menyusukan anak untuk kamu maka berikanlah kepada mereka upahnya."(Surah At-Thalaq: 6)
Jika si isteri itu meminta upah yang tinggi daripada suaminya sehingga melebihi upah yang sebanding atau ada perempuan lain yang mendermakan susunya atau perempuan lain itu meminta upah yang lebih rendah daripada upah yang sebanding, maka harus bagi suami untuk tidak memenuhi kehendak isterinya itu sebaliknya mengupah perempuan lain itu untuk menyusukan anaknya. (Mughni Al-Muhtaj: 3/573) Sesungguhnya amalan penyusuan anak oleh perempuan yang bukan ibu kandung anak  itu telah pun menjadi amalan masyarakat sejak sebelum kedatangan Islam lagi.
Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri semasa kecilnya disusukan oleh Tsuaibah iaitu salah seorang hamba perempuan daripada Abu Lahab, dan Halimah As-S‘adiah iaitu ibu susuannya daripada Bani Sa‘d. Rukun Radha‘ah (Penyusuan) Dan Syaratnya Rukun radha‘ah dan syaratnya yang menyebabkan seorang anak  itu disabitkan sebagai anak susuan dan menjadi mahram kepada perempuan yang menyusukannya ada tiga perkara iaitu:

1. Al-Murdhi‘ iaitu perempuan yang menyusukan. Disyaratkan orang yang menyusukan itu perempuan yang hidup dan telah mencapai usia sembilan tahun qamariah. 

2. Ar-Radhi‘ iaitu anak yang disusukan. Disyaratkan anak  itu hidup dan umurnya tidak melebihi dua tahun qamariah (haulain) sekalipun lebihnya itu pada kadar sehari. 

3. Al-Laban iaitu air susu perempuan. Disyaratkan air susu itu sampai masuk ke perut anak  berkenaan sehingga ia boleh menyebabkan pertumbuhan badan anak tersebut. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: "Tidak menjadi mahram daripada susuan melainkan apa yang menumbuhkan daging dan menguatkan tulang."(Hadis riwayat Ahmad)

Disyaratkan juga had penyusuan itu tidak kurang daripada lima kali dalam waktu yang berasingan dengan kadar penyusuan mengikut kebiasaan. Sebagaimana disebutkan dalam sebuah atsar shahabi daripada ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha katanya: Maksudnya: "Menurut apa yang diturunkan daripada Al-Qur’an sebelumnya bahawa sepuluh kali susuan yang telah dipastikan itu akan mengharamkan mereka (menjadikan mereka sebagai mahram). Kemudian (ketetapan itu) dimansukhkan dengan hanya lima kali susuan yang telah dipastikan. Maka wafat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam sedangkan (sebahagian mereka) terus membacanya (ayat lima kali susuan) daripada ayat Al-Qur’an (sehinggalah mereka berpakat untuk menasakhkan pembacaannya)."(Hadis riwayat Muslim) Adapun yang dimaksudkan dengan pemansuhan ayat "sepuluh kali susuan" itu adalah pada pembacaan dan hukumnya, namun pemansuhan bagi ayat "lima kali susuan" itu adalah pada pembacaan sahaja bukan hukumnya. (Syarah Shahih Muslim: 10/26)


Disyaratkan pada kadar penyusuan yang dikira sebagai sekali penyusuan itu adalah mengikut kebiasaan. Maksud daripada penyusuan mengikut kebiasaan itu ialah apabila seorang perempuan menyusukan anak dengan susu dadanya, nescaya anak  itu akan menghisapnya dan apabila dipisahkan daripadanya nescaya dia akan melepaskannya (kenyang). Proses sedemikian sudah dikira sebagai sekali susuan. Jika proses penyusuan itu diselangi dengan sesuatu keadaan yang tidak lama, seperti terputus penyusuan ini disebabkan anak tersebut bernafas, keletihan, termengah-mengah atau terputus disebabkan kesedakan kerana air susu terlalu banyak di mulutnya, kemudian anak tersebut kembali menghisap susu dada perempuan itu, maka penyusuan yang demikian ini masih dikira sebagai sekali susuan. Demikian juga halnya apabila dipindahkan anak itu daripada susu dada sebelah kanan kepada susu dada sebelah kiri. Jika terputus anak  itu daripada penyusuan dengan tanpa sebarang sebab kemudian kembali untuk menyusu, maka dalam keadaan ini tertakluk kepada jangka masa terputusnya itu, jika hanya seketika nescaya ianya dikira sekali susuan, namun jika jangka masa yang lama nescaya dikira dua kali susuan. (Majmuk: 20/92-93)

Hukum Anak Susuan

Apabila sabit seorang anak kecil menyusu kepada seorang perempuan yang bukan ibunya atau bukan mahramnya dengan rukun dan syarat di atas, maka anak susuan tersebut akan dikaitkan dengan sebahagian hukum hakam anak kandung (nasab), seperti dalam hal haram berkahwin, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: "Haram dengan sebab susuan seperti apa yang haram dengan sebab nasab keturunan."(Hadis riwayat Bukhari) Begitu juga persamaan pada hukum dalam perkara wudhu apabila bersentuhan, ‘aurat dan khalwat. Walau bagaimanapun masih terdapat beberapa hukum hakam yang berbeza antara anak susuan dengan anak kandung, seperti perwarisan, nafkah, pengguguran hukum qishah, tidak dipotong tangan apabila mencuri harta dan penjagaan (wilayah) ke atas harta atau diri sendiri, yang mana kesemua ini tidak sabit ke atas anak susuan. (Asna Al-Mathalib: 3/415)

Anak Susuan Dalam Hukum

Haram Pernikahan Apabila seorang perempuan menyusukan anak  orang lain dengan air susu hasil daripada perkongsian perempuan itu dengan suaminya, maka jadilah anak itu sebagai anak susuan kepada keduanya. Dengan makna yang lain, mereka berdua menjadi ibu dan bapa susuan kepada anak  itu. Adapun dalil dalam perkara ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh Sayyidatuna ‘Aisyah Radhiallahu ‘anha beliau berkata: Maksudnya: "Sesungguhnya Aflah saudara Abi Al-Qu‘aisy meminta izin kepadaku (untuk masuk) setelah turunnya ayat Hijab, lalu aku berkata: "Demi Allah tidak aku mengizinkannya masuk sehinggalah aku meminta izin kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Kerana saudara Abi Al-Qu‘aisy bukanlah orang yang menyusuiku akan tetapi orang yang menyusuiku adalah isteri Abi Al-Qu‘aisy." Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam masuk kepadaku maka aku berkata: "Wahai Rasulullah sesungguhnya lelaki itu bukan orang yang menyusuiku akan tetapi orang yang menyusuiku adalah isterinya (Abi Al-Qu‘aisy)." Rasulullah bersabda: "Izinkanlah dia kerana sesungguhnya dia adalah bapa saudaramu." ‘Urwah berkata: "Oleh kerana itu ‘Aisyah berkata: "Haramkanlah daripada sesusuan apa yang haram kerana nasab keturunan."(Hadis riwayat Bukhari) Oleh yang demikian menjadilah anak susuan itu mahram kepada perempuan yang menyusukan dan suaminya, begitu juga terhadap keturunan kedua suami isteri tersebut. 

Untuk lebih jelasnya berikut disebutkan orang-orang yang menjadi mahram kepada anak damit susuan itu:
i. Perempuan yang menyusukan
ii. Suami ibu susuan 
iii. Ibu bapa kepada ibu susuan
iv. Ibu bapa kepada suami ibu susuan
v. Adik beradik kepada ibu susuan
vi. Adik beradik kepada bapa susuan
vii. Anak-anak kepada ibu dan bapa susuan
viii. Anak-anak kepada ibu susuan
ix. Anak-anak kepada bapa susuan 

Manakala orang-orang yang menjadi mahram kepada ibu susuan dan bapa susuan, adalah anak  yang disusukannya, begitu juga anak kepada anak susuannya sehinggalah kebawah. Tetapi ibu bapa, nenek, ibu atau bapa saudara dan adik beradik kepada anak tersebut tidak menjadi mahram kepada ibu dan bapa susuan berkenaan. Ini kerana susuan itu tidak menjadikan mahram kepada usul bagi anak yang menyusu seperti bapa, nenek sehingga ke atas dan hawashinya seperti adik beradik dan ibu atau bapa saudara. Hukum mahram itu hanya kepada anak yang menyusu itu hingga furu‘nya seperti anak-anaknya, cucu sehingga ke bawah.


Beberapa Permasalahan Perihal Radha‘ (Penyusuan)

i. Penyusuan Kanak-Kanak Yang Sudah Besar Jika kanak-kanak yang disusukan itu sudah melebihi umurnya daripada dua tahun qamariah (haulain), maka anak tersebut tidak lagi boleh disabitkan sebagai anak susuan. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: Tafsirnya: "Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."(Surah Al-Baqarah: 233) Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam: Maksudnya: "Tidak ada hubungan susuan melainkan apa yang disusukan di dalam masa dua tahun (sebelum dua tahun)."(Hadis dikeluarkan oleh Ad-Darquthni) Sabda Baginda lagi: Maksudnya: "Tidak mengharamkan daripada penyusuan itu kecuali apa yang menyerap di dalam tali perut pada ketika menyusu dan penyusuan itu sebelum bercerai daripada menyusu."(Hadis riwayat Tirmidzi)

ii. Penyusuan Anak  Melalui Botol, Gelas Dan Sebagainya Di antara syarat penyusuan ana itu ialah sampainya air susu perempuan ke perut anak, sama ada terus menerus melalui hisapan payudara atau secara perahan yang diminumkan ke mulut atau dimasukkan ke hidung melalui gelas, botol, sudu atau sebagainya. Kesemua cara yang demikian itu, adalah dikira sebagai proses penyusuan yang mensabitkan anak  tersebut sebagai anak susuan. Adapun jika dimasukkan air susu itu melalui lubang atau rongga-rongga yang lain seperti telinga, mata, dubur, qubul atau melalui tempat luka, ia tidak mensabitkan anak  itu sebagai anak susuan kerana air susu itu tidak sampai ke dalam perut anak  dan ia tidak memberi pertumbuhan badan terhadap anak tersebut.

iii. Penyusuan Dengan Susu Yang Bercampur Air susu yang bercampur dengan sesuatu sama ada ia cecair seperti air, atau sesuatu yang keras seperti makanan air susu itu lebih banyak seperti ada tanda zahir warna susu atau rasa atau pun baunya maka sabit hukum susuan walaupun hanya sebahagian air susu yang bercampur itu diminum oleh anak itu. Manakala jika air susu itu sedikit daripada campuran yang lain, sama ada campuran itu yang halal atau haram seperti arak dan sebagainya sehingga menghilangkan ketiga-tiga sifatnya iaitu warna, rasa dan bau, mengikut qaul yang azhar adalah sabit hukum susuan jika diberi minum pada anak  itu keseluruhan air susu yang bercampur tersebut. Ini kerana telah yakin akan sampainya ‘ain air susu itu ke dalam perut. Adapun jika diminum hanya sebahagian air susu yang bercampur itu, mengikut qaul yang ashah adalah tidak sabit hukum anak susuan padanya kerana tidak yakin akan sampainya air susu itu ke dalam perut. Adapun jika jelas dan yakin bahawa lebihan campuran itu hanya tertinggal sedikit kadar susu yang dikuasai itu, maka sabitlah anak  tersebut sebagai anak susuan. (Mughni Al-Muhtaj: 3/529, Raudah At-Thalibin: 9/4-5)


CARA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE ------> KLIK DISINI

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian shaklee (atau) pembelian produk shaklee (atau) menjana pendapatan sampingan boleh hubungi saya :
Misriah Yahaya
SHAKLEE ID 869817
No Tel: 0136369014
Email : misriah1311@yahoo.com
Free consultation for every purchase
Like our Fanpage Secret Wellness - Tips & Beauty
COD / Self Pick up area Petaling Jaya, Taman medan, Taman Dato harun, Mentari Court, taman Sri manja, Rembau, Alor Gajah, Tampin dan RHB Jalan Tun Razak.

Tuesday 25 August 2015

Majlis Pengiktirafan & Motivation Rally

Rally ini diadakan untuk mengiktiraf leader-leader Shaklee yang telah berjaya naik rank. Rank bermula dari Supervisor, Senior Supervisor, Coordinator, Senior Coordinator, Key Coordinator, Senior Key Coordinator danMaster Coordinator. 


Yang seronoknya dalam program ini ialah mendengar perkongsian ikhlas dari mereka yang telah berjaya. Seramai dua orang yang telah berjaya pada rank Senior Coordinator, dan sorang Senior Key Coordinator telah berkongsi kisah mereka dan memberi tips-tips dan galakan untuk berusaha dan percaya kepada diri untuk berjaya.


Sememangnya bukan mudah untuk berjaya namun dengan semangat yang kuat dan sikap positif, mereka mampu mengatasi segala halangan dan cabaran. Semuanya memerlukan usaha yang kuat, usaha yang konsisten dan mesti mempunyai mental yang kuat. Segala cabaran mesti ditempuhi dengan jayanya. Bak kata mereka, Just DO It. Redah sahaja hingga berjaya.




Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi. Kali ni dapat menyaksikan 2 leader saya yg berkesempatan naik stage Shaklee untuk terima penganugerahan dari Shaklee kerana berjaya ank up sebagai Coordinator Mac lalu.


Mereka juga antara yang dijemput naik ke pentas untuk menerima sijil bersama leader² yang lain... ! Allah saja yang tahu betapa sebaknya hati ini bila doa kita dimakbulkan unuk lihat mereka juga bersama di atas pentas.

Alhamdulillah.

Apa pun saya nak ucap sangat terima kasih kepada 2 org leader ini yg bertungkus lumus dan mcapai kejayaan ke tahap ini. Dan tak lupa juga kepada mentor hebat ku Master Raihan.. Yang bagi semangat dari awal saya bertatih hinggalah hari ini. Sayang semua!
Best kan join Shaklee? Ada pengiktirafan, ada makan, semua boleh dengan Shaklee. Duduk rumah income 4-5 angka. Tiada yang musathil. Semuanya dengan SHAKLEE !




Kalau mereka boleh, anda juga boleh !


Kak Yati dan suami -  Senior Supervisor 




Bakal Master Shaklee 10-20 tahun akan datang. sentiasa bersama saya untuk meraikan setiap event Shaklee.. (my doter & my nieces)

Tahniah buat mereka yg berjaya mencipta nama di pentas shaklee,, Jumpa kalian di puncak MASTER nanti !


Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian shaklee (atau) pembelian produk shaklee (atau) menjana pendapatan sampingan boleh hubungi saya :
Misriah Yahaya
SHAKLEE ID 869817
No Tel: 0136369014
Email : misriah1311@yahoo.com
Free consultation for every purchase
Like our Fanpage Secret Wellness - Tips & Beauty
COD / Self Pick up area Rembau, Tampin, Alor Gajah dan sekitar melaka bandaraya bersejarah.
Petaling Jaya, (Taman medan, Taman Dato harun, Mentari Court, taman Sri manja - COD oleh rakan biz saya) 

Pengedar Shaklee Rembau : Penghantaran terus kepada anda!

Berita baik untuk orang-orang Rembau, Negeri Sembilan... Anda tidak perlu lagi untuk bersusah hati bagi mendapatkan suplimen Shaklee, saya Misriah Yahaya ID 869817, adalah pengedar Sah Shaklee berhampiran anda.

Antara khidmat teristimewa yang akan saya berikan kepada orang-orang Rembau, Negeri Sembilan ialah: 

1) Konsultasi secara percuma "face to face" di rumah anda ataupun anda boleh datang sendiri ke rumah saya.
2) Penghantaran suplimen Shaklee terus ke depan pintu rumah anda tanpa sebaras cas penghantaran
3) Penghantara selewatnya sehari selepas pengesahan order anda.



Wow...!!!! Menarik bukan??? Oleh itu, orang-orang Rembau, Negeri Sembilan, jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk dapatkan produk Shaklee daripada saya beserta dengan keistimewaan-keistimewaan yang saya tawarkan di atas.

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian shaklee (atau) pembelian produk shaklee (atau) menjana pendapatan sampingan boleh hubungi saya :
Misriah Yahaya
SHAKLEE ID 869817
No Tel: 0136369014
Email : misriah1311@yahoo.com
Free consultation for every purchase
Like our Fanpage Secret Wellness - Tips & Beauty
COD / Self Pick up area Rembau, Tampin, Alor Gajah dan sekitar melaka bandaraya bersejarah.
Petaling Jaya, (Taman medan, Taman Dato harun, Mentari Court, taman Sri manja - COD oleh rakan biz saya) 

Friday 21 August 2015

Mealshake untuk simanja

Assalamualaikum...


Anak ialah anugerah yang allah bagi tak ternilai kan... anaklah merupakan rezeki kita . Tapi anak yang ramai tidak melambangkan ape-ape kecuali anak yang sedikit tapi sihat dan bertenaga.
Kadang bila kita masak sedap2 tiba anak nak jung food mesti rase mcm nak marah pun ada betul tak? Tapi jangan lah marah. Tgok botol shaklee ni bkn momiey je perlu MULTIVITAMIN okey. Anak pun perlukan MULTIVITAMIN .

Bagi yang anak susah betul nk makan atau selera makan anak dan hilang boleh lah Amik MEALSHAKE + VITALEA chewable... Pasti bertambah selera makan.

Vitamin C chewable
Membentuk kolagen dalam kulit – vitamin C Shaklee ini akan merangsang pembentukan kolagen dan menyebabkan kulit menjadi tegang.
Mencerahkan kulit.
Melambatkan proses penuaan.
Menghalang pembetukan pigmen yang menyebabkan masalah jeragat.
Meningkatkan sistem imunisasi badan.
Membantu mengurangkan masalah alergi dan resdung.

Keistimewaan Vita-Lea for Children Chewable
Untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas.
Menyediakan 19 vitamin dan mineral penting
Sumber kalsium untuk pembinaan tulang
Baik untuk kesihatan
Sumber harian tambahan bagi vitamin B


MEALSHAKE

Anak anak saya memang kaki mealshake.. Pai pagi wajib sarapan dengan 1 cawan melashake.. 


Apakah kelebihan Mealshake?

- selera makan meningkat
- tiada lagi masalah sembelit
-sesuai untuk kanak-kanak yang mengalami kekurangan nutrient
-meal shake diperkaya 19 jenis vitamin dan zat mineral untuk meningkatkan kesihatan anak kita
-membantu menambahkan berat badan
-meningkatkan imunity dan mengurangkan symptom serangan Asthma kepada anak kecil
- sesuai juga untuk ibu hamil yang kerap muntah dan tidak boleh menelan pil
- sesuai untuk ibu menyusu yang memerlukan zat dan nutrient terapi tidak boleh menelan pil.
- kandungan utama meal shake adalah soya dan protien bagus untuk pembinaan tisu, tulang dan organ.

Tunggu apa lagi. Jom grab sekarang!!!

Resepi mealshake saya.... memang BEST ~

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian shaklee (atau) pembelian produk shaklee (atau) menjana pendapatan sampingan boleh hubungi saya :
Misriah Yahaya
SHAKLEE ID 869817
No Tel: 0136369014
Email : misriah1311@yahoo.com
Free consultation for every purchase
Like our Fanpage Secret Wellness - Tips & Beauty

COD / Self Pick up area Rembau, Tampin, Alor Gajah dan sekitar melaka bandaraya bersejarah.
Petaling Jaya, (Taman medan, Taman Dato harun, Mentari Court, taman Sri manja - COD oleh rakan biz saya) 

Kebaikan Herbal Blend Shaklee


Assalammualaikum... Apa kabar semua... harini sy nak share pasal cream serbaguna shaklee.... Baru baru ni anak saya kena ruam lampin. Biasalah kulit sensitif sikit, tambah pula cuaca panas sekarang kan.... so kalau tak pakai krim ni memang la makin menjadi ruamnya...
Saya akan sapu nipis di permukaan belakang kulit dan biarkan kejap sebelum pakaikan pampers... alhamdulillah mmg mujarab. Esok tu tgk ruam merah dia dah kurang... dia pun nmpk selesa dan sgt aktif !

Kenapa wajib pilih Herbal Blend® Multi-Purpose Cream?

Krim ini diperbuat daripada bahan semulajadi iaitu tumbuhan seperti sage, horse chestnut, yarrow dan rosemary.
Tumbuhan-tumbuhan ini telah digunakan sejak berzaman untuk kecantikan kulit. Bukan itu saja ia sangat banyak kegunaannya, misalnya..
Sage meransang pembaharuan sel kulit dan meningkatkan peredaran darah. Ia juga baik untuk mengurangkan selulit, masalah jerawat, kaki makan air dan kulit pecah, dan melegakan gejala-gejala ekzema dan psoriasis.
Horse Chesnut digunakan untuk menghilangkan tanda kegelapan (dark circle) bawah mata dan bersifat anti-radangRosemary memberi manfaat kepada phyto-nutrien, anti- oksidan, dan mempunyai asid penting. Ia kaya dengan vitamin C
Sage bersifat antiseptik dan baik untuk melegakan kesakitan sendi.

Keistimewaan krim ini ialah ia diperbuat dari tumbuhan, diuji secara klinikal dan yang penting tiada bahan kimia! Haruslah kita sedari, krim dan losyen kebanyakannya mengandungi bahan berbahaya seperti Paraben dan sebagainya.

Jadi bertukarlah kepada Herbal Blend sebelum merisikokan anak anda dengan carcinogen (penyebab kanser) dari krim lampin dan losyen mereka!

Apa Keistimewaan Herbal Blend® Multi-Purpose Cream?


Dingin pada kulit
Ekstrak herba semulajadi
Tidak berminyak
Mudah meresap
Aroma menyenangkan
Mudah digunakan
Mudah dibawa
Sesuai untuk semua golongan
Dijamin berkesan
Halal
Tanpa paraben dan steroid




******** 
Saya adalah Shaklee Independent Distributor area Petaling Jaya, Alor Gajah,  Taman Medan, Rembau, sri Manja, Sunway, KL (penghantaran ke rumah)
dan seluruh Malaysia (melalui pos)
SMS dan Watsapp : 013.636.9014
FB : Misriah Yahaya
Fanpage : Secret Wellness - Tips & beauty



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...