Friday 18 December 2015

Cara Cepatkan Bukaan Rahim Supaya Mudah Bersalin

Tips Cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin






Bila kita dah mula rasa sakit nak bersalin, doktor akan periksa berapa cm bukaan kita. Selagi tak cecah 6 cm kita takkan dibawa masuk ke labor room. Ada orang sekejap je sakit, dah bersalin. Ada orang menderita berharihari sakit tapi bukaan tetap sama, tak bergerak. Padahal punyalah sakit. Allah je yang tahu. Jom saya kongsikan cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin.

1. Banyakkan berjalan

Ye, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.


2. Jangan minum air selusuh terlalu awal

Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah.. (nauzubillah..)

sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awalawal ye. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labor room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum.



3. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu
Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah…Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.


4. Minta maaf dengan ibu bapa dan suami
Yang ni part paling syahdu. Dekatdekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebihlebih lagi suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua
orang. Manalah tahu kot ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, at least kita dah sempat minta maaf.


5. Baring mengiring sebelah kiri
Bila dah penat berjalan, ketuk ketampi, dan jalan itik mesti kita nak berehat kan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang.



6. Banyakkan bersujud
Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami. Itulah dia 10 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh anda amalkan. Saya doakan supaya anda melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi & semoga anda dan baby selamat.


InshaAllah, moga ibu dan bayi dalam keadaan sihat walafiat... ini hanya lah tips yang saya amalkan ketika sakit henak bersalin.. Apapun perbanyakkan selawat dan doa kepada Allah swt agar urusan kita dipermudahkan.... Aminnn..

CARA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE ------> KLIK DISINI

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian shaklee (atau) pembelian produk shaklee (atau) menjana pendapatan sampingan boleh hubungi saya :
Misriah Yahaya
SHAKLEE ID 869817
No Tel: 0136369014
Email : misriah1311@yahoo.com
Free consultation for every purchase
Like our Fanpage Secret Wellness - Tips & Beauty
COD / Self Pick up area Petaling Jaya, Taman medan, Taman Dato harun, Mentari Court, taman Sri manja, Rembau, Alor Gajah, Tampin dan RHB Jalan Tun Razak.


Tuesday 8 December 2015

Aduh...! Sakitnya geraham bongsu

Assalammualaikum..

Hari ni akak nak share tentang gigi geraham bongsu..

Akak dah lama tak kena sakit gigi.. Seingat akak masa darjah 1 last akak sakit gigi. Itu pun masa nak cabut gigi.. Kalau sakit geraham pun sekejap saja esok dah baik... Soo akak tak expect akan kena sakit gigi begini selepas umur 32 tahun.. Huhuhukkk.. 

Al kisah gigi geraham bongsu akak ni tak pulak kerap sakit. Tapi akak pelik kenapa ia tak tumbuh sempurna macam gigi akak yang lain.. Akak pun takde lah kisah sangat sebab ia tak datangkan kesakitan pada akak kecuali kalau akak makan benda keras spt daging ia tersekat dalam gigi hujung dan ia akan sakit kejap.. Tp tak lama. Esok tu dah ok.. So akak pun abaikan tentang gigi geraham akak yg tumbuh seget dan separuh lagi terbenam.. 
Hinggalah pada isnin lepas akak rasa mula sakit di bahagian geraham dan sakit tu makin menjadi-jadi bila tengah malam.. Adoioiii meleleh gak lah air mata ni... Duduk tak kena, baring tak kena.. Sampai esok pagi akak tak boleh tido akak ajak asben perfi klinik liza, tampin. 

Masa tu pipi dan gusi akak dah mula bengkak... 
Masa jumpa doktor baru akak tau gigi geraham bongsu akak dah bernanah. Rupanya bakteria dah buat rumah dekat gigi tu.. Doktor cakap sebab kedudukan ia paling hujung dan tak keluar sepenuhnya jadi sisa makanan yang tersekat dalam tu membuatkan bakteria merebak. Tak boleh dibiarkan dan perlu buat minor operation bagi mengeluarkan gigi geraham tersebut. Jika tidak ia akan terus sakit dan lebih teruk nanah yang terkumpul akan masuk ke dalam kelenjar leher dan time itu perlu jumpa doktor pakar untuk keadaan yg lebih teruk !! Akak rasa nak pitam dengar.. Gigi tu tak tumbuh sempurna sbb ruang dihujung rahang sangat sempit tapi ia mahu keluar juga.. Jadilah spt gigi dalam gambar akak dibawah... 
Akak tanya doktor kos untuk buang gigi bongsu ni berapa.. Dia jawab dalam RM500 kalau di klinik swasta. Kalau di hospital kerajaan perlu pergi ke Hospital Besar Tunku Jaafar atau pun Hospital Melaka.. 
Nak bedah gigi ni bukan boleh gitu jer tau... Kena tunggu bengkak surut baru boleh cabut 😂😂😂

Maka akak dengan sabar akan tunggu bengkak surut dan..!! Cabut !!! Huahahahahaaaa😁😁😁


(Nampak tak gigi akak yng hujung sekali tu)
Ok lah akak cerita kan serba sedikit tentang gigi bongsu ( wisdom teeth) . Moga sharing ni bermanfaat untuk kita semua.. 

Tumbuhnya gigi bongsu sinonim dengan kesakitan. Ada yang sampai demam, ada yang tidak boleh buka mulut malah ada yang tidak boleh makan dan minum seperti biasa, hinggakan sakit dan bengkak mulut akibat gigi bongsu ini dikira normal.


Apa itu gigi bongsu?
Gigi bongsu adalah gigi geraham besar kekal ketiga (terakhir) yang akan tumbuh di bahagian kiri dan kanan rahang paling belakang sekali. Biasanya, setiap orang ada 4 gigi bongsu; dua di atas dan dua di bawah. Secara umumnya, gigi kekal akan mula tumbuh seawal umur 6 tahun manakala gigi bongsu pula selalunya mula tumbuh pada usia 18 tahun atau lebih.


Kenapa sakit apabila gigi bongsu tumbuh, tidak seperti gigi-gigi lain?
Kadang kala, gigi bongsu tidak dapat tumbuh sepenuhnya pada gusi dan akan menimbulkan pelbagai masalah. Dua sebab utama kenapa gigi bongsu tidak dapat tumbuh sepenuhnya adalah:
  1. Tidak cukup ruang untuk tumbuh. Biasanya terjadi jika anda mempunyai rahang yang kecil.
  2. Dihalang gigi lain, selalunya gigi geraham besar kedua yang tumbuh di depan gigi bongsu.
 Istilah untuk gigi bongsu yang tidak dapat tumbuh sepenuhnya adalah gigi terimpak (impacted tooth). Gigi yang separa terbenam dalam rahang ini boleh menimbulkan kesakitan jika:
1. Pericoronitis. Lapisan gusi yang separa meliputi gigi terimpak ini boleh bertindak sebagai ‘gudang’ pengumpulan plak berbakteria. Lama-kelamaan, pengumpulan plak di sekeliling gigi terimpak boleh menyebabkan radang gusi di kawasan itu. Keadaan ini dikenali sebagai ‘pericoronitis’.
Ciri-ciri pericoronitis: Gusi sakit, pedih, merah, rasa tidak sedap atau hanyir, dan bernanah. Jika berlanjutan boleh bengkak bahagian muka terbabit dan sukar untuk membuka mulut.
2. Gigi terimpak yang dihalang untuk tumbuh oleh gigi depannya lebih senang mendapat karies (pereputan struktur gigi). Oleh kerana ia terhalang oleh gigi geraham besar kedua, karies gigi bongsu mungkin tidak dapat dikesan lebih awal dan dibiarkan berlanjutan. Anda sendiri pun tahu apa akibat gigi berlubang – SAKIT!

3. Penyakit gusi kronik (chronic periodontitis) yang boleh berjangkit ke gigi sebelah. Kesannya? Gigi sebelah gigi bongsu yang elok itu mungkin akan jadi sangat longgar akibat penyakit gusi tahap kronik dan mungkin terpaksa juga dikorbankan.

4. Penyakit patologi lain yang melibatkan gigi bongsu adalah seperti cyst dan tumor. Anda patut berhati-hati jika terdapat bengkak pada rahang yang pada mulanya kecil tapi semakin lama semakin membesar, dan mungkin tidak sakit sama sekali.
Tiada bukti yang menyokong amalan mencabut semua gigi bongsu sebagai langkah pencegahan. Namun begitu, jika anda mengalami mana-mana keadaan di atas, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor gigi untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.


Rawatan untuk gigi bongsu yang sakit adalah: 

Empat keadaan yang telah disebut di atas adalah antara sebab-sebab utama untuk rawatan cabutan gigi bongsu. Pembedahan kecil menggunakan bius setempat (minor surgery under local anaesthesia) mungkin diperlukan untuk mengeluarkan gigi bongsu tersebut. Pembedahan mungkin mengambil masa 20 minit hingga satu jam, bergantung pada tahap kesukaran.
Ketika pembedahan, anda akan merasa sedikit tekanan ke atas rahang anda dalam proses untuk mengeluarkan gigi tersebut kerana ruang di sekeliling gigi tersebut harus dilonggarkan supaya gigi itu keluar.
Komplikasi pembedahan kecil ini:
  • Bengkak pada bahagian muka dan sukar membuka mulut dengan luas dalam masa 1-2 minggu selepas pembedahan.
  • Rasa kebas di pipi jika gigi bongsu itu terletak berdekatan dengan saraf.
  • Jangkitan kuman – elakkan merokok selepas pembedahan dan jaga kebersihan tempat pembedahan dengan baik.
  • Pendarahan berlanjutan – anda perlu ke klinik/hospital/kecemasan jika anda mengalami pendarahan yang berlanjutan.

CARA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE ------> KLIK DISINI

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian shaklee (atau) pembelian produk shaklee (atau) menjana pendapatan sampingan boleh hubungi saya :
Misriah Yahaya
SHAKLEE ID 869817
No Tel: 0136369014
Email : misriah1311@yahoo.com
Free consultation for every purchase
Like our Fanpage Secret Wellness - Tips & Beauty
COD / Self Pick up area Petaling Jaya, Taman medan, Taman Dato harun, Mentari Court, taman Sri manja, Rembau, Alor Gajah, Tampin dan RHB Jalan Tun Razak.

Tuesday 1 December 2015

Kolegen shaklee senang dibawa kemana -mana!!

Akak suka sangat dengan kolegen shaklee ni.. Senang di bawa ke mana sahaja.
Standby dalam handbag 2-3 sacet.

Nak cantik, haruslah berusaha.
Betulkan niat, cantik untuk suami, insyAllah dapat pahala.


Kenapa saya suka sangat dengan Collagen dari Shaklee?. .
.
.
APA KELEBIHAN COLLAGEN SHAKLEE NI. .
🌷 Shaklee Collagen Powder merupakan suplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000mg proprietari RSS (Red Snapper Scale) Collagen,kolagen yang berkualiti tinggi dan tulen yang diekstrak daripada sisik ikan merah. .
🌷 Kolagen bermolekul sangat ringan Shaklee, kira-kira 1,000 Dalton*, dapat diserap dengan mudah oleh badan dan dapat membantu kepada peningkatan sintesis kolagen pada lapisan dermis dengan berkesan. .
.
🌷 Tujuh bahan utamanya termasuk, ekstrak biji benih Camellia japonica, ekstrak Pfaffia, kolagen ikan, ekstrak kerangkerangan, Lactobacillus acidophilus, vitamin C dan vitamin B yang digabungkan untuk meningkatkan keberkesanan kolagen RSS dan menyokong kecantikan anda dari dalam ke luaran. .
.
🌷 Shaklee Collagen Powder mudah larut dengan minuman dan makanan kegemaran anda. Setiap hidangan dipek di dalam satu uncang untuk memudahkan anda menggunakannya secara segera pada bila-bila masa dan di mana saja. [1box mengandungi 15 sachet]. .
Bulan ni memang tak boleh lepaskan Collagen Powder Shaklee. Bukan selalu dapat beli time promotion tau.
.
Jom try sendiri. Hubungi Kak misz 0136369014


#pengedarshakleepetalingjaya #pengedarshakleerembau #pengedarshakleerembau  #pengedarshakleealorgajah #pengedarshakleetampin #pengedarshakleetamanmedan #shakleemelaka #shakleepetalingjaya #shakleetamanmedan #shakleecollagenpowder 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...