Friday 21 November 2014

Dulu.. Kini.. dan Selamanya SHAKLEE


Takkan ku lupa detik berkenalan dengan produk shaklee apabila terbaca di dalam blog tentang suplemen untuk ibu yang bekerja dan dalam masa yg sama menyusukan bayi.... Google kat internet macam-macam produk berlambak dipasaran. Tapi takut nak cuba sebab ada produk yg claim macam2 kata baguslah.. hebat.. yg terbaik..mcm2.. Tapi macam takut jer nak cuba
 Akhirnya bila terbaca ttg shaklee terus jatuh hati.... baca n cari info, suplemen shaklee lebih kepada semulajadi , selamat dan berkesan.. ok daku terus pilih !

Tak sanggup tengok anak diberi susu formula akibat susu drop.. Stress dan penat kerje pejabat dan uruskan anak-anak... tak terkejar nak buat semua tu. Akhirnya tekad beli suplemen.. Untuk tujuan kesihatan diri..

Alhamdulillah , detik itu telah merubah corak hidup kami sekarang. Dari hanya sebagai pengguna tegar kami kini menjadi pengedar shaklee..  keempat-empat anak kami diberikan dengan susu ibu.. Alhamdulillah... Apa pun kita berusaha untuk dapatkan yang terbaik.. In sha Allah....





Dikesempatan nie, saya nak share juga beberapa tips ataupun beberapa amalan yang boleh memperbanyakkan susu ibu :

Berzikir dengan kalimah YA MATIN ( Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yang paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
Doa untuk ibu - ibu : " Ya Allah... Permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang Engkau syariatkan.. Aamin.."
Baca selawat dan Bismillah sebelum dan mengepam.
Baca Surah Al-Baqarah ayat 60; dan letakkan tangan pada payudara, usap dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun.. InsyaAllah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++
Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian shaklee (atau) pembelian produk shaklee (atau) menjana pendapatan sampingan boleh hubungi saya :

Misriah Yahaya
SHAKLEE ID 869817
No Tel: 0136369014
Email : misriah1311@yahoo.com
Free consultation for every purchase
Like our Fanpage Secret Wellness - Tips & Beauty
COD / Self Pick up area Petaling Jaya, Taman medan, Taman Dato harun, Mentari Court, taman Sri manja dan RHB Jalan Tun Razak.

Wednesday 19 November 2014

Ada apa dengan Set Berpantang Shaklee..?


Bismillah.. Alhamdulillah..

Sekarang ni ramai juga ibu-ibu di luar sana yang memilih untuk berpantang dengan produk shaklee. Ada yang beranggapan berpantang dengan produk Shaklee adalah cara berpantang yg moden, terutama dikalangan orang melayu. Ya lah kan... Berpantang hanya dengan mengambil vitamin sahaja. Kalau dulu-dulu saya tengok kakak saya setiap kali berpantang penuh macam-macam akar kayu, herba dan sebagainya. Kena rebus kayu tu dulu.. pastu kene minum.. Kalau saya memang tak lalu lah. Cium bau je pun dah kembang tekak. ekekeekek....
Saya rasa ramai yang tahu banyak testimoni pengguna Shaklee yang merasakan kesan positif selepas mengamalkannya... Macam-macam soalan yang diajukan. Betul-betul selamat ker? Hehehehe...... Ok, saya kongsikan soalan yang kerap ditanya beserta dengan jawapan yang cukup senang untuk difahami.


1) Kenapa Set Berpantang Shaklee ada pelbagai set?

Nak memudahkan ibu-ibu memilih set berpantang terbaik mengikut keperluan sendiri. Tak semua orang mengalami pengalaman bersalin yang sama... Ada yang bersalin normal, ada yg bersalin awal dann ada juga yang bersalin cara pembedahan.. Contohnya kalau ibu yang melahirkan anak pra-matang perlu tambah produk ESP untuk menyokong pengeluaran susu badan. Bagi ibu yang bersalin cara pembedahan pula ambil ESP untuk memulihkan parut pembedahan cepat hilang.

2) Cukup ker berpantaang hanya ambil vitamin?

Tak cukup.. Fungsi bagi setiap vitamin adalah untuk menyokong dan mengembalikan nutrisi yang telah hilang selepas bersalin. Ibu yang berpantang masih perlu menjaga makan dan pergerakan. Walaupun ada vitamin C dan zinc Complex untuk mempercepatkan proses luka bersalin jangan ingat semua makanan boleh dimakan. Bataskan juga pergerakan dan amalkan petua orang lama wapaupun badan rasa cergas. Pengambilan Vitalea dan juga B-Complex berfungsi membekalkan tenaga berpanjangan supaya ibu dapat menjaga bayi yg kadang-kadang suka jaga tengah malam.. Memang badan kita akan rasa sihat, bertenaga, cergas sepanjang hari.  Tapi jangan pula kita sesuka hati melakukan kerja-kerja berat bila dirumah. Nanti macam-macam masalah pula yang timbul...


3) Kalau makan Set Pantang Shaklee ada bagi kesann tak dekat baby macam makan jamu?

Mestilah akan ada kesan juga dekat baby. Apa yang ibu makan, baby pun akan dapat juga tau. Sebab tu ada ibu yang tak boleh makan jamu. nanti baby akan meragam. Contohnya naik ruam pada badan sebab panas. Itu kalau jamu la kan. Kalau makan Shaklee pula? Haa. Inilah yang buat orang sujka berpantang dengan shaklee. Antara sebabnya ialah sistem imun baby akan kuat ( sebab ada vitamin C). Kulit baby putih.. halus.. dan gebu ( sebab ada ESP) dan kalau ada ibu yang nak kurus tambah lecithin atau Omega boleh bantu perkembangan otak. Ada Juga yang ambil Ostematrix untuk kurangkan sakit -sakit pinggang dan kesannya menguatkan tulang baby dan nampak tegap. Haa, nampak tak bestnya set berpantang shaklee nie kan..??

40 Eh, jangan minum banyak air kosong nanti rahim kembang

Ini lagi satu kerisauan ibu yang mengambil set Berpantang Shaklee. Kena banyak minum air kosong. Sedangkan kalau ikut petua orang lama, jangan minum banyak air kosong nanti rahim kembang. Fakta atau auta? Secara logiknya badan kita perlukan air yang cukup untuk mengurangkan masalah seperti sakit kepala,elak sembelit, jamgkitan kuman dan sebagainya. kesihatan pun terjaga. Doktor juga sarankan minum air kosong secukupnya semasa dalam pantang. Yang penting sekali bila minum banyak air kodong, susu badan pun turut banyak. Kalau kurang minum air dari mana pula susu nak keluarkan? Cuba konsisten kan diri minum 8 gelas atau 2L dalam satu masa. Minum sekerap yang mungkin dari pagi sampai malam. Tak payah risau sangat minum air banyak nanti rahim kembang. Sebenarnya lagi bagus kalau kita cukup minum air kosong setiap hari. lagi cepat rahim tu kecut..




5) Anak comel, gebu, sihat , kuat dan bam-bam.. Ibu kurus dan cantik

Yang akhir sekali ni bonus sebenarnya. Siapa yang tak suka kan bonus kan.. Amalkan set pantang Shaklee bukan sahaja badan terasa segar, sihat, bertenaga, luka cepat sembuh dan sebagainya. Malah dapat bantu si ibu turunkan berat bbadan dengan cara yang selamat. Silap haribulan habis shaja tempoh berpantang dapat turun berat dengan banyak.. dan tak mustahil selepas 2-3 bulan dapat semula berat badan yang asal. Best kan? Bab kulit bertambah cantik sudah semestinya. lagipun ada sebahagian daripada set berpantang Shaklee adalah set untuk kulit cantik juga.


Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian shaklee (atau) pembelian produk shaklee (atau) menjana pendapatan sampingan boleh hubungi saya :

Misriah Yahaya
SHAKLEE ID 869817
No Tel: 0136369014
Email : misriah1311@yahoo.com
Free consultation for every purchase
Like our Fanpage Secret Wellness - Tips & Beauty

COD / Self Pick up area Petaling Jaya, Taman medan, Taman Dato harun, Mentari Court, taman Sri manja dan RHB Jalan Tun Razak.









Monday 10 November 2014

Kenapa Susu ibu kurang?

Persoalan ini selalu menghantui ibu-ibu yang menyusukan bayi. Persoalan kenapa susu ibu menjadi kurang mungkin disebabkan beberapa faktor tanpa disedari oleh ibu-ibu yang menyusukan. Di sini saya ingin berkongsi cara mudah untuk ibu-ibu diluar sana bagaimana cara untuk memperbanyakkan susu ibu. Antaranya.. :

1. Tambah masa dan kekerapan
ini adalah asas dalam penyusuan susu ibu kerana asasnya pengeluaran susu ibu adalah mengikut konsep Supply dan Demand. Konsep Supply dan demand ini sangat penting dalam penyusuan kerana konsepnya begini:
Semakin banyak permintaan susu  dari bayi, si ibu juga semakin kerap mengosongkan payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu. Bila baby kuat menghisap susu secara direct, atau kita mengepam susu secara konsisten. Maka makin banyak la susu yang terhasil... Makin kerap kita mengosongkan breast, makin banyak la susu yg terhasil....
 Lebih kerap meyusukan, lebih banyak yang dihasilkan. Cubalah pam setiap kali selepas menyusukan bayi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik bangun dari tidur. Ibu-ibu perlu luangkan sedikit masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selespas sekurang-kurangnya 7 hari... Ada juga sehingga 2 minggu. Memerah pada masa yang tetap juga mempengaruhi pengeluaran. Walaupun ketika berada di tempat kerja, kita seringkali sibuk dan terleka dalam menyiapkan tugas yang diberikan, cuba sedaya upaya untuk menetapkan masa yang tetap untuk memerah setiap hari. sediakan satu jadual memerah yang tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali. oleh itu, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada hasil perahan setiap kali memerah.

2. Minum air yang mencukupi
Air yang dimaksudkan adalah air kosong / masak semata-mata tidak termasuk teh,kopi,sirap dan air barli. hehehe.... Minimum 8 gelas (bagi seseorang seberat 25kb) lebih untuk yang lebih berat dari itu.

3. Pemakanan seimbang
Secara peribadinya saya mendapati bahawa ibu yang menyusukan bayi (termasuk diri sendiri) menghasilkan lebih banyak susu ketika kenyang berbanding dalam keadaan lapar.. Sekiranya ibu-ibu sedang dalam usaha menurunkan berat badan, makan pada jumlah yang sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan rasa lapar. Ini keranadalam keadaan lapar kita lebih cenderung makan berlebihan. Utamakan sarapan pagi kerana ia adalah permulaan hari anda.

4. Pemakanan yang menggalakkan pengeluaran
Keberkesanan adalah bergantung kepada individu.. Halba, Oats, Alfalfa , air soya, sawi, lobak putih, longan kering dan kucai, kurma, betik muda dan sebagainya.

5. Mengambil hormon/ Suplemen untuk menambah susu
Terdapat banyak suplemen yang dirumus bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah pengeluaran susu. Bagaimanapun perlu diingat juga bahawa asas pengeluaran adalah supply n demand. Pengambilan suplemen / makanan penggalak susu hanya sebagai pemangkin bagi menggalakkan pengeluaran susu..

Ambil suplemen susu ibu lebih berkhasiat
Perlu ditekankan apa jua yang ibu ambil ia tetap akan diserap ke dalam susu.. Nutrisi dan khasiat susu ibu tidak akan terlebih atau terkurang.. ianya ciptaan Allah. Cukup semuanya . Jadi kemana perginya suplemen yang kita ambil?
ia akan pergi menyerap ke dalam tubuh ibu dan tetap akan disalurkan kepada anak melalui susu ibu.

Nasihat saya....
Fahamilah konsep sebenar penyusuan susu ibu, dan kenal pasti dulu kenapa ibu itu perlu suplemen. ibu-ibu yang bekerja terutamanya perlu memastikan badan mereka cergas dan sihat dalam meneruskan perjuangan di dalam penyusuan bayi anda...




Jika anda seorang ibu yang sering keletihan..
Hubungi saya untuk mendapatkan set penyusuan ekslusif dan juga bajet khas buat anda dan bayi tersayang..

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian shaklee (atau) pembelian produk shaklee (atau) menjana pendapatan sampingan boleh hubungi saya :

Misriah Yahaya
SHAKLEE ID 869817
No Tel: 0136369014
Email : misriah1311@yahoo.com
Free consultation for every purchase
Like our Fanpage Secret Wellness - Tips & Beauty

COD / Self Pick up area Petaling Jaya, Taman medan, Taman Dato harun, Mentari Court, taman Sri manja dan RHB Jalan Tun Razak.






Percutian di Gold Coast Morib

Assalammualaikum..
Baru balik dari bercuti di Gold Coast Morib.. Sebenarnya ni kali ke 2 aku jejakkan kaki kat situ.. Sebenarnya tarikan di Gold Coast ni adalah taman tema dia.. selain daripada jakuzi dlm hotel tu... Budak-budak memang suka air kan.. ha, time ni lah kalau nak bagi diorang berendam lama-lama dan main air sepuas-puasnya...

Cuma kali ni ade sket komplen yg aku tak berapa gemar bila dah ramai pengunjung maka kekotoran juga akan berlaku, Pihak pengurusan kena pandang serius juga benda ni ye agar pengunjung tak lari atau tak mai lagi dah.. Perkara pertama yg aku nak tegur ialah lalat penuh di sekitar ruang pendaftaran dan pintu masuk... Banyak sangat sampai buat org tak selesa dan rimas.. (menjijikkan??).. Dekat ruangan lobi pun aircond tak berfungsi.. panas.. .. Pastu bab Check In.. Check In pukul 3 petang tapi bila nak chek in kata room not ready yet? Bilik bersepah2 sebab tak housekeeping lagi.. bayangkan kalau ade anak kecik terpaksa tunggu lama...kalau setakat 10 - 20 minit kira ok lagi tapi kalau dekat setengah - 1 jam memang agak berangin juga la kan.. tapi nasib baik kami ni tak tunggu lama.. kira ok la tunggu ...

Bab lain-lain semuanya ok sangat... selesa... best... Alhamdulillah dapat bawak anak-anak beriadah dan meluangkan masa bersama-sama yg tersayang.... SubhanaAllah... terima kasih pada suami tersayang yg sudi bawa kami pergi bercuti... dan tak lupa juga kak teh sekeluarga yg join trip holiday ni walaupun singkat tapi sangat seronok.. buat kak long Nurul Ain, happy birthday .. semoga dipanjangkan umur, murah rezeki dan berbahagia bersama suami tercinta hingga ke ahkir usia.... :)









Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian shaklee (atau) pembelian produk shaklee (atau) menjana pendapatan sampingan boleh hubungi saya :

Misriah Yahaya
SHAKLEE ID 869817
No Tel: 0136369014
Email : misriah1311@yahoo.com
Free consultation for every purchase
Like our Fanpage Secret Wellness - Tips & Beauty
COD / Self Pick up area Petaling Jaya, Taman medan, Taman Dato harun, Mentari Court, taman Sri manja dan RHB Jalan Tun Razak.


Sunday 2 November 2014

Promosi bulan November !!

Bila dapat 2 mesej ni memang terlompat-lompat la happy.... Macam orang mengantuk disorongkan papan bantal.. memang seronok sangat2 sebab kami sekeluarga dari dulu memang penggemar omega shaklee.. !!

hip hip hoorey !!
hi[ hip hoorey !!


RM0.00 Shaklee: Nov'14 Buy 6 Free 1 Promotion - OmegaGuard (00P173)Place your order now! TQ


RM0.00 Shaklee: Good News! Additional Nov'14 Promotion - Buy Twin Packs OmegaGuard with 5% discount (00P218) . Place your order NOW! TQ

Yang terlebih syok bila shaklee bermurah hati nak bagi lagi 5% diskaun bagi pelanggan yg beli 2 botol omega. Fuhhh jimat giler hokey ! lalalalaa


Ingin tahu tentang kelebihan Omega Guard Shaklee?

Sangat bagus untuk perkembangan minda dan otak. 


Khasiat DHA yang terkandung dalam Omega Guard dapat dinikmati oleh bayi sejak dalam kandungan lagi jika ibu-ibu mengambilnya sewaktu mengandung. Ia kemudian dapat diteruskan menerusi penyusuan susu ibu jika ibu menyusu mengambilnya. Apabila mencecah umur satu tahun, Omega Guard boleh dicampurkan ke dalam susu atau makanan kanak-kanak atau sekiranya dia pandai menguyah, dia boleh mengunyahnya.


Baik untuk perkembangan memori dan fokus. 

Omega Guard adalah supplement yang sangat sesuai untuk orang yang mudah lupa atau hilang fokus kerana ia membantu dalam meningkatkan daya ingatan kita.

Menyokong kesihatan kardiovaskular. 

Asid lemak Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard merupakan asid lemak yang penting dalam membantu memastikan jantung, arteri dan salur darah sentiasa berada dalam keadaan sihat dan tidak tersumbat. Omega Guard membantu merendahkan paras trigliserida dalam badan lalu merendahkan risiko daripada terkena penyakit jantung ataupun stroke.


Mengawal paras kolestrol. 


Omega Guard juga bertindak untuk melawan kolestrol jahat (LDL). Ia akan mengurangkan kandungan kolestrol jahat dalam darah dan meningkatkan bilangan kolestrol baik.


Mengurangkan sakit sendi. 



Salah satu manfaat Omega Guard ialah ia juga bersifat anti-radang. Banyak kajian menunjukkan supplemen minyak ikan (EPA+DHA) amat bermanfaat dalam mengurangkan kebas dan keradangan pada sendi dan seterusnya membantu dalam merawat rheumatoid arthritis.


Mengurangkan gejala asthma

Memandangkan Omega 3 amat baik untuk melawan radang, maka pengambilan minyak ikan Omega Guard dapat membantu mengurangkan gejala selsema, asthma ataupun radang paru-paru.

Menguraikan lemak. 

Omega Guard mencegah pengumpulan lemak pada badan dan seterusnya mengelakkan masalah obesiti.

Memelihara kesihatan kulit. 

Omega Guard dapat membantu melicinkan kulit dan membantu memperbaiki masalah alahan kulit seperti eczema, psoriasis dan lain-lain.

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian shaklee (atau) pembelian produk shaklee (atau) menjana pendapatan sampingan boleh hubungi saya :

Misriah Yahaya
SHAKLEE ID 869817
No Tel: 0136369014
Email : misriah1311@yahoo.com
Free consultation for every purchase
Like our Fanpage Secret Wellness - Tips & Beauty
COD / Self Pick up area Petaling Jaya, Taman medan, Taman Dato harun, Mentari Court, taman Sri manja dan RHB Jalan Tun Razak.

Kelebihan Performance Drink - Membekalkan Tenaga

Cerita pasal Peformance Drink....


Jika sebelum ni kita selalu nampak ramai artis yang ambil suplemen... Jangan terkejut eh atlet sukan pun amalkannya.... Salah seorangnya ialah bekas peserta Soccer Kids musim ke 3 dan juga seorang pemain FRENZ UNITED, MUHAMAD FAREEZ JEFRY. Beliau memilih untuk mengambil minuman bertenaga #PEFORMANCE DRINK ni ! See, atlet sukan pun pilih shaklee......
(untuk mengetahui tentang Club Frenz United ni anda boleh klik link disini)

Kelebihan 
- Membekalkan tenaga tambahan dengan segera kepada tubuh badan
- Minuman ahli sukan yang mengandungi imbangan elektrolit yang sempurna, berkhasiat dan tidak bergas.
- Terbukti secara klinikal menghidratkan anda lebih cepat berbanding air.
- Performance Drink Shaklee telah terbukti secara klinikal dapat mengurangkan kehilangan bendalir bagi meningkatkan tahap hidrat tubuh, memelihara tahap gula dalam darah bagi mengekalkan keupayaan tenaga dalam meningkatkan stamina – berdasarkan ujian yang dilakukan kepada atlit berpencapaian cemerlang di Amerika Syarikat.
- Performance Drink Shaklee tidak mengandungi perasa tiruan, pemanis atau sebarang bahan pengawet tambahan.

Performance Drink dari Shaklee merupakan antara suplemen terbaik yang pernah dihasilkan oleh Shaklee bagi membantu untuk membekalkan tenaga berpanjangan kepada mereka yang mengamalkannya. Performance Drink telah dihasilkan sebagai minuman sukan pertama bagi para atlet di U.S. PD ini juga diamalkan oleh atlet bertaraf Antarabangsa contohnya seperti kent Bostick ( Pelumba Basikal).



Rujukan
Link 1

Senarai  atlit yang lain
Link 2

Siapa yang sesuai untuk mengamalkan pengambilan Performance Drink?

ia sesuai diambil oleh sesiapa shaja yg ingin meningkatkan kecergasan dan kesihatan. Lazimnya orang yang gemar melakukan aktiviti fizikal seperti 

  • Menunggang Basikal
  • Berlari
  • Berjogging
  • Bola sepak 
  • Angkat Berat
  • Panjat Gunung
  • Berkayak
  • Mereka yang letih setelah bekerja seharian
  • dan macam-macam aktiviti fizikal yg lain

Apa kata mereka yang tentang Shaklee Performance Drink ini?



Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian shaklee (atau) pembelian produk shaklee (atau) menjana pendapatan sampingan boleh hubungi saya :

Misriah Yahaya
SHAKLEE ID 869817
No Tel: 0136369014
Email : misriah1311@yahoo.com
Free consultation for every purchase
Like our Fanpage Secret Wellness - Tips & Beauty
COD / Self Pick up area Petaling Jaya, Taman medan, Taman Dato harun, Mentari Court, taman Sri manja dan RHB Jalan Tun Razak.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...