Friday 10 November 2017

Diet korang kelaut?

Kawan-kawan. 
Tahun 2017 bakal berakhir. 
Tak putus2 orang mintak tips diet dari aku. Tak sempat aku nak karang panjang berjela pada setiap orang yang mintak tips diet. 

Maafkan aku ye. 

Harini aku cuba kongsi etika yang diamalkan sepanjang setahun aku diet. 

1- Point pertama, Jadikan makanan yang direbus/dibakar/distim sebagai pilihan utama.
Mengapa ini point pertama? Kalau point pertama ini pun dah gagal kau ikut maka proses diet itu sia-sia. Makanan rebus, bakar, dan stim antara menu yang rendah lemak dan kurang minyak. Makanan yang dibakar pula pastikan jangan sampai hangus. Kalau terbakar teruk akan jadi karsinogenik so bakar light saja..
Selain mampu menjimatkan kalori berbanding makanan yang bergoreng ia adalah menu yang sihat dan jika di amalkan dengan konsisten. Badan kau yang besar akan sedikit susut hasil penjimatan kalori ketika memilih menu seperti ini.

2- Jangan tinggalkan nasi.

Selama diet, jangan pernah tinggalkan nasi. Selain daripada karbohidrat, nasi juga membantu memberikan tenaga sepanjang hari dan elakkan badan jadi lemah longlai. Tapi untuk kurus, makan nasi 2-3 pinggan bukanlah ubat mujarabnya. Cukuplah kuantitinya sekadar segenggam tapak tangan. Ia dah memadai untuk tenaga. Nak turunkan berat, makan separuh dari saiz tapak tangan.

3- Minum segelas air suam sebelum makan.

Tak kisah pun berapa gelas kau nak minum sebelum makan. Tujuan minum segelas air sebelum makan adalah sebagai pelapik perut. Ini habuan untuk kawal sedikit nafsu makan. Percayalah ia membantu. Tak nak percaya, kau punya pasal. 

4- Jauhkan diri daripada air manis

Kalau mahu minum yang air bancuh pun carilah kopi kosong, milo kosong dan jus kosong. 

5- Makan yang tidak berulamkan air

Untuk elakkan perut jadi buncit, boroi dan jadikan usus lebih baik. 15-30 minit lepas makan baru minum. Atau minumlah seteguk dua selepas makan. Tidak bagus makan nasi selang seli dengan air. ikut petua seorang pakar kesihatan. 30 minit lepas makan baru minum. Tapi kalau tercekik, minumlah. Hehe. 

6- Jangan tinggal sayur-sayuran.
Ini sangat penting sebagai tenaga tambahan dan bekalan vitamin dalam badan. Sayur memastikan anda mempunyai serat yang cukup untuk badan. Percayakah pengambilan sayur yang banyak tidak akan menggemukkan sebaliknya akan bantu kuruskan badan. 

7- Makan dengan perlahan dan nikmati makanan. 

Ini antara langkah terpenting agar anda tidak gelojoh bila makan. Makan dengan gelojoh akan buat anda berasa susah untuk kenyang dan sentiasa lapar. Ikut 20 minute rules. Perut agak lambat untuk respon anda dah kenyang. Tindak balas kenyang akan berlaku setelah 20 minit selepas makan. Selepas 20 minit, perut yang asalnya anda rasakan kosong, tiba-tiba terasa mengisi ruang dan jadi padat. Itu biasa. Jadi, kunyahlah perlahan-lahan. Ikut sunnah nabi.

Aku harap kau ikutlah etika-etika ini dengan baik. Untuk muslim jangan lupa baca doa makan sebelum makan agar menambahkan lagi keberkatan makanan yang akan kita jamah. 

Cuba disiplin dan biar capai target makanan perkalori berapa yang kau perlukan untuk setiap kali hidangan.

Semoga bermanfaat. 

Cikyah
Bukan coach. Sekadar kongsi ilmu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...