Thursday 29 August 2013

Inguinal Hernia (Angin Pasang)

Post harini nak citer pasal Hernia.. Oh indah namanya. Tapi tidak seindah penyakit yg dialamai oleh kebanyakan lelaki dan kanak2 lelaki.. Kenapa saya nak post tentang Hernia @ nama timangan nya Angin Pasang..?

Hurmm,,, ceritanya gini
"semalam kami pergi bawak remy ke Klinik lepas mengadu sakit di bahagian "kelipit" nama manja bagi telur bawah ari2 dia... Sebenarnya sblm ni kami perasan bahagian ari2 dia makin membengkak, sangkaan kami maybe budak lelaki, x duduk diam berlari, bermain dan menjerit hingga bahagian tu mbengkak.. Bengkak pulak makin besar... Kerisauan kami bertambah bila doktor sahkan remy mgalami Hernia dan perlu di bedah.... Allahuakbar.. risau nye lah!
Jadi sesi men'google' tentang angin pasang ni serba sedikit merisaukan aku. huhuhuuu...

Sedikit biodata Remy

Nama : Muhammad Remy Hakimi B Zulhelmi
DOB : 16 September 2008 ( Hari Malaysia) / 16 Ramadhan 1429H
POB : KPMC Puchong
Berat Lahir : 3.50kg
Masa Lahir : 2:21 pm
Minggu: 37 minggu
Darah : O+
Cara kelahiran : Induce Normal

Benjolan Abnormal


Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Hernia?



*Semua hernia seelok-eloknya dibedah selepas dikenalpasti.*


Hernia adalah satu benjolan yang tidak normal bagi organ dalam melalui pembukaan normal @ tidak normal. Faktor-faktor lain adalah seperti :

1. Kelemahan pada dinding dalam perut seperti yang berlaku pada pesakit obes, lemak yang terdapat antara otot-otot mengasingkannya dan membuatkan ia lemah.


2. Peningkatan dalam tekanan intraabdominal seperti yang dilihat pada kanak-kanak dengan batuk kokol, orang tua dengan kelenjar prostat yang membesar menyebabkan kesukaran untuk buang air kecil, seseorang dengan batuk kronik atau sukar membuang air kecil disebabkan sembelit.Ia juga boleh berlaku pada pengangkat berat kerana jangka masa yang lama diambil untuk mengangkat berat.


3. Kadar kejadian hernia adalah lebih tinggi pada perokok disebabkan oleh kekurangan aktiviti kolagen.


4. Pada bayi ketidakmatangan adalah salah satu penyebab hernia. Hernia ini dikenali sebagai hernia sejak lahir (kongenital). Hernia biasanya berlaku pada pangkal paha yang dinamakan inguinal hernia dan femoral hernia. Hernia juga boleh berlaku di kawasan pertengahan bahagian depan abdomen dan ini dikenali sebagai epigastric(bahagian atas pada abdomen), paraumbilical (atas dan bawah umbilicus) dan umbilical hernias (pada umbilicus).


Apabila hernia berlaku pada bahagian lama parut selepas pembedahan, ini dikenali sebagai incisional hernia.


Tanda-tanda Inguinal Hernia


Gambar1

Inguinal hernia boleh melibatkan sebelah ataupun dua-dua belah ari-ari. Ia akan kelihatan seperti bonjolon di bawah kulit di bahagian ari-ari, atau boleh turun masuk ke dalam sarung telur budak-budak lelaki (Gambar 1).
Ia TIDAK disebabkan oleh aktiviti yang lasak atau teranan sewaktu bayi atau kanak-kanak menangis, tetapi ia akan dilihat dengan lebih nyata dalam keadaan-keadaan tersebut.

Komplikasi

Sekiranya sebahagian daripada usus terperangkap di dalam kantung hernia (Incarceration), komplikasi utama yang boleh berlaku adalah usus tersumbat (intestinal obstruction). Dalam keadaan ini, najis dan gas tidak dapat keluar melalui jalan dubur seperti biasa, dan mengakibatkan pesakit mengalami kesakitan perut dan di ari-ari atau karung telur, perut kembung, muntah dan kesukaran membuang air besar (Gambar 2).
 
gambar2

Sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan awal, usus yang terperangkap di dalam kantung hernia boleh terus tercedera sehinggakan bahagian tersebut mati (gangrene) akibat kesekatan saluran darah ke bahagian usus yang terperangkap.
Keadaan-keadaan yang diterangkan di atas memerlukan rawatan pembedahan secara cemas. Komplikasi lain adalah keadaan di mana tumbesaran telur bayi lelaki terbantut atau terjejas sama sekali disebabkan oleh inguinal hernia (Testicular atrophy). Ini boleh berlaku terutamanya kepada bayi-bayi pramatang atau sekiranya hernia dikaitkan dengan kedudukan telur yang tidak betul (Undescended testis) dalam bayi-bayi lelaki.
Rujukan : Portal Rasmi MyHealth KKM

Rumusannya, mama harap anak mama remy akan segera sembuh.. Mama dan ayah doa semua berjalan dengan lancar nnti... Ameen..

Salam sayang
30.8.2013
23 Syawal 1434H

3 comments:

  1. jd anak akak kena bedah x? anak saudara saya pn mengalami masalah yang sama. kesian kadang2 tgk dia. xblh nk terlalu aktif. tp tau ja la budak lelaki kn... cnfrm lasak... sedih bila tengok dia menangis sbb sakit... memamg sedih sangat la....

    ReplyDelete
  2. anak akak x jadi operate dik..masa nak kene op dia demam campak, dr bagi next ap, last2 akak bwk dia berubat cara kg.. sia selalu mengadu senak perut kat bahagian ari2...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...