Thursday 29 August 2013

Inguinal Hernia (Angin Pasang)

Post harini nak citer pasal Hernia.. Oh indah namanya. Tapi tidak seindah penyakit yg dialamai oleh kebanyakan lelaki dan kanak2 lelaki.. Kenapa saya nak post tentang Hernia @ nama timangan nya Angin Pasang..?

Hurmm,,, ceritanya gini
"semalam kami pergi bawak remy ke Klinik lepas mengadu sakit di bahagian "kelipit" nama manja bagi telur bawah ari2 dia... Sebenarnya sblm ni kami perasan bahagian ari2 dia makin membengkak, sangkaan kami maybe budak lelaki, x duduk diam berlari, bermain dan menjerit hingga bahagian tu mbengkak.. Bengkak pulak makin besar... Kerisauan kami bertambah bila doktor sahkan remy mgalami Hernia dan perlu di bedah.... Allahuakbar.. risau nye lah!
Jadi sesi men'google' tentang angin pasang ni serba sedikit merisaukan aku. huhuhuuu...

Sedikit biodata Remy

Nama : Muhammad Remy Hakimi B Zulhelmi
DOB : 16 September 2008 ( Hari Malaysia) / 16 Ramadhan 1429H
POB : KPMC Puchong
Berat Lahir : 3.50kg
Masa Lahir : 2:21 pm
Minggu: 37 minggu
Darah : O+
Cara kelahiran : Induce Normal

Benjolan Abnormal


Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Hernia?



*Semua hernia seelok-eloknya dibedah selepas dikenalpasti.*


Hernia adalah satu benjolan yang tidak normal bagi organ dalam melalui pembukaan normal @ tidak normal. Faktor-faktor lain adalah seperti :

1. Kelemahan pada dinding dalam perut seperti yang berlaku pada pesakit obes, lemak yang terdapat antara otot-otot mengasingkannya dan membuatkan ia lemah.


2. Peningkatan dalam tekanan intraabdominal seperti yang dilihat pada kanak-kanak dengan batuk kokol, orang tua dengan kelenjar prostat yang membesar menyebabkan kesukaran untuk buang air kecil, seseorang dengan batuk kronik atau sukar membuang air kecil disebabkan sembelit.Ia juga boleh berlaku pada pengangkat berat kerana jangka masa yang lama diambil untuk mengangkat berat.


3. Kadar kejadian hernia adalah lebih tinggi pada perokok disebabkan oleh kekurangan aktiviti kolagen.


4. Pada bayi ketidakmatangan adalah salah satu penyebab hernia. Hernia ini dikenali sebagai hernia sejak lahir (kongenital). Hernia biasanya berlaku pada pangkal paha yang dinamakan inguinal hernia dan femoral hernia. Hernia juga boleh berlaku di kawasan pertengahan bahagian depan abdomen dan ini dikenali sebagai epigastric(bahagian atas pada abdomen), paraumbilical (atas dan bawah umbilicus) dan umbilical hernias (pada umbilicus).


Apabila hernia berlaku pada bahagian lama parut selepas pembedahan, ini dikenali sebagai incisional hernia.


Tanda-tanda Inguinal Hernia


Gambar1

Inguinal hernia boleh melibatkan sebelah ataupun dua-dua belah ari-ari. Ia akan kelihatan seperti bonjolon di bawah kulit di bahagian ari-ari, atau boleh turun masuk ke dalam sarung telur budak-budak lelaki (Gambar 1).
Ia TIDAK disebabkan oleh aktiviti yang lasak atau teranan sewaktu bayi atau kanak-kanak menangis, tetapi ia akan dilihat dengan lebih nyata dalam keadaan-keadaan tersebut.

Komplikasi

Sekiranya sebahagian daripada usus terperangkap di dalam kantung hernia (Incarceration), komplikasi utama yang boleh berlaku adalah usus tersumbat (intestinal obstruction). Dalam keadaan ini, najis dan gas tidak dapat keluar melalui jalan dubur seperti biasa, dan mengakibatkan pesakit mengalami kesakitan perut dan di ari-ari atau karung telur, perut kembung, muntah dan kesukaran membuang air besar (Gambar 2).
 
gambar2

Sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan awal, usus yang terperangkap di dalam kantung hernia boleh terus tercedera sehinggakan bahagian tersebut mati (gangrene) akibat kesekatan saluran darah ke bahagian usus yang terperangkap.
Keadaan-keadaan yang diterangkan di atas memerlukan rawatan pembedahan secara cemas. Komplikasi lain adalah keadaan di mana tumbesaran telur bayi lelaki terbantut atau terjejas sama sekali disebabkan oleh inguinal hernia (Testicular atrophy). Ini boleh berlaku terutamanya kepada bayi-bayi pramatang atau sekiranya hernia dikaitkan dengan kedudukan telur yang tidak betul (Undescended testis) dalam bayi-bayi lelaki.
Rujukan : Portal Rasmi MyHealth KKM

Rumusannya, mama harap anak mama remy akan segera sembuh.. Mama dan ayah doa semua berjalan dengan lancar nnti... Ameen..

Salam sayang
30.8.2013
23 Syawal 1434H

Monday 26 August 2013

Tahniah anak didikku!


Tahniah anak didikku Lily Ladyana. Beliau salah sorg ank didik ku yg sangat aktif dgn shaklee. Bermula dari customer shaklee hingga kini dah jadi pengedar shaklee yg berjaya dgn income 3 angka walaupun baru 2 bulan join..!! Siapa nak bagi RM500++ sebulan betul tak? tak mustahil 1 hari nnti bole dapat 4,5 angka. Malah utk dapat 6 angka jugak tidak mustahil... kan? InshaALLAH..  luaskan empayar kalian. Jangan lupa janji Allah itu pasti, mereka yg berusaha ALLAH pasti berikan ganjarannya. Lagi seminggu utk kalian mantapkan rekod kalian. semak .. semak.. dan semak... Jika sale kita merudum, adakah kita mjaga hubungan kita dgn ALLAH. Banyakkan bersedekah agar rezeki kita luas. agar harta kita terpelihara. Balance dunia dan akhirat. itulah yg sering mentor saya tekankan Raihan's Vita-Shop. saling ingat mengingati dalam bisnes ni.. Saya doakan anak2 bisnes yg lain juga terus maju...   "KUN FAYAKUN" 'Be, And it is"  i love uols..

Strategi Perniagaan Abdul Rahman Bin Auf r.a




Assalammualaikum..
Dah lama rasanya x update blog saya ni. Perasaan rindu meluap-luap jadinya...!!

oklah, minggu lepas sempat tgk Kuliah Perdana Ehwal Islam mengenai cara Abd Rahman Bin Auf berniaga.. Jadi hari ni saya tertarik nak kongsi apa strategi tokoh perniaagaan Islam ni berniga.... JOm highlight sket.. ^^ !!! 

Abd Rahman Bin Auf adalah seorang sahabat Nabi SAW yg hartawan namun tetap zuhud.. Beliau telah banyak belanjakan harta kekayaannya ke jalan agama..

Beliau ni seorang usahawan yg terbilang gemilang dan termasyhur pada waktu itu. Salah satu perniagaan yang beliau jalankan adalah perniagaan unta. Beliau berjaya mendominasi perniagaan unta ni yg mana sebelum ini didominasi oleh kaum Yahudi..


Apa Startegi beliau ?

Jual unta dengan harga KOS tanpa ambil sikit pun dari hasil jualan unta.. Haa?? Jual harga kos? Abis kalau dah jual harga kos, mcm ne nak untung..


Jom kita check apa jawapan Abdul Rahman Bin Auf r.a ..Beliau dengan mudah menjawab :
Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos.Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacama-macam warna.


Apa yang ingin saya kaitkan dengan PERNIAGAAN SHAKLEE saya?

Terus terang saya nak bagitau, selama saya meniaga saya lebih selesa menjual dengan harga AHLI sahaja.. dan hanya mengenakan bayaran pos (kadar rata) jika produk di pos atau dihantar ke rumah.. Mana datangnya KEUNTUNGAN ? Keuntungan saya di bayar tiap-tiap 15 haribulan setiap bulan.. jika banyak hasil jualan maka banyaklah bonus (keuntungan) saya..bonus Shaklee di bayar dari 5% hingga 21%.. Alhamdulillah sekarang bonus saya mantain 21% setiap bulan.. Syukur Alhamdulillah (^_^)



Ada juga pelanggan yang saya kasihi meminta DISKAUN walaupun sudah di beri harga AHLI...jawapan saya mudah sahaja.. "itulah harga DISKAUN" saya tidak boleh menjual dengan harga yang lebih murah dari harga AHLI.. kenapa? Ia adalah tidak adil bagi peniaga Shaklee yang lain...terutama sekali bagi mereka yang baru menjinakan diri dengan Biz Shaklee...kan.kan..

Mungkin ada yang menjual dengan HARGA RUNCIT..bagi pendapat saya ia tidak salah sebab keuntungan tu boleh dijadikan modal pusingan nnti.. tak salah nak jual dengan harga runcit kerana itulah usaha dan penat lelah kita selama ni. Means, keuntungan sedikit melalui jualan..UNTUNG RUNCIT boleh dijadikan MODAL pusing jika pengedar Shaklee belum sampai tahap bonus 21% lagi..Tetapi apa kebaikkan jika kita jual dengan HARGA AHLI..? Kebaikkan yang paling ketara saya nampak adalah PELANGGAN AKAN DATANG MEMBELI DENGAN KITA SEMULA..Sekarang kita boleh memilih sama ada ingin berniaga cara Abdul Rahman Bin Auf r.a atau tidak..

Dengan rasa rendah hati marilah kita sama-sama mencontohi Strategi Perniagaan Abdul Rahman Bin Auf r.aKeberkatan juga adalah salah satu kunci kejayaan sesebuah perniagaan..

Sekian.. 




Sumber : FB Ust. Zamri



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...