Wednesday 1 May 2013

MALNUTRISI DI KALANGAN KANAK-KANAK - hakikat yg perlu diperbetulkan.




Masalah MALNUTRISI  dikalangan kanak-kanak sering dipandang ringan oleh segelintir ibu bapa. Walaupun masih ramai yang mempunyai persepsi malnutrisi merujuk kepada kekurangan makanan yang menyebabkan tubuh menjadi kurus kering, hakikatnya ia perlu diperbetulkan...
  • Definisi

Malnutrisi ialah suatu keadaan tidak sihat yang disebabkan oleh makanan yang tidak berzat,makanan yang tidak sesuai, atau tubuh yang tidak dapat menyerap atau menggunakan zat makanan.Malnutrisi primer berlaku apabila tubuh mendapat terlalu banyak makanan, tidak memperoleh makanan yang cukup atau mendapat makanan yang tidak sesuai. Malnutrisi sekunder berlaku apabila, disebabkan penyakit, tubuh tidak boleh menggunakan zat makanan walaupun zat makanan itu terdapat dalam sesuatu makanan.

Menurut wikipedia 

Malnutrisi bermaksud kekurangan makanan seimbang pada individu atau populasi. Sebagainya contohnya, kekurangan sumber-sumber seperti protein yang diperlukan untuk membina badan dan otot yang sihat, sementara kalori pula adalah sukatan bagi tenaga yang diperlukan oleh badan. Manakala zat besi pula diperlukan untuk membolehkan sel darah berfungsi dengan sempurna. Antara simptom yang boleh menunjukkan berlakunya malnutrisi adalah seperti kanak yang sangat kurus. Namun malnutrisi juga boleh berlaku kepada anak-anak terlebih berat badan.





Berdasarkan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan Ketiga pada tahun 2006, sebanyak 15 peratus daripada kanak-kanak Malaysia mengalami kekurangan berat badan atau terbantut manakala, 5.4 peratus lagi didapati berlebihan berat badan. Kajian lain turut melaporkan peningkatan ketara bilangan kanak-kanak yang berlebihan berat badan atau obes.
Menurut Pengerusi Ahli Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan Bulan Pemakanan Sihat Malaysia (NMM), Dr. Tee E Siong, statistik tersebut agak membimbangkan kerana walaupun dilihat kecil tetapi, masalah malnutrisi tidak boleh dipandang ringan. Satu kajian yang dijalankan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (2007-2008) melaporkan bahawa 1 daripada 3 kanak-kanak sekolah rendah di Malaysia pergi ke sekolah dengan perut kosong. 
Artikel Penuh: Kosmo
  • Mengenal pasti punca
Jika seorang kanak-kanak terlebih berat badan atau kekurangan berat badan, kedua-dua disebabkan oleh masalah serupa – kanak -kanak itu tidak menerima pemakanan baik. Ini boleh disebabkan oleh pelbagai punca, daripada kekurangan makanan (dalam keluarga miskin), penyakit kronik atau kerap sakit pada kanak-kanak itu, kepada cara hidup yang tidak sihat. 

“Sebilangan kecil kes kekurangan berat boleh dianggap berpunca daripada penyakit yang berlanjutan, seperti cirit-birit kronik, sindrom iritasi usus atau penyakit seliak (kegagalan usus kecil mencerna dan menyerap zat makanan) yang mempengaruhi penyerapan zat oleh badan,” kata Datuk Dr Zulkifli. ”Sebaliknya, beberapa keadaan perubatan, seperti hormon yang tidak seimbang atau penyakit lain yang diwarisi yang berkaitan dengan metabolisme, boleh menyebabkan obesiti.

Bagaimanapun, untuk kebanyakan masalah berkaitan pemakanan, Dr Tee E Siong, Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia, berkata bahawa ia biasanya disebabkan oleh diet dan tabiat pemakanan yang kurang baik, seperti mengambil terlalu banyak makanan kalori tinggi, makanan snek yang tidak sihat dan cerewet makan. 

Sebahagian besar tabiat makan tidak sihat berpunca daripada kekurangan kesedaran dan pengetahuan ibu bapa tentang pemakanan kanak-kanak.Ramai ibu bapa tidak menyediakan pemakanan seimbang dan pelbagai, serta tidak memastikan yang anak mereka makan hidangan tetap. Pilihan makanan mudah – seperti makanan segera, atau makanan diproses – ialah makanan yang ramai ibu bapa memberi anak-anak mereka untuk menjimatkan masa dan kos. 

Makanan sebegini biasanya tinggi dalam kalori dan lemak. Jika sering dimakan, tetapi kalori berlebihan tidak digunakan, berat badan akan meningkat dengan cepat. Ibu bapa yang kurang berpengetahuan juga merupakan satu faktor penyebab malpemakanan. Apabila mereka kurang berpengetahuan tentang pemakanan baik dan amalan pemakanan, atau tidak mempunyai kemahiran mencukupi untuk memasak makanan sihat di rumah, mereka secara tidak langsung menanam tabiat pemakanan yang kurang baik dalam anak mereka. 

Sesetengah ibu bapa juga tidak mengambil masa untuk memberi perhatian kepada pemakanan anak dan gagal memastikan bahawa mereka menerima makanan berkhasiat yang diperlukan di rumah, sekolah atau semasa makan di luar rumah.Tambahan kepada corak pemakanan yang tidak sesuai, kanakkanak hari ini menghabiskan lebih banyak masa dengan aktiviti pasif, seperti menonton TV, bermain komputer atau permainan video, daripada menyertai aktiviti luar rumah seperti berbasikal, berlari, joging serta bersukan, seperti bola sepak, futsal, renang dan bola keranjang.

Cadangan
  • Badan memerlukan makronutrien (nutrien yang penting dalam jumlah yang kecil) daripada diet makanan kerana badan tidak dapat menghasilkan nutrien ini untuk memenuhi keperluan badan yang optimum. Mikronutrien terdiri daripada vitamin A, B dan C, folik, zink, kalsium, iodin dan zat besi. Rawatan bagi kekurangan zat besi termasuklah pengambilan zat besi menerusi makanan yang diperkayakan serta suplemen zat besi.
  • Menyusu badan adalah digalakkan untuk memastikan bahawa bayi tidak mempunyai masalah kekurangan dalam vitamin ini kerana susu ibu adalah kaya dengan vitamin A. Makanan yang diperkaya dan pertambahan jumlah buah dan sayuran di dalam diet adalah penting untuk mengurangkan risiko kekurangan vitamin A di kalangan orang dewasa. Perempuan mengandung adalah mudah terdedah kepada risiko kekurangan vitamin A kerana perkembangan fetusnya telah menggunakan vitamin A yang terdapat di dalam tubuhnya.

Dalam menangani masalah ini, ibu bapa perlu sedar akan beberapa perkara supaya tidak berlaku malnutrisi di kalangan kanak-kanak....

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian shaklee (atau) pembelian produk shaklee (atau) menjana pendapatan sampingan boleh hubungi saya :

Misriah Yahaya
SHAKLEE ID 869817
No Tel: 0136369014
Email : misriah1311@yahoo.com
Free consultation for every purchase
Like our Fanpage Secret Wellness - Tips & Beauty
COD / Self Pick up area Petaling Jaya, Taman medan, Taman Dato harun, Mentari Court, taman Sri manja dan RHB Jalan Tun Razak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...