Monday 22 June 2015

KEBURUKAN BUAIAN ELEKTRIK


Assalamualaikum.... 

Harini rasa macam nak sharing tentang buaian bayi... Semua orang tau buai tu apa kan? Rasanya even orang bujang pun tau benda tu. 

Ni lah buai baby. Rata2 kebanyakan mak mak luar sana gunakan buaian mcm gambar diatas. Betul tak?

And semua tau banyak kes baby jatuh dari buai dilaporkan. Ye tak? Even cam tu masih ramai parents yang tak amik kisah pasal baik buruknya buai baby ni. Huhuhu. Rasanya lebih banyak buruk dari baik.

If anda seorang ibu atau ayah, mungkin anda ada baca dalam buku klinik anak bahawa dilarang menggoncang bayi. Tidurkan baby dalam buai ni pun termasuk dalam menggoncang bayi. 

Sebenarnya zaman kita sekarang ni ramai yang masih menggunakan buaian dengan alasan baby tidur lebih lama jika dibuai. Tapi betulkah yang baby tu dibuai dan bukannya dihenjut? Bagi mereka yang menggunakan buaian, perhatikan cara anda.  Buai dan henjut itu adalah dua perkara yang berbeza. 

Lagi-lagi bagi mereka yang menggunakan buaian elektrik. Macam-macam ciptaan manusia ni kan. :)

Contoh adapter buaian elektrik

First time tengok live benda ni berfungsi masa balik kampung suami 2 minggu lepas. My biras gunakan ni untuk tidokan baby dia yang baru berumur 47 hari dengan kelajuan henjutan yang for me agak berat sebab berenjut 12jam tanpa henti. Erk!

Dari artikel dan info mengenai buai yang saya baca dalam internet, kebanyakannya mengatakan yang menggunakan buai ni ada efek pada otak baby. Huhuhu. Nak tau efek apa? Google arr.. Hehehe.. Malas nak copy paste penerangan yang me jumpa sebenarnya.

Teringat 1 kisah masa kerja dulu. Ada member ni anak yg ke 3 lahir normal.. leps habis pantang (60 hari) antar baby kat pengasuh.. suatu hari dia dpt panggilan dr pengasuh yg anak nya di bawa ke spital kerana tak sedarkan diri.... bayangkan, pagi kita hantar normal.. tiba2 dimaklumkan dgn berita mgejutkan... doktor sah kan bahawa anak beliau mgalami KONKUSI OTAK ataupun gegaran otak. Menurut dokter akibat goncangan yg kuat jadi punca berlakunya gegaran dan pendarahan di otak.. Hasil siasatan bgtau bayi bukan didera atau terjatuh TAPI kerana henjutan tanpa henti yg menyebabkan otak bayi digoncang.. nauzubillah~~ 

Zaman dulu kala pun memang orang buai anak tapi tu betul buai sebab zaman-zaman tu tak de lagi spring tu semua. Guna kayu semata. Boleh buai tetapi tak boleh henjut. Saya pernah tengok buai buatan sendiri tu.Totally berbeza dengan buai yang ada sekarang.... 


Jadi, sbg ibu bapa kita hendaklah beringat selalu... memang memudahkan kerja kita tapi takut kesan dan akibatnya membuatkan kita terpaksa menanggung rasa kesal seumur hidup... Bagi saya, nak buai bayi tu boleh, mcm saya sendiri. Buai anak untuk lenakan mereka dan jika tido kita stop membuai.... untuk langkah keselamatan pastikan letak bantal atau tilam bayi di bawah buai .. dan buai bukan dihenjut berjam-jam tau .  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...