Tuesday 1 October 2013

Shaklee dan MLM - Patuhi syarat dalam shariah Islam?

Assalammualaikum dan selamat pagi semua.
Lama dah tak update blog. Rasa bersawang2 pulak. hehe... Kali ni nak citer tentang MLM mengikut hukum syariah islam. Seperti yg kita sedia maklum, bila sebut tentang MLM, terbayang dek fikiran tentang sistem yg menguntungkan org atasan. MLM ni Skim cepat kaya, MLM ni mengarut. Paling pedas bila org kata MLM ni HARAM sebab SYUBHAH. Sebelum ini, saya ada letakkan post tentang Shaklee adalah syarikat pertama yang mengamalkan sistem MLM. Sejak akhir-akhir ni banyak pulak syarikat yang telah mengamalkan sistem MLM dan ada di antaranya yang ingin mengaut keuntungan semata-mata ..

Allah S.W.T telah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 168
"Wahai sekalian manusia! Makanlah daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang terang nyata bagi kamu".

Nabi SAW bersabda : 
Ketahuilah bahawa di dalam badan manusia ada seketul daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh badan tersebut dan apabila ia rosak maka rosaklah seluruh badan tersebut. Ketahuilah bahawa (daging ) tersebut adalah hati."


 Menurut ustaz Zaharudin, asas minima yang patut dipatui adalah seperti berikut ;

1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).


Alhamdulillah, sehingga ke hari ini produk shaklee telah berada dipasaran lebih kurang 50 tahun dan terbukti berkesan secara klinikal. Ramai yang telah mencuba dan merasai perbezaannya termasuk saya sendiri. Shaklee memang mengutamakan kualiti produknya.


2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.

Ok, yang ini memang confirm bukan. 




3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.

Sebab itu, sebagai upline perlu 'remind' anak2 biz  dalam menjaga dan memberi ilmu pada ‘anak’, ‘cucu’, ‘cicit’. Kalau ada yang tak faham, hubungi upline anda dengan segera kerana masing-masing ada hak di antara 1 sama lain.. Bukan sekadar suruh jadi ahli sahaja tanpa sebarang informasi. Di zaman internet ni, walaupun berjauhan tetap boleh berhubung secara maya kan. Tambahan sudah ada online coaching dan kelas serta seminar yang dianjurkan bagi memudahkan proses penyampain ilmu diberikan..





4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala’ atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).

Dalam shaklee setiap komisen Shaklee adalah bergantung pada nilai point (UV) yang dikumpulkan hasil pembelian produk. Bukan berapa ramai orang yang ditaja (seperti dalam sistem piramid, anda taja lebih anda untung berlipat ganda. no no no..) Kalau ramai yang ditaja pun tapi semua tiada belian, maka tiada komisen diberikan ye.. 




5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya,  ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju’alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua’alah mestilah dipastikan sempurna.

Tiada paksaan untuk membeli dalam Shaklee. Anda beli anda dapat point dan bonus. Tak beli tak dapat apa-apa pun.. 


6. Setiap ‘upline’ atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah’. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?

Sekali lagi, bantulah diri anda memperolehi ilmu dengan menghubungi upline anda dan bantu upline anda menjalankan tanggungjawabnya dengan baik. Saya sering tekankan perkara ini buat anak2 biz, jika tidak faham segera berjumpa saya untuk dapatkan ilmu yang diajar agar tidak di tuntut dikemudian hari nanti... 



7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.

Dah terbukti dalam Shaklee, siapa yang berusaha lebih dia akan mendapat lebih. Dah terbukti downline boleh naik rank lebih tinggi dari upline. 



8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.

Alhamdulillah, setakat ni mudah faham dengan sistem Shaklee yang simple. :)



9. Menstruktur plan pemasaran di antara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.

Setakat ni modal keahlian Shaklee sama sahaja untuk setiap orang sama ada dia masuk dahulu atau kemudian iaitu RM65 dan RM10 dikenakan untuk pos member kit shaklee. Modal lain pula direct kepada Shaklee. Jadi, tak timbul isu ini. 


Rumusannya, kaji dahulu sebelum membuat andaian tentang sesuatu perkara. Tidak semua syarikat MLM itu haram, bagi saya pilih lah yang menepati kehendak syarak. My point of view, MLM boleh jadi haram jika sistem syarikat tidak betul dan di manipulasikan oleh manusia. Seperti contoh.. Join MLM yang mana kena buat loan bank beribu-ribu dan memaksa orang bawahan (downline) membeli produk demi kepentingan peribadi untuk naik rank tapi dari segi manfaatnya tidak jelas, tidak diajar tentang kegunaan produk, tiada garis panduan tentang bagaimana untuk menjual dan sebagainya. 

Berminat?

Hubungi saya 
Misriah Yahaya
SHAKLEE ID 869817
Email : misriah1311@yahoo.com
Free consultation for every purchase
Like our Fanpage Secret Wellness - Tips & Beauty
COD / Self Pick up area Petaling Jaya, Taman medan, Taman Dato harun, Mentari Court, taman Sri manja dan RHB Jalan Tun Razak.

Rujukan :
credit to blogger anis amin 




Sunday 1 September 2013

SHAKLEE dan MLM

Assalammualaikum..
Harini nak citer pasal MLM dan Shaklee. Malah Shaklee dan MLM ada hubungkait antara kedua-dua mereka :)

Tahukah korang, shaklee adalah syarikat pertama dalam bidang nutrisi dan juga MLM?


Soklan pertama : Kenapa Dr Shaklee memperkenalkan supplemen dalam bentuk MLM dan tidak dijual sahaja di kedai?


Begini...pada masa dahulu, Dr  Forest Shaklee ada impian iaitu mahu lebih ramai orang mendapat ilmu tentang nutrisi dan keperluan diri. Pada masa Dr shaklee membuat kajian, masyarakat hanya tahu tentang ubat dan kurang ilmu tentang nutrisi lalu bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan. Jadi, penting untuk ilmu tentang nutrisi disebar luaskan dan cara paling efektif adalah dari mulut ke mulut. Hari ini, shaklee masih meneruskan sistem MLM untuk memberi peluang perniagaan selain membantu orang ramai memahami tentang nutrisi, bukan sekadar beli dan makan sahaja. Jadi, sangat penting untuk para pengedar menggali ilmu tentang nutrisi dan memberikan konsultasi terbaik untuk para pengguna.


Soklan kedua : aku nak tanya korang, cuba studi gambarajah di bawah, mana lebih mahal dari segi kos ?


Sumber : Hanis Blogspot



Mengikut definasi direct selling, dipetik dari laman web "MLM the american made nightmare" definasi direct selling means sell directly to the user. So bagi aku, gambarajah diatas dah jelas, mana lebih mahal, mana lebih murah? Sudah tentu Direct selling lebih murah lebih mudah dan lebih menguntungkan semua :)

Berbalik bab MLM ni, berbanding syarikat lain, shaklee tidak menghabiskan duit untuk membuat iklan di media massa. Syarikat lebih menggunakan duit utk buat penyelidikan dan pembangunan.. Mana ade artis popular yg dibayar utk digunakan dlm iklan produk shaklee. Kalau ada pun berita tentang shaklee di tv dan majalah adalah untuk menceritakan tentang syarikat ataupun informasi tentang produk. Shaklee bagi kebebasan untuk para pengedar sendiri mempromosi tentang shaklee mengikut kreativiti masing-masing. Jadi, shaklee dapat jimat banyak kos di situ dan digunakan untuk membayar bonus pengedar.... Sebab tu bonus pengedar macam kami ni masyukkkk.....


Soklan ketiga : Benarkah sistem MLM ini tidak bagus? Banyak menipu orang dan menyebabkan kerugian?


Alhamdulillah, sistem shaklee memenuhi syariah dan dibenarkan dalam islam.  InshaAllah akan dikupas tentang ini pada next entry. Shaklee mementingkan penjualan produk kerana produknya memang terbaik. Walau bagaimanapun, di mana-mana pun ada manusia yang cuba untuk mencari jalan mudah dengan menipu manusia dan akhirnya menyebabkan nama buruk pada sistem... Semoga kita semua di jauhkan dari perkara mcm ni.

Aku pun pada asalnya tak tahu shaklee ni adalah MLM kerana aku diperkenalkan tentang kebaikan supplemen. Lagipun aku suka kongsikan pengalaman dan kebaikan supplemen shaklee ni pada orang ramai. Di samping tu, nak menjana pendapatan sampingan juga dengan menjual produk. Alhamdulillah, lama kelamaan semakin ramai yang request nak jadi ahli. So aku bertanggungjawab mendidik dan membantu mereka untuk turut memahami dan berjaya dalam perniagaan shaklee ni.

Berminat untuk menyertai kami?
Hubungi sekarang!
Misriah Yahaya
ID Shaklee 869817
013 6369014
COD kawasan PJS, Taman Medan, Taman Dato Harun, Taman Sri Manja, Sri Sentosa, RHB Centre Jalan Tun Razak, Tampin, Rembau, Alor Gajah.


Thursday 29 August 2013

Inguinal Hernia (Angin Pasang)

Post harini nak citer pasal Hernia.. Oh indah namanya. Tapi tidak seindah penyakit yg dialamai oleh kebanyakan lelaki dan kanak2 lelaki.. Kenapa saya nak post tentang Hernia @ nama timangan nya Angin Pasang..?

Hurmm,,, ceritanya gini
"semalam kami pergi bawak remy ke Klinik lepas mengadu sakit di bahagian "kelipit" nama manja bagi telur bawah ari2 dia... Sebenarnya sblm ni kami perasan bahagian ari2 dia makin membengkak, sangkaan kami maybe budak lelaki, x duduk diam berlari, bermain dan menjerit hingga bahagian tu mbengkak.. Bengkak pulak makin besar... Kerisauan kami bertambah bila doktor sahkan remy mgalami Hernia dan perlu di bedah.... Allahuakbar.. risau nye lah!
Jadi sesi men'google' tentang angin pasang ni serba sedikit merisaukan aku. huhuhuuu...

Sedikit biodata Remy

Nama : Muhammad Remy Hakimi B Zulhelmi
DOB : 16 September 2008 ( Hari Malaysia) / 16 Ramadhan 1429H
POB : KPMC Puchong
Berat Lahir : 3.50kg
Masa Lahir : 2:21 pm
Minggu: 37 minggu
Darah : O+
Cara kelahiran : Induce Normal

Benjolan Abnormal


Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Hernia?



*Semua hernia seelok-eloknya dibedah selepas dikenalpasti.*


Hernia adalah satu benjolan yang tidak normal bagi organ dalam melalui pembukaan normal @ tidak normal. Faktor-faktor lain adalah seperti :

1. Kelemahan pada dinding dalam perut seperti yang berlaku pada pesakit obes, lemak yang terdapat antara otot-otot mengasingkannya dan membuatkan ia lemah.


2. Peningkatan dalam tekanan intraabdominal seperti yang dilihat pada kanak-kanak dengan batuk kokol, orang tua dengan kelenjar prostat yang membesar menyebabkan kesukaran untuk buang air kecil, seseorang dengan batuk kronik atau sukar membuang air kecil disebabkan sembelit.Ia juga boleh berlaku pada pengangkat berat kerana jangka masa yang lama diambil untuk mengangkat berat.


3. Kadar kejadian hernia adalah lebih tinggi pada perokok disebabkan oleh kekurangan aktiviti kolagen.


4. Pada bayi ketidakmatangan adalah salah satu penyebab hernia. Hernia ini dikenali sebagai hernia sejak lahir (kongenital). Hernia biasanya berlaku pada pangkal paha yang dinamakan inguinal hernia dan femoral hernia. Hernia juga boleh berlaku di kawasan pertengahan bahagian depan abdomen dan ini dikenali sebagai epigastric(bahagian atas pada abdomen), paraumbilical (atas dan bawah umbilicus) dan umbilical hernias (pada umbilicus).


Apabila hernia berlaku pada bahagian lama parut selepas pembedahan, ini dikenali sebagai incisional hernia.


Tanda-tanda Inguinal Hernia


Gambar1

Inguinal hernia boleh melibatkan sebelah ataupun dua-dua belah ari-ari. Ia akan kelihatan seperti bonjolon di bawah kulit di bahagian ari-ari, atau boleh turun masuk ke dalam sarung telur budak-budak lelaki (Gambar 1).
Ia TIDAK disebabkan oleh aktiviti yang lasak atau teranan sewaktu bayi atau kanak-kanak menangis, tetapi ia akan dilihat dengan lebih nyata dalam keadaan-keadaan tersebut.

Komplikasi

Sekiranya sebahagian daripada usus terperangkap di dalam kantung hernia (Incarceration), komplikasi utama yang boleh berlaku adalah usus tersumbat (intestinal obstruction). Dalam keadaan ini, najis dan gas tidak dapat keluar melalui jalan dubur seperti biasa, dan mengakibatkan pesakit mengalami kesakitan perut dan di ari-ari atau karung telur, perut kembung, muntah dan kesukaran membuang air besar (Gambar 2).
 
gambar2

Sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan awal, usus yang terperangkap di dalam kantung hernia boleh terus tercedera sehinggakan bahagian tersebut mati (gangrene) akibat kesekatan saluran darah ke bahagian usus yang terperangkap.
Keadaan-keadaan yang diterangkan di atas memerlukan rawatan pembedahan secara cemas. Komplikasi lain adalah keadaan di mana tumbesaran telur bayi lelaki terbantut atau terjejas sama sekali disebabkan oleh inguinal hernia (Testicular atrophy). Ini boleh berlaku terutamanya kepada bayi-bayi pramatang atau sekiranya hernia dikaitkan dengan kedudukan telur yang tidak betul (Undescended testis) dalam bayi-bayi lelaki.
Rujukan : Portal Rasmi MyHealth KKM

Rumusannya, mama harap anak mama remy akan segera sembuh.. Mama dan ayah doa semua berjalan dengan lancar nnti... Ameen..

Salam sayang
30.8.2013
23 Syawal 1434H

Monday 26 August 2013

Tahniah anak didikku!


Tahniah anak didikku Lily Ladyana. Beliau salah sorg ank didik ku yg sangat aktif dgn shaklee. Bermula dari customer shaklee hingga kini dah jadi pengedar shaklee yg berjaya dgn income 3 angka walaupun baru 2 bulan join..!! Siapa nak bagi RM500++ sebulan betul tak? tak mustahil 1 hari nnti bole dapat 4,5 angka. Malah utk dapat 6 angka jugak tidak mustahil... kan? InshaALLAH..  luaskan empayar kalian. Jangan lupa janji Allah itu pasti, mereka yg berusaha ALLAH pasti berikan ganjarannya. Lagi seminggu utk kalian mantapkan rekod kalian. semak .. semak.. dan semak... Jika sale kita merudum, adakah kita mjaga hubungan kita dgn ALLAH. Banyakkan bersedekah agar rezeki kita luas. agar harta kita terpelihara. Balance dunia dan akhirat. itulah yg sering mentor saya tekankan Raihan's Vita-Shop. saling ingat mengingati dalam bisnes ni.. Saya doakan anak2 bisnes yg lain juga terus maju...   "KUN FAYAKUN" 'Be, And it is"  i love uols..

Strategi Perniagaan Abdul Rahman Bin Auf r.a




Assalammualaikum..
Dah lama rasanya x update blog saya ni. Perasaan rindu meluap-luap jadinya...!!

oklah, minggu lepas sempat tgk Kuliah Perdana Ehwal Islam mengenai cara Abd Rahman Bin Auf berniaga.. Jadi hari ni saya tertarik nak kongsi apa strategi tokoh perniaagaan Islam ni berniga.... JOm highlight sket.. ^^ !!! 

Abd Rahman Bin Auf adalah seorang sahabat Nabi SAW yg hartawan namun tetap zuhud.. Beliau telah banyak belanjakan harta kekayaannya ke jalan agama..

Beliau ni seorang usahawan yg terbilang gemilang dan termasyhur pada waktu itu. Salah satu perniagaan yang beliau jalankan adalah perniagaan unta. Beliau berjaya mendominasi perniagaan unta ni yg mana sebelum ini didominasi oleh kaum Yahudi..


Apa Startegi beliau ?

Jual unta dengan harga KOS tanpa ambil sikit pun dari hasil jualan unta.. Haa?? Jual harga kos? Abis kalau dah jual harga kos, mcm ne nak untung..


Jom kita check apa jawapan Abdul Rahman Bin Auf r.a ..Beliau dengan mudah menjawab :
Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos.Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacama-macam warna.


Apa yang ingin saya kaitkan dengan PERNIAGAAN SHAKLEE saya?

Terus terang saya nak bagitau, selama saya meniaga saya lebih selesa menjual dengan harga AHLI sahaja.. dan hanya mengenakan bayaran pos (kadar rata) jika produk di pos atau dihantar ke rumah.. Mana datangnya KEUNTUNGAN ? Keuntungan saya di bayar tiap-tiap 15 haribulan setiap bulan.. jika banyak hasil jualan maka banyaklah bonus (keuntungan) saya..bonus Shaklee di bayar dari 5% hingga 21%.. Alhamdulillah sekarang bonus saya mantain 21% setiap bulan.. Syukur Alhamdulillah (^_^)



Ada juga pelanggan yang saya kasihi meminta DISKAUN walaupun sudah di beri harga AHLI...jawapan saya mudah sahaja.. "itulah harga DISKAUN" saya tidak boleh menjual dengan harga yang lebih murah dari harga AHLI.. kenapa? Ia adalah tidak adil bagi peniaga Shaklee yang lain...terutama sekali bagi mereka yang baru menjinakan diri dengan Biz Shaklee...kan.kan..

Mungkin ada yang menjual dengan HARGA RUNCIT..bagi pendapat saya ia tidak salah sebab keuntungan tu boleh dijadikan modal pusingan nnti.. tak salah nak jual dengan harga runcit kerana itulah usaha dan penat lelah kita selama ni. Means, keuntungan sedikit melalui jualan..UNTUNG RUNCIT boleh dijadikan MODAL pusing jika pengedar Shaklee belum sampai tahap bonus 21% lagi..Tetapi apa kebaikkan jika kita jual dengan HARGA AHLI..? Kebaikkan yang paling ketara saya nampak adalah PELANGGAN AKAN DATANG MEMBELI DENGAN KITA SEMULA..Sekarang kita boleh memilih sama ada ingin berniaga cara Abdul Rahman Bin Auf r.a atau tidak..

Dengan rasa rendah hati marilah kita sama-sama mencontohi Strategi Perniagaan Abdul Rahman Bin Auf r.aKeberkatan juga adalah salah satu kunci kejayaan sesebuah perniagaan..

Sekian.. 




Sumber : FB Ust. Zamri



Saturday 20 July 2013

Pengedar Sah Shaklee Petaling Jaya, Selangor: Khasiat GLA - Peaskit Kencing Manis Dan Darah Tingi

Pengedar Sah Shaklee Petaling Jaya, Selangor: Khasiat GLA - Peaskit Kencing Manis Dan Darah Tingi
GLA

Khasiat GLA - Peaskit Kencing Manis Dan Darah Tingi

Assalammualaikum warahmatullah..

Saya telah terangkan pasal haid yang tidak teratur di entry sebelum nie, hari ini saya nak cerita lagi tentang kebaikan GLA..
hehehe... sebab ramai sangat yg bertanya saya.

Apa bezanya EPO dgn GLA ni..? Sebab ramai yang tahu bila sebut EPO. "oOO EPO tu bagus.." , Saya ambik EPO jenama xxxx".. tahu tak ebenarnya dalam GLA Shaklee mengandungi EPO? Malah lebih baik dari EPO..?

Mengikut sumber University of Maryland, GLA adalah Omega - 6 Fatty asid yang mengandungi  kombinasi minyak borrage,  Evening Primrose Oil dan minyak anggur hitam. Dalam tubuh badan kita ada lemak baik dan lemak jahat. Jadi kumpulan omega - 6 ini adalah ketegori lemak baik tau! dan mereka ni sangat2 diperlukan dalam badan but the body can't make them - jadi kita perlu dapatkan mereka melalui pemakanan... Omega-6 ni sangat penting dalam pembentukan fungsi otak, perkembangan normal, utk meningkatkan perkembangan tulang dan banyak lagi..

Menurut kajian yang telah mereka jalankan, mereka dapati bahawa GLA berguna untuk beberapa masalah antaranya :

  • Diabetic Neuropathy
Diabetic neurpathy merupakan masalah sistem saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes / kencing manis. Antara simptom diabetic neuropathy adalah seperti rasa kebas, sakit dab berdenyut serta pengurangan deria rasa terutama pada kaki dan tapak kaki. GLA meransang peredaran darah pada sistem saraf dan berkemungkinan mampu mengurangkan risi ko dan simptom ganguan saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes / kencing manis.

Jom tengok testimoni kakak saya sendiri yang amalkan GLA



  • Kesihatan jantung dan paras kolestrol
Seperti yang saya bagitau tadi, Omega-6 dalam kategori lemak baik, kajian mendapati GLA mampu mengurangkan paras kolestrol dalam darah yang menyebabkan penyempitansaluran darah (atherosclerosis). Atherosclerosis adalah penyebab utama serangan jantung (heart attact) dan stroke. Oleh itu pengambilan asid lemak omega-6 dan Omega-3 yang seimbang dapat mengurangkan risiko serangan jantung..

So, saya sejes kepada wanita diluar sana amalkanlah GLA nie. Dan para lelaki  boleh jadikan GLA ini hadiah bermakna buat isteri, kakak dan adik tersayang. Hasilnya untuk hari ni dan masa hadapan. Tidak semua nutrien yang diperlukan badan kita akan dapat daripada makanan seharian kita.




Oklah, dimana ingin dapatkan produk ni ya...? Anda boleh hubungi saya di talian 013 6369014 atau melalui fanpage Secret Wellness malah boleh hubungi email saya misriah1311@yahoo.com


merupakan Pengedar Sah Shaklee Petaling Jaya, Taman Medan, Taman Dato Harun, Sri Manja, Desa Mentari, Sunway Selangor.




Tuesday 16 July 2013

Vitamin sintetik ... Merbahaya kah?

Saya ada mengikuti satu (1) perbincangan dalam sebuah group di FB mengenai produk Shaklee. Seorang ahli  group memberi komen kata nya suaminya tak bagi ambik suplemen Shaklee sebab harganya mahal.. Terkedu saya seketika. Hurmm...Pandangan masing2...

Secara peribadi, saya mengakui vitamin Shaklee nie Vitamin Mewah, tapi nak kata mahal seperti yang disangka, tidak... sebab semua orang mampu memilikinya..

Jadi di entry kali ini saya ingin mengupas mengenai suplemen Shaklee yang dikatakan mahal nie..Disebalik harganya yang dikatakan mahal (which is i am not agree), adakah anda benar-benar mengenali vitamin yang anda ambil? Kemungkinan vitamin yang anda ambil tu ialah vitamin sintetik, which is lebih murah dari harga vitamin semulajadi.

Jom kita lihat, keluarga vitamin boleh diketegorikan kepada tiga (3) jenis iaitu:

1). Vitamin Semulajadi
2). Vitamin Sintetik
3). Vitamin Organik

Saya selalu tekankan suplemen Shaklee adalah yang terbaik kerana vitamin ini adalah semulajadi @ natural. Maksud semulajadi ialah tanpa pewarna tambahan, tanpa pengawet, perisa , tiada silika gel dan BUKAN sintetik


VITAMIN SINTETIK MERBAHAYA!

Di sini saya ingin kongsikan bahaya vitamin sintetik. Dipetik dari sumber :-


Synthetic Vitamins Versus Food Grown Vitamins

From Dr. Robert J. Thiel, Ph.D., N.M.D., The Truth About Vitamins in Supplements, American Naturopathic Medical Association Monitor, June 2003, vol. 7 No. 2#

Vitamin
Food Nutrient*
‘Natural’ Vitamin Analogue & Some Process Chemicals
Vitamin A/Beta carotene
Carrots
Methanol, benzene, petroleum esters; acetylene; refined oils
Vitamin B-1
Nutritional yeast, rice bran
Coal tar derivatives, hydrochloric acid; acetonitrole with ammonia
Vitamin B-2
Nutritional yeast, rice bran
Synthetically produced with 2N acetic acid
Vitamin B-3
Nutritional yeast, rice bran
Coal tar derivatives, 3-cyanopyridine; ammonia and acid
Vitamin B-5
Nutritional yeast, rice bran
Condensing isobutyraldehyde with formaldehyde
Vitamin B-6
Nutritional yeast, rice bran
Petroleum ester & hydrochloric acid with formaldehyde
Vitamin B-8
Rice
Phytin hydrolyzed with calcium hydroxide and sulfuric acid
Vitamin B-9
Broccoli, rice bran
Processed with petroleum derivatives and acids; acetylene
Vitamin B-12
Nutritional yeast
Cobalamins reacted with cyanide
Vitamin ‘B-x’
PABA Nutritional yeast
Coal tar oxidized with nitric acid (from ammonia)
Choline
Nutritional yeast, rice bran
Ethylene and ammonia with HCL or tartaric acid
Vitamin C
Acerola cherries, citrus fruits
Hydrogenated sugar processed with acetone
Vitamin D
Nutritional yeast
Irradiated animal fat/cattle brains or solvently extracted
Vitamin E
Rice, vegetable oils
Trimethylhydroquinone with isophytol; refined oils
Vitamin H
Nutritional yeast, rice bran
Biosynthetically produced
Vitamin K
Cabbage
Coal tar derivative; produced with p-allelic-nickel

Sumber : http://www.theherbprof.com/InfoVitaminTruth.htm

Sumber ini menyatakan bahawa vitamin Sintetik diperbuat daripada tar arang batu, paling murah kerana komponennya adalah bahan kimia dan dihasilkan dalam persekitaran makmal. Biasanya di jual di farmasi. Jadi berhati-hati apabila memilih vitamin dan lihat label. Biasanya ia dilabel dengan huruf "I" berbanding huruf "d" bagi semulajadi.


ini adalah obimin yang dibekalkan khas untuk wanita mengandung. 
Utk makluman untuk mengenalpasti vitamin sintetik ataupun tidak, anda perlu gengam vitamin tersebut dan dibiarkan seketika. Vitamin sintetik akn cair dan melekat. Bagi kes obimin, warnanya melekat di jari dan ambil masa yang agak lama untuk dibersihkan..

Mengapa Vitamin Sintetik harus dielakkan?

  1. Vitamin ini tidak digunakan semuanya oleh tubuh badan. Struktur enzim badan manusia adalah untuk mengenali yang semulajadi bukannya yang diperbuat dari makmal.
  2. Percubaan untuk memadankan enzim badan kita dengan vitamin sintetik seperti "sarung tangan kanan dipakaikan ke tangan kiri".
  3. Vitamin Semulajadi lebih aktif dari segi biologi berbanding yang sintetik -42% lebih berkesan daripada sintetik. Anda hanya dapat separuh jumlah yang anda perolehi.




    Rumusannya, vitamin sintetik mampu mempengaruhi tubuh badan dengan merosakkan tubuh manusia. Malah ramai yang telah mengalami kesan sampingan setelah mengambil vitamin sintetik. Oh ya, ada juga sumber vitamin ini digunakan untuk mengawet mayat ya!

    Berminat ingin membeli produk shaklee?
    Hubungi kami di Secret Wellness - Tips and Beauty @ Misriah Yahaya di 013 - 6369014 atau melalui email misriah1311@yahoo.com.




















    Saturday 6 July 2013

    Mahu anak tapi haid tidak teratur ... Jangan sedih.. jom cuba amalkan GLA


    Ramai wanita yang sukar mengandung mengalami masalah kitaran haid yang tidak teratur walaupun kitaran haid itu menghasilkan telur. Kajian menunjukkan bahawa putaran haid yang kurang dari 21 hari atau lebih dari 38 hari berkemungkinan jenis putaran haid yang tiada ovulasi atau gagal ovulasi (ovulasi bermaksud menghasilkan telur). Masalah ini tidak boleh dipandang ringan kerana ia menunjukkan petanda ketidakseimbangan hormon ataupun dipanggil 'pergolakan hormon'. Jika masalah ini berlarutan, ia mungkin akan menjejaskan tahap kesuburan anda dan sekaligus sukar untuk mendapat cahaya mata...

    Kitaran haid normal




    Antara punca utama haid tidak teratur ;

    • Hormon tidak seimbang / berlaku perubahan hormon
    • Tekanan/ Stress
    • Pengambilan ubat - ubatan
    • Oeningkatan berat badan
    • Kekurangan nutrisi tertentu



    Jadi bagaimana cara untuk mengatasinya ?  Jawapannya adalah GLA COMPLEX SHAKLEE!

    Apa itu GLA COMPLEX? Jom kita baca kelebihannya...

    Mungkin ramai yang mengetahui EPO kan?  untuk yg mengetahui EPO (EVENING PRIMROSE OIL) , GLA Complex adalah EPO Shaklee. GLA complex adalah yang terbaik berbanding EPO lain yang berada dipasaran kerana selain mengandungi asid Lenoek Gamma yang memelihara kesihatan kitaran haid wanita, ia turut mengandungi minyak Borage, vitamin E dan juga minyak bunga matahari...





    Jom kita lihat beberapa testimoni mengenai GLA....









    Antara kelebihan GLA Complex 
    1. membantu mengawal dan mengatur kitaran haid
    2. membantu meningkatkan kesuburan
    3. melegakan PMS (sindrom pra-haid)
    4. membantu dalam menangani menopous
    5. menguatkan kuku dan rambut
    6. menjadikan kulit lebih sihat dan berseri-seri
    7. membantu menangani ekzema
    8. melegakan simptom akibat artritis reumatoid
    9. mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri
    10. menguatkan imuniti tubuh
    11. memperlahankan proses penuaan
    12. mengurangkan blood-clot yang boleh menyebabkan serangan jantung
    13. mengawal kencing manis dan darah tinggi
    14. mengawal kolestrol
    15. untuk fungsi saraf
    16. membantu menstabilkan hormon dalam badan dan mengatasi kulit jeragat terutama bagi wanita selepas bersalin
    17. mampu mengecutkan cycst

    Sebagai rumusan bagi membantu meningkatkan kesuburan, GLA membantu mengawal dan mengatur kitaran haid serta menjadikan rahim kita sihat untuk persenyawaan.. Pengambilan GLA bersama ESP juga membantu meningkatkan peluang kehamilan.

    Sebarang pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi
    • Misriah yahaya 
    • o13- 6369 014
    • SID 869817
    • COD area Taman Medan, Taman Dato Harun, Sri Manja, Desa Mentari, Sunway dan RHB Jalan Tun Razak.
    • Please like our fanpage secret wellness - Tips &  Beauty



    Sunday 30 June 2013

    Formulasi terbaru Herblax kini di pasaran !!!!





    Penambahbaikan Herblax - Gluten Free menambahkan kualiti suplemen ini.


    Gluten adalah sejenis protein yang mana sesetengah orang di dunia ini sensitif padanya, yang dapat mempengaruhi kesihatan mereka.

    Jadi, Herblax telah menjalani formulasi baru supaya SEMUA ORANG dapat menikmati faedah herblax yang membantu :

    * detox badan
    * membuang lemak degil dan toksin dari badan
    * mengaktifkan usus untuk lawas, mengatasi sembelit
    * bantu dalam diet sihat

    Berminat? Secret Wellness - Tips & Beauty bersedia membantu anda mendapatkan herblax dengan mudah!

    *sebelum kehabisan stok, maklumlah Ramadhan menjelang, boleh beribadat di samping menguruskan badan cara sihat :)

    PM/SMS to place your order!



    Hubungi saya, pengedar sah shaklee anda di 013. 6369014. Saya juga membuat COD berhampiran kawasan sekitar Petaling Jaya, Taman Medan, Taman Dato Harun, Sri Manja, Sunway, Desa Mentari, Mentari Court dan RHB Center Jalan Tun Razak.


    Friday 21 June 2013

    Pengedar sah Shaklee Petaling Jaya, Selangor

    Saya merupakan pengedar sah Shaklee. ID no 869817.. Boleh gunakan ID saya jika ingin membuat pembelian di mana2 branch Shaklee juga..   Saya boleh COD shaklee di kawasan Petaling Jaya Selatan , Taman Medan, Taman Dato Harun, Sri Manja, Sri Sentosa, Desa Mentari, RHB Jalan Tun Razak.  Kalau nak beli produk shaklee boleh call/ PM/ Whatsapp saya 013.6369014.. Nak jadi ahli shaklee pun boleh.. Banyak mannfaatnya   Trime kacehhh...

    Wednesday 19 June 2013

    PERBUATAN YANG LUAR BIASA



    Ini adalah kisah benar yang menyayat hati iaitu kisah seorang kanak-kanak di China yang mendapat anugerah tinggi dari kerajaannya kerana dikatakan telah melakukan “PERBUATAN YANG LUAR BIASA”.



    Di antara 9 orang penerima anugerah itu, dia merupakan satu-satunya kanak-kanak yang terpilih dari 1.4 billion jumlah penduduk China kerana kesukaran hidup dan pengorbanan menjaga bapanya. Sejak dia berusia 10 tahun kanak-kanak ini ditinggal oleh ibunya yang sudah tiada akibat tidak tahan hidup bersama suaminya yang sakit teruk dan sangat miskin.

    Sejak itu Zhang Da, demikian nama kanak-kanak itu, hidup dengan ayahnya yang tidak bekerja, tidak boleh berjalan dan sakit-sakit. Dia terlalu kecil untuk memikul tanggungjawab yang berat itu, namun  dia tetap berjuang.


    Dia bersekolah dengan berjalan kaki melalui hutan kecil. Oleh kerana dia tidak bersarapan, semasa perjalanan itu dia makan daun-daun, biji-bijian dan buah-buahan yang dia temui. Dia juga mencuba memakan sejenis rumput, sehingga dia tahu mana yang masih boleh diterima lidahnya dan mana yang tidak.


    Pulang sekolah, dia bekerja memecah batu-batu besar. Upah sebagai tukang pecah batu digunakan untuk membeli beras dan ubat-ubatan untuk ayahnya. Setiap hari dia mendukung ayahnya ke bilik air dan juga memandikan ayahnya. Dia membeli beras dan membuatkan bubur untuk ayahnya.


    Segala urusan lain pun dia yang mengerjakannya sendirian. Ubat yang mahal dan jauh membuatkan Zhang memikir untuk menemukan cara terbaik untuk mengubati ayahnya. Dia pun belajar tentang ubat-ubatan melalui sebuah buku bekas yang ia beli.Dia belajar bagaimana seorang jururawat memberikan suntikan. Setelah berasa dia boleh, dia sendiri yang menyuntik ayahnya.


    Ketika acara anugerah tersebut berlangsung, pengacara bertanya apa yang diinginkan Zhang Da ”Apakah wang atau lainnya. Disini ada banyak pejabat, peniaga, juga ada ratusan juta penonton telivision, mereka boleh dan bersedia membantumu nak!”

    Namun apa yang dikatakan Zhang Da sangat sungguh mengejutkan kepada siapapun, dia hanya berkata,

    ”Aku tidak mahu apa-apa, aku hanya ingin ibuku kembali!.”


    Kisah di atas bukan saja mengharukan namun juga menimbulkan kekaguman. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun dapat menjalankan tanggung jawab yang berat selama 5 tahun. Kesulitan hidup telah membuatkan kanak-kanak tersebut menjadi kuat dan pantang menyerah.


    Zhang Da boleh dikatakan sangat berbeza dengan anak-anak kita. Dengan alasan sayang, kita selalu membantu anak-anak sudah mampu membuatnya sendiri.Ada kanak-kanak yang sudah bersekolah rendah pun masih disuap, dan memakai bajupun masih dibantu.


    Juga seperti ucapan Zhang Da, pesanan kepada kita yang berumahtangga supaya menyayanyi keluarga masing-masing. Jangan kerapa pentingkan diri sendiri, kanak-kanak yang kecil dan tidak berdosa menjadi mangsa.


    SUMBER



    Jadi belajarlah untuk bersyukur dengan apa yang ALLAH kurniakan kepada kita meski pun sekecil mana rezeki yang ALLAH berikan. Tengok diluar sana, masih ramai lagi yang daif dan terpaksa bersusah payah untuk survive bagi  meneruskan kehidupan mereka..... sangat mengharukan tatkala anak sekecil ini memahami keadaan diri tanpa ibu disisinya .. dan setia menanti agar ibunya kembali...!


    Bagi kita yang sebagai hamba ALLAH belajarlah untuk bersyukur!

     
    Seperti dalam firman Allah
     "Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih". (Surah Ibrahim:7)








    Ingin mendapatkan produk Shaklee? Hubungi saya di talian 013.6369014 - Misriahyahaya



    Tuesday 18 June 2013

    Kenapa susah nak naikkan berat badan?


    1. Kurang rehat. Terlalu kuat bekerja sampai terlupa nak makan.

    2. Metabolisma terlalu tinggi. Kalori cepat terbakar sehingga tak sempat digunakan untuk badan.

    3. Sistem pencernaan yang kurang baik. Usus kotor menyebabkan zat2 makanan susah nak diserap masuk kedalam badan.


    4. Ketidakseimbangan pengambilan nutrisi. 


    5. Kurang minum air kosong. 


    Serius ingin naikkan berat badan anda, tapi bagaimana??? Penyelesaian kepada masalah diatas merupakan gabungan 3 suplemen hebat dalam menaikkan berat badan anda.




    Meal Shakes : Membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. Supplement penting untuk menambah berat badan yang mana ia membantu menambah selera makan. Walau kita kurang makan namun pengambilan Meal Shakes ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga.


    Vita-Lea : Membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid atau beguk (penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam Vita-Lea kita), tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.


    B-Complex : Mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. Mengawal atur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.


    Hubungi saya, pengedar sah shaklee anda di 013. 6369014. Saya juga membuat COD berhampiran kawasan sekitar Petaling Jaya, Taman Medan, Taman Dato Harun, Sri Manja, Sunway, Desa Mentari, Mentari Court dan RHB Center Jalan Tun Razak.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...