Thursday 16 May 2013

ANEMIA - ADAKAH ANDA KEKURANGAN ZAT BESI?

"Anemia atau kurang darah (hemoglobin) biasanya dikaitkan dengan zat besi. Hemoglobin adalah komponen dalam darah yang mengangkut oksigen ke seluruh tubuh. Walaupun ia berkait rapat dengan zat besi namun hakikatnya terdapat lebih kurang 400 jenis anemia yang disebabkan oleh pelbagai faktor."

Antara Punca-puncanya adalah,

  1. - kekurangan zat besi
  1. - kekurangan vitamin C
  1. - kekurangan vitamin B terutama Cobalamin dan asid folik
  1. - masalah tiroid

Anemia akibat kekurangan zat besi

Ia boleh berpunca dari:

- Kecederaan yang menyebabkan pendarahan luaran ata dalaman

- Kehilangan darah yang banyak misalnya semasa haid

- Masalah penyerapan zat besi yang disebabkan oleh usus yang kotor/tidak sihat atau kurang vitamin C

- Kurang pengambilan zat besi dalam diet

- Kulit kelihatan pucat

- Sering hilang fokus

- Semput

- Sakit kepala

- Jantung berdebar

- Sering lupa

- Tersangat kurus

- Bagi ibu menyusu mungkin mengalami kekurangan susu badan

- Bagi ibu hamil mungkin mengalami masalah dengan kandungan


APAKAH KESAN ANEMIA KEPADA KESIHATAN?
Ibu hamil dan menyusukan anak terutamanya memerlukan zat besi yang cukup untuk proses kehamilan dan penyusuan yang baik, lebih-lebih lagi bagi ibu hamil yang mengalami pendarahan, dan ibu menyusu yang sudah kedatangan haid.

Tanda2 kekurangan zat besi:
- Badan letih dan lesu

RAWATAN & CARA MENGATASI
****Sekiranya ia melibatkan masalah kesihatan seperti masala hormon atau jangkitan kuman/kecederaan, sila dapatkan rawatan yang bersesuaian.

- Ambillah makanan yang kaya dengan zat besi seperti kerang, lala, tiram, ikan bilis, sardine, ikan cencaru, hati ayam, hati lembu dan daging sekurang-kurangnya 4 kali seminggu.
 - Ambil bersama buah-buahan yang mengandungi vitamin c untuk menggalakkan penyerapan zat besi seperti jambu batu,mata kucing,betik,limau,rambutan,durian belanda,belimbing besi,kwini,kedondong,mangga dan nenas.
- Pilih sayur yang tinggi zat besi dan folat seperti pegaga, peria, kangkung, pucuk keledek, pucuk paku, ulam raja, bayam,pucuk gajus,daun pudina,cekur manis, dan daun remunggai.
 - Masak sayur-sayuran bersama perencah seperti kerang, ikan bilis, bebola ikan, kek ikan,hati,daging atau telur untuk menambah kandungan zat besi.
- Elak meminum teh,kopi atau ssusu bersama hidangan makanan utama atau ketika mengambil pil zat besi. Teh , kopi atau susu boleh menghalang penyerapan zat besi. Sebaliknya ambillah air limau atau jus buah-buahan lain.
1~Ambillah pil zat besi ,asid folik,vitamin C yang dibekalkan klinik kesihatan. Ini kerana makanan sahaja tidak boleh memenuhi keperluan zat besi yang tinggi ketika mengandung.
2~Ambillah pil-pil tersebut mengikut nasihat doctor sebaik-baiknya 2 jam selepas makan, bersama satu gelas air limau atau air masak. Elakkan mengambilnya bersama teh, kopi atau susu.
3~Pengambilan pil zat besi mungkin memberi kesan seperti mual-mual,sembelit,sakit perut dan najis berwarna hitam. Ini tidak merbahaya.



Set mengandung Trimester - 1




 Credit

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...