Sunday, 1 September 2013

SHAKLEE dan MLM

Assalammualaikum..
Harini nak citer pasal MLM dan Shaklee. Malah Shaklee dan MLM ada hubungkait antara kedua-dua mereka :)

Tahukah korang, shaklee adalah syarikat pertama dalam bidang nutrisi dan juga MLM?


Soklan pertama : Kenapa Dr Shaklee memperkenalkan supplemen dalam bentuk MLM dan tidak dijual sahaja di kedai?


Begini...pada masa dahulu, Dr  Forest Shaklee ada impian iaitu mahu lebih ramai orang mendapat ilmu tentang nutrisi dan keperluan diri. Pada masa Dr shaklee membuat kajian, masyarakat hanya tahu tentang ubat dan kurang ilmu tentang nutrisi lalu bergantung sepenuhnya kepada ubat-ubatan. Jadi, penting untuk ilmu tentang nutrisi disebar luaskan dan cara paling efektif adalah dari mulut ke mulut. Hari ini, shaklee masih meneruskan sistem MLM untuk memberi peluang perniagaan selain membantu orang ramai memahami tentang nutrisi, bukan sekadar beli dan makan sahaja. Jadi, sangat penting untuk para pengedar menggali ilmu tentang nutrisi dan memberikan konsultasi terbaik untuk para pengguna.


Soklan kedua : aku nak tanya korang, cuba studi gambarajah di bawah, mana lebih mahal dari segi kos ?


Sumber : Hanis Blogspot



Mengikut definasi direct selling, dipetik dari laman web "MLM the american made nightmare" definasi direct selling means sell directly to the user. So bagi aku, gambarajah diatas dah jelas, mana lebih mahal, mana lebih murah? Sudah tentu Direct selling lebih murah lebih mudah dan lebih menguntungkan semua :)

Berbalik bab MLM ni, berbanding syarikat lain, shaklee tidak menghabiskan duit untuk membuat iklan di media massa. Syarikat lebih menggunakan duit utk buat penyelidikan dan pembangunan.. Mana ade artis popular yg dibayar utk digunakan dlm iklan produk shaklee. Kalau ada pun berita tentang shaklee di tv dan majalah adalah untuk menceritakan tentang syarikat ataupun informasi tentang produk. Shaklee bagi kebebasan untuk para pengedar sendiri mempromosi tentang shaklee mengikut kreativiti masing-masing. Jadi, shaklee dapat jimat banyak kos di situ dan digunakan untuk membayar bonus pengedar.... Sebab tu bonus pengedar macam kami ni masyukkkk.....


Soklan ketiga : Benarkah sistem MLM ini tidak bagus? Banyak menipu orang dan menyebabkan kerugian?


Alhamdulillah, sistem shaklee memenuhi syariah dan dibenarkan dalam islam.  InshaAllah akan dikupas tentang ini pada next entry. Shaklee mementingkan penjualan produk kerana produknya memang terbaik. Walau bagaimanapun, di mana-mana pun ada manusia yang cuba untuk mencari jalan mudah dengan menipu manusia dan akhirnya menyebabkan nama buruk pada sistem... Semoga kita semua di jauhkan dari perkara mcm ni.

Aku pun pada asalnya tak tahu shaklee ni adalah MLM kerana aku diperkenalkan tentang kebaikan supplemen. Lagipun aku suka kongsikan pengalaman dan kebaikan supplemen shaklee ni pada orang ramai. Di samping tu, nak menjana pendapatan sampingan juga dengan menjual produk. Alhamdulillah, lama kelamaan semakin ramai yang request nak jadi ahli. So aku bertanggungjawab mendidik dan membantu mereka untuk turut memahami dan berjaya dalam perniagaan shaklee ni.

Berminat untuk menyertai kami?
Hubungi sekarang!
Misriah Yahaya
ID Shaklee 869817
013 6369014
COD kawasan PJS, Taman Medan, Taman Dato Harun, Taman Sri Manja, Sri Sentosa, RHB Centre Jalan Tun Razak, Tampin, Rembau, Alor Gajah.


Thursday, 29 August 2013

Inguinal Hernia (Angin Pasang)

Post harini nak citer pasal Hernia.. Oh indah namanya. Tapi tidak seindah penyakit yg dialamai oleh kebanyakan lelaki dan kanak2 lelaki.. Kenapa saya nak post tentang Hernia @ nama timangan nya Angin Pasang..?

Hurmm,,, ceritanya gini
"semalam kami pergi bawak remy ke Klinik lepas mengadu sakit di bahagian "kelipit" nama manja bagi telur bawah ari2 dia... Sebenarnya sblm ni kami perasan bahagian ari2 dia makin membengkak, sangkaan kami maybe budak lelaki, x duduk diam berlari, bermain dan menjerit hingga bahagian tu mbengkak.. Bengkak pulak makin besar... Kerisauan kami bertambah bila doktor sahkan remy mgalami Hernia dan perlu di bedah.... Allahuakbar.. risau nye lah!
Jadi sesi men'google' tentang angin pasang ni serba sedikit merisaukan aku. huhuhuuu...

Sedikit biodata Remy

Nama : Muhammad Remy Hakimi B Zulhelmi
DOB : 16 September 2008 ( Hari Malaysia) / 16 Ramadhan 1429H
POB : KPMC Puchong
Berat Lahir : 3.50kg
Masa Lahir : 2:21 pm
Minggu: 37 minggu
Darah : O+
Cara kelahiran : Induce Normal

Benjolan Abnormal


Apakah faktor-faktor yang menyebabkan berlakunya Hernia?



*Semua hernia seelok-eloknya dibedah selepas dikenalpasti.*


Hernia adalah satu benjolan yang tidak normal bagi organ dalam melalui pembukaan normal @ tidak normal. Faktor-faktor lain adalah seperti :

1. Kelemahan pada dinding dalam perut seperti yang berlaku pada pesakit obes, lemak yang terdapat antara otot-otot mengasingkannya dan membuatkan ia lemah.


2. Peningkatan dalam tekanan intraabdominal seperti yang dilihat pada kanak-kanak dengan batuk kokol, orang tua dengan kelenjar prostat yang membesar menyebabkan kesukaran untuk buang air kecil, seseorang dengan batuk kronik atau sukar membuang air kecil disebabkan sembelit.Ia juga boleh berlaku pada pengangkat berat kerana jangka masa yang lama diambil untuk mengangkat berat.


3. Kadar kejadian hernia adalah lebih tinggi pada perokok disebabkan oleh kekurangan aktiviti kolagen.


4. Pada bayi ketidakmatangan adalah salah satu penyebab hernia. Hernia ini dikenali sebagai hernia sejak lahir (kongenital). Hernia biasanya berlaku pada pangkal paha yang dinamakan inguinal hernia dan femoral hernia. Hernia juga boleh berlaku di kawasan pertengahan bahagian depan abdomen dan ini dikenali sebagai epigastric(bahagian atas pada abdomen), paraumbilical (atas dan bawah umbilicus) dan umbilical hernias (pada umbilicus).


Apabila hernia berlaku pada bahagian lama parut selepas pembedahan, ini dikenali sebagai incisional hernia.


Tanda-tanda Inguinal Hernia


Gambar1

Inguinal hernia boleh melibatkan sebelah ataupun dua-dua belah ari-ari. Ia akan kelihatan seperti bonjolon di bawah kulit di bahagian ari-ari, atau boleh turun masuk ke dalam sarung telur budak-budak lelaki (Gambar 1).
Ia TIDAK disebabkan oleh aktiviti yang lasak atau teranan sewaktu bayi atau kanak-kanak menangis, tetapi ia akan dilihat dengan lebih nyata dalam keadaan-keadaan tersebut.

Komplikasi

Sekiranya sebahagian daripada usus terperangkap di dalam kantung hernia (Incarceration), komplikasi utama yang boleh berlaku adalah usus tersumbat (intestinal obstruction). Dalam keadaan ini, najis dan gas tidak dapat keluar melalui jalan dubur seperti biasa, dan mengakibatkan pesakit mengalami kesakitan perut dan di ari-ari atau karung telur, perut kembung, muntah dan kesukaran membuang air besar (Gambar 2).
 
gambar2

Sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan awal, usus yang terperangkap di dalam kantung hernia boleh terus tercedera sehinggakan bahagian tersebut mati (gangrene) akibat kesekatan saluran darah ke bahagian usus yang terperangkap.
Keadaan-keadaan yang diterangkan di atas memerlukan rawatan pembedahan secara cemas. Komplikasi lain adalah keadaan di mana tumbesaran telur bayi lelaki terbantut atau terjejas sama sekali disebabkan oleh inguinal hernia (Testicular atrophy). Ini boleh berlaku terutamanya kepada bayi-bayi pramatang atau sekiranya hernia dikaitkan dengan kedudukan telur yang tidak betul (Undescended testis) dalam bayi-bayi lelaki.
Rujukan : Portal Rasmi MyHealth KKM

Rumusannya, mama harap anak mama remy akan segera sembuh.. Mama dan ayah doa semua berjalan dengan lancar nnti... Ameen..

Salam sayang
30.8.2013
23 Syawal 1434H

Monday, 26 August 2013

Tahniah anak didikku!


Tahniah anak didikku Lily Ladyana. Beliau salah sorg ank didik ku yg sangat aktif dgn shaklee. Bermula dari customer shaklee hingga kini dah jadi pengedar shaklee yg berjaya dgn income 3 angka walaupun baru 2 bulan join..!! Siapa nak bagi RM500++ sebulan betul tak? tak mustahil 1 hari nnti bole dapat 4,5 angka. Malah utk dapat 6 angka jugak tidak mustahil... kan? InshaALLAH..  luaskan empayar kalian. Jangan lupa janji Allah itu pasti, mereka yg berusaha ALLAH pasti berikan ganjarannya. Lagi seminggu utk kalian mantapkan rekod kalian. semak .. semak.. dan semak... Jika sale kita merudum, adakah kita mjaga hubungan kita dgn ALLAH. Banyakkan bersedekah agar rezeki kita luas. agar harta kita terpelihara. Balance dunia dan akhirat. itulah yg sering mentor saya tekankan Raihan's Vita-Shop. saling ingat mengingati dalam bisnes ni.. Saya doakan anak2 bisnes yg lain juga terus maju...   "KUN FAYAKUN" 'Be, And it is"  i love uols..

Strategi Perniagaan Abdul Rahman Bin Auf r.a




Assalammualaikum..
Dah lama rasanya x update blog saya ni. Perasaan rindu meluap-luap jadinya...!!

oklah, minggu lepas sempat tgk Kuliah Perdana Ehwal Islam mengenai cara Abd Rahman Bin Auf berniaga.. Jadi hari ni saya tertarik nak kongsi apa strategi tokoh perniaagaan Islam ni berniga.... JOm highlight sket.. ^^ !!! 

Abd Rahman Bin Auf adalah seorang sahabat Nabi SAW yg hartawan namun tetap zuhud.. Beliau telah banyak belanjakan harta kekayaannya ke jalan agama..

Beliau ni seorang usahawan yg terbilang gemilang dan termasyhur pada waktu itu. Salah satu perniagaan yang beliau jalankan adalah perniagaan unta. Beliau berjaya mendominasi perniagaan unta ni yg mana sebelum ini didominasi oleh kaum Yahudi..


Apa Startegi beliau ?

Jual unta dengan harga KOS tanpa ambil sikit pun dari hasil jualan unta.. Haa?? Jual harga kos? Abis kalau dah jual harga kos, mcm ne nak untung..


Jom kita check apa jawapan Abdul Rahman Bin Auf r.a ..Beliau dengan mudah menjawab :
Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos.Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacama-macam warna.


Apa yang ingin saya kaitkan dengan PERNIAGAAN SHAKLEE saya?

Terus terang saya nak bagitau, selama saya meniaga saya lebih selesa menjual dengan harga AHLI sahaja.. dan hanya mengenakan bayaran pos (kadar rata) jika produk di pos atau dihantar ke rumah.. Mana datangnya KEUNTUNGAN ? Keuntungan saya di bayar tiap-tiap 15 haribulan setiap bulan.. jika banyak hasil jualan maka banyaklah bonus (keuntungan) saya..bonus Shaklee di bayar dari 5% hingga 21%.. Alhamdulillah sekarang bonus saya mantain 21% setiap bulan.. Syukur Alhamdulillah (^_^)



Ada juga pelanggan yang saya kasihi meminta DISKAUN walaupun sudah di beri harga AHLI...jawapan saya mudah sahaja.. "itulah harga DISKAUN" saya tidak boleh menjual dengan harga yang lebih murah dari harga AHLI.. kenapa? Ia adalah tidak adil bagi peniaga Shaklee yang lain...terutama sekali bagi mereka yang baru menjinakan diri dengan Biz Shaklee...kan.kan..

Mungkin ada yang menjual dengan HARGA RUNCIT..bagi pendapat saya ia tidak salah sebab keuntungan tu boleh dijadikan modal pusingan nnti.. tak salah nak jual dengan harga runcit kerana itulah usaha dan penat lelah kita selama ni. Means, keuntungan sedikit melalui jualan..UNTUNG RUNCIT boleh dijadikan MODAL pusing jika pengedar Shaklee belum sampai tahap bonus 21% lagi..Tetapi apa kebaikkan jika kita jual dengan HARGA AHLI..? Kebaikkan yang paling ketara saya nampak adalah PELANGGAN AKAN DATANG MEMBELI DENGAN KITA SEMULA..Sekarang kita boleh memilih sama ada ingin berniaga cara Abdul Rahman Bin Auf r.a atau tidak..

Dengan rasa rendah hati marilah kita sama-sama mencontohi Strategi Perniagaan Abdul Rahman Bin Auf r.a. Keberkatan juga adalah salah satu kunci kejayaan sesebuah perniagaan..

Sekian.. 




Sumber : FB Ust. Zamri



Saturday, 20 July 2013

Pengedar Sah Shaklee Petaling Jaya, Selangor: Khasiat GLA - Peaskit Kencing Manis Dan Darah Tingi

Pengedar Sah Shaklee Petaling Jaya, Selangor: Khasiat GLA - Peaskit Kencing Manis Dan Darah Tingi
GLA

Khasiat GLA - Peaskit Kencing Manis Dan Darah Tingi

Assalammualaikum warahmatullah..

Saya telah terangkan pasal haid yang tidak teratur di entry sebelum nie, hari ini saya nak cerita lagi tentang kebaikan GLA..
hehehe... sebab ramai sangat yg bertanya saya.

Apa bezanya EPO dgn GLA ni..? Sebab ramai yang tahu bila sebut EPO. "oOO EPO tu bagus.." , Saya ambik EPO jenama xxxx".. tahu tak ebenarnya dalam GLA Shaklee mengandungi EPO? Malah lebih baik dari EPO..?

Mengikut sumber University of Maryland, GLA adalah Omega - 6 Fatty asid yang mengandungi  kombinasi minyak borrage,  Evening Primrose Oil dan minyak anggur hitam. Dalam tubuh badan kita ada lemak baik dan lemak jahat. Jadi kumpulan omega - 6 ini adalah ketegori lemak baik tau! dan mereka ni sangat2 diperlukan dalam badan but the body can't make them - jadi kita perlu dapatkan mereka melalui pemakanan... Omega-6 ni sangat penting dalam pembentukan fungsi otak, perkembangan normal, utk meningkatkan perkembangan tulang dan banyak lagi..

Menurut kajian yang telah mereka jalankan, mereka dapati bahawa GLA berguna untuk beberapa masalah antaranya :

  • Diabetic Neuropathy
Diabetic neurpathy merupakan masalah sistem saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes / kencing manis. Antara simptom diabetic neuropathy adalah seperti rasa kebas, sakit dab berdenyut serta pengurangan deria rasa terutama pada kaki dan tapak kaki. GLA meransang peredaran darah pada sistem saraf dan berkemungkinan mampu mengurangkan risi ko dan simptom ganguan saraf yang disebabkan oleh penyakit diabetes / kencing manis.

Jom tengok testimoni kakak saya sendiri yang amalkan GLA



  • Kesihatan jantung dan paras kolestrol
Seperti yang saya bagitau tadi, Omega-6 dalam kategori lemak baik, kajian mendapati GLA mampu mengurangkan paras kolestrol dalam darah yang menyebabkan penyempitansaluran darah (atherosclerosis). Atherosclerosis adalah penyebab utama serangan jantung (heart attact) dan stroke. Oleh itu pengambilan asid lemak omega-6 dan Omega-3 yang seimbang dapat mengurangkan risiko serangan jantung..

So, saya sejes kepada wanita diluar sana amalkanlah GLA nie. Dan para lelaki  boleh jadikan GLA ini hadiah bermakna buat isteri, kakak dan adik tersayang. Hasilnya untuk hari ni dan masa hadapan. Tidak semua nutrien yang diperlukan badan kita akan dapat daripada makanan seharian kita.




Oklah, dimana ingin dapatkan produk ni ya...? Anda boleh hubungi saya di talian 013 6369014 atau melalui fanpage Secret Wellness malah boleh hubungi email saya misriah1311@yahoo.com


merupakan Pengedar Sah Shaklee Petaling Jaya, Taman Medan, Taman Dato Harun, Sri Manja, Desa Mentari, Sunway Selangor.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...