Monday 26 August 2013

Strategi Perniagaan Abdul Rahman Bin Auf r.a




Assalammualaikum..
Dah lama rasanya x update blog saya ni. Perasaan rindu meluap-luap jadinya...!!

oklah, minggu lepas sempat tgk Kuliah Perdana Ehwal Islam mengenai cara Abd Rahman Bin Auf berniaga.. Jadi hari ni saya tertarik nak kongsi apa strategi tokoh perniaagaan Islam ni berniga.... JOm highlight sket.. ^^ !!! 

Abd Rahman Bin Auf adalah seorang sahabat Nabi SAW yg hartawan namun tetap zuhud.. Beliau telah banyak belanjakan harta kekayaannya ke jalan agama..

Beliau ni seorang usahawan yg terbilang gemilang dan termasyhur pada waktu itu. Salah satu perniagaan yang beliau jalankan adalah perniagaan unta. Beliau berjaya mendominasi perniagaan unta ni yg mana sebelum ini didominasi oleh kaum Yahudi..


Apa Startegi beliau ?

Jual unta dengan harga KOS tanpa ambil sikit pun dari hasil jualan unta.. Haa?? Jual harga kos? Abis kalau dah jual harga kos, mcm ne nak untung..


Jom kita check apa jawapan Abdul Rahman Bin Auf r.a ..Beliau dengan mudah menjawab :
Keuntungan tidak diambil dari hasil penjualan unta. Unta dijual pada harga kos.Tetapi, keuntungan diambil dari menjual “tali pengikat unta”. Di situlah datangnya keuntungan. Diceritakan bahawa tali-tali yang dijual adalah cantik dan bermacama-macam warna.


Apa yang ingin saya kaitkan dengan PERNIAGAAN SHAKLEE saya?

Terus terang saya nak bagitau, selama saya meniaga saya lebih selesa menjual dengan harga AHLI sahaja.. dan hanya mengenakan bayaran pos (kadar rata) jika produk di pos atau dihantar ke rumah.. Mana datangnya KEUNTUNGAN ? Keuntungan saya di bayar tiap-tiap 15 haribulan setiap bulan.. jika banyak hasil jualan maka banyaklah bonus (keuntungan) saya..bonus Shaklee di bayar dari 5% hingga 21%.. Alhamdulillah sekarang bonus saya mantain 21% setiap bulan.. Syukur Alhamdulillah (^_^)



Ada juga pelanggan yang saya kasihi meminta DISKAUN walaupun sudah di beri harga AHLI...jawapan saya mudah sahaja.. "itulah harga DISKAUN" saya tidak boleh menjual dengan harga yang lebih murah dari harga AHLI.. kenapa? Ia adalah tidak adil bagi peniaga Shaklee yang lain...terutama sekali bagi mereka yang baru menjinakan diri dengan Biz Shaklee...kan.kan..

Mungkin ada yang menjual dengan HARGA RUNCIT..bagi pendapat saya ia tidak salah sebab keuntungan tu boleh dijadikan modal pusingan nnti.. tak salah nak jual dengan harga runcit kerana itulah usaha dan penat lelah kita selama ni. Means, keuntungan sedikit melalui jualan..UNTUNG RUNCIT boleh dijadikan MODAL pusing jika pengedar Shaklee belum sampai tahap bonus 21% lagi..Tetapi apa kebaikkan jika kita jual dengan HARGA AHLI..? Kebaikkan yang paling ketara saya nampak adalah PELANGGAN AKAN DATANG MEMBELI DENGAN KITA SEMULA..Sekarang kita boleh memilih sama ada ingin berniaga cara Abdul Rahman Bin Auf r.a atau tidak..

Dengan rasa rendah hati marilah kita sama-sama mencontohi Strategi Perniagaan Abdul Rahman Bin Auf r.aKeberkatan juga adalah salah satu kunci kejayaan sesebuah perniagaan..

Sekian.. 




Sumber : FB Ust. Zamri



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...