Tips Cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin
Bila kita dah mula rasa sakit nak bersalin, doktor akan periksa berapa cm bukaan kita. Selagi tak cecah 6 cm kita takkan dibawa masuk ke labor room. Ada orang sekejap je sakit, dah bersalin. Ada orang menderita berharihari sakit tapi bukaan tetap sama, tak bergerak. Padahal punyalah sakit. Allah je yang tahu. Jom saya kongsikan cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin.
1. Banyakkan berjalan
Ye, memang sakit. Tapi kalau kita duduk lagi lambat pintu rahim akan terbuka. Tiap kali cek, bacaan masih sama. Jadi banyakkan berjalan. Minta suami pimpinkan kalau takut terjatuh.
2. Jangan minum air selusuh terlalu awal
Biasanya bila nak bersalin, ramai yang sibuk cari air selusuh. Tahukah anda? Kalau minum air selusuh terlalu awal, anda akan mengalami sakit yang teramat sangat sebab baby dah sedia nak keluar. Tapi bukaan masih kecil. Banyak juga kes rahim pecah.. (nauzubillah..)
sebab ibu dah meneran terlalu awal sebab tak tahan sakit akibat minum air selusuh. Oleh itu, elakkan minum air selusuh awalawal ye. Bila bukaan dah mencecah 6 cm dan anda dibawa masuk ke labor room, boleh minta kebenaran doktor untuk minum.
3. Doa Nabi Yunus dalam perut ikan yu
Jangan putus baca doa ni. Minta pertolongan dari Allah. Minta dipermudahkan urusan kita bersalin. Minta supaya kita dan bayi selamat. Insya Allah…Allah maha mendengar. Jangan lupa juga untuk banyakkan berzikir dan selawat ke atas nabi.
4. Minta maaf dengan ibu bapa dan suami
Yang ni part paling syahdu. Dekatdekat nak bersalin minta maaf dengan ibu bapa, lebihlebih lagi suami. Minta dorang doakan supaya kita mudah bersalin. Minta dorang doakan agar kita dan baby selamat. Lagi bagus kalau kita minta maaf dengan semua
orang. Manalah tahu kot ditakdirkan kita syahid sewaktu melahirkan, at least kita dah sempat minta maaf.
5. Baring mengiring sebelah kiri
Bila dah penat berjalan, ketuk ketampi, dan jalan itik mesti kita nak berehat kan? Bila baring atas katil pastikan kita baring mengiring sebelah kiri. Bukan terlentang.
6. Banyakkan bersujud
Posisi bersujud akan membantu mempercepatkan bukaan jalan untuk kita bersalin. Ia juga boleh mengurangkan sakit bersalin yang kita alami. Itulah dia 10 cara cepatkan bukaan rahim supaya mudah bersalin yang boleh anda amalkan. Saya doakan supaya anda melalui proses bersalin yang mudah tanpa sebarang komplikasi & semoga anda dan baby selamat.
InshaAllah, moga ibu dan bayi dalam keadaan sihat walafiat... ini hanya lah tips yang saya amalkan ketika sakit henak bersalin.. Apapun perbanyakkan selawat dan doa kepada Allah swt agar urusan kita dipermudahkan.... Aminnn..
CARA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE ------> KLIK DISINI
Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian shaklee (atau) pembelian produk shaklee (atau) menjana pendapatan sampingan boleh hubungi saya :
Misriah Yahaya
SHAKLEE ID 869817
No Tel: 0136369014
Email : misriah1311@yahoo.com
Free consultation for every purchase
Like our Fanpage Secret Wellness - Tips & Beauty
COD / Self Pick up area Petaling Jaya, Taman medan, Taman Dato harun, Mentari Court, taman Sri manja, Rembau, Alor Gajah, Tampin dan RHB Jalan Tun Razak.
No comments:
Post a Comment