Tuesday 6 January 2015

Majlis Kenduri Aqiqah, Marhaban dan Cukur Jambul

Bismillah.. walhamdulillah...

Selesai dah majlis aqiqah, marhaban dan cukur jambul anakku Muhammad Ammar Najmi 5 bulan. Alhamdulillah majlis berjalan dgn amat sempurna dan dalam suasana yang sangat meriah sekali.....  Kali ni aqiqah dan korban sekor kerbau yg dipelihara oleh Pakcik Hussin.. .. Kerbau ni milik abangku Masrul. Kami berkongsi2 bahagian ini untuk diberikan kepada penduduk kampung yg datang ke majlis kami.. memang sangat meriah sekali..

Kenduri ni boleh la kuibaratkan macam kenduri kawen sebab sekor kerbau tumbang.  ayah pulak ajak ramai orang kampung datang untuk memeriahkan majlis....

Upacara bermula dengan sesi menyembelih kerbau yg telah dilaksanakan oleh Imam Kampung. Masa ni budak2 pakat tengok beramai2.. ade yg takut, ade yg eksited macam mama dia lah. huhuhu...











Lebih kurang dalam jam 9.30 pagi kumpulam marhaban Kg Mungkal n9 mulakan sesi marhaban mereka.. time ni mmg kena standby dah sebab mmg dorang ni mula  awal....






Sedap bacaan dan alunan lagu dari kumpulan marhaban nie sampai baby Ammar pun lena dalam ayunan buaian........ Selepas tu baby telah diarak ke sekeliling bagi upacara pemotongan jambul... sambil berselawat keatas Nabi Muhammad s.a.w.. 






Ammar Najmie pun very good boy.. walaupun mama sibuk tapi  dia tak meragam langsung.. hehe..  Mama lega sebab dah selesai satu perkara untuk baby mama.. seperti mana anak2 yg lain, remy dan adelia. Ammar dibotakkan oleh ayahnya aka asben ku sendiri..

Selesai majlis berzanji, turn ayah memanggil orang2 kg dan org surau utk bacaan doa selamat, tahlil dan kenduri arwah... kemudian para tetamu dihidangkan dengan makanan seperti lauk rendang, gulai kawah daging, gulai pisang, rebung perut, ayam masak pedas, acar mentah, ulam-ulaman, rojak buah, puding dan kuih muih serta pelbagai lagi menu..nyum nyummmm...
Sanak saudara jauh dan dekat serta sahabat handai datang bermula seawal pagi hingga jam 5-6 petang... tidak putus-putus tetamu hadir.. mcm hari raya pun ade..kikikiiiii 
Ucapan terima kasih buat semua tetama yang hadir dan memeriahkan majlis kami.. syukur alhamdulillah kerana hajat kami telah pun terlaksana.. inysaAllah jika dikberikan kesempatan kita berjumpa lgi.. Jom layan beberapa keping gambar sekitar majlis Muhammad Ammar Najme ^^

Semoga majlis ini mendapat rahmat dan keredhaan dariNya..Aminn..




















Kenduri - 22/12/2014

 Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian shaklee (atau) pembelian produk shaklee (atau) menjana pendapatan sampingan boleh hubungi saya :
Misriah Yahaya
SHAKLEE ID 869817
No Tel: 0136369014
Email : misriah1311@yahoo.com
Free consultation for every purchase
Like our Fanpage Secret Wellness - Tips & Beauty
COD / Self Pick up area Rembau, Tampin, Alor Gajah, Petaling Jaya, Taman medan, Taman Dato harun, Mentari Court, taman Sri manja dan RHB Jalan Tun Razak.








No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...