Coretan ini khas buat suamiku
Ingat tak? Masa itu seringkali buat kita lupa, siapa yg banyak membantu kita sewaktu kita sukar..
Aku seringkali lupa... kau lah yg sentiasa berada di sisi ku. Susah dan senang.. Ketika aku hilang semangat, kau lah yg berikan aku arus kekuatan.
Ingat tak ?
Sewaktu aku berada dlm kesulitan, kau sentiasa ada disisi. Siang atau malam. ketika aku seorang pelajar, kau berikan kata-kata semangat utk aku buat yg terbaik. Ketika aku menjadi isteri, kau sering berikan nasihat. Sewaktu aku gelisah, kau berikan aku jalan yang terbaik. Tapi..kadang-kadang aku lupa.. aku lupa abg.. Jasa kau begitu besar dalam hidup ini.
Kini, kau banyak bekorban untuk kami. Kau pernah berkata " Aku seperti lilin yang akan terus membakar diri ku agar dapat menerangi hidup keluarga ini"
Kaulah kawanku
Kaulah kekasihku
Kaulah jua musuhku :)
Dan Kau adalah teman terbaik hidupku..
Terima kasih abg,
Atas sepenuh kepercayaan yang kau berikan. Terima kasih kerana terus beri aku peluang berbakti. Aku ingin menjadi sehebat Siti Khadijah yang berbakti pada Muhammad s.a.w sepenuh jiwa dan raga.
Aku perlukan kau untuk terus berjuang dalam medan ini. Terima kasih sayang.. !
kerana..
Kekuatan aku adalah kau.
dan kelemahan ku juga adalah kau..
sebagaimana hidup ini kita harus saling lengkap melengkapi..
Abang, doakan aku terus berjaya dalam bidang yg aku ceburi ini, terima kasih kerana memberi sokongan yg penuh dan tak berbelah bagi agar aku terus maju dan mencapai kejayaan dan impian seperti mana yang kita mahukan.
Terima kasih atas jua atas segala nasihat yang kau selalu berikan...agar aku menjadi seorang yg matang. Ya abg. Aku akan terus cuba. Jangan berhenti memberiku nasihat dan kasih sayang ini hingga akhir hayat. Kasih sayang ku umpama air yang sentiasa mengalir, ia akan terus mengalir... Ya Allah, kau kekalkan lah jodoh kami Mekar kan lah hubungan kami dan titipkan rasa kasih sayang kami hingga ke syurga..
Amin..Ya robbal Alamin..
Daripada isterimu tercinta,
Misriah Yahaya
No comments:
Post a Comment