Saturday 4 February 2017

Khairat Kematian ASB



Skim Khairat Kematian ASB





Hari tu aku mengemas dokumen penting arwah ayah, aku jumpa penyata ASB ayah.. Itupun tahun 2013. Sebelum ni aku tak tahu pun ayah pernah mencarum dengan ASB.  Untuk pengetahuan korang, pencarum ASB boleh menuntut manfaat khairat kematian sekiranya pencarum meninggal dunia. Tapi nilai manfaat khairat bergantung kepada baki akhir simpanan. Buat masa ini, khairat minima yang boleh dituntut adalah RM200; 

1. Bagi simpanan RM10 hingga RM4999.00 : khairat kematian sebanyak RM200.00
2. Simpanan RM5000 (5k) hingga 10k : khairat kematian sebanyak RM1000.00 (seribu)
3. Simpanan RM10k (ribu) ke atas (maxima 100k setiap individu) : khairat kematian sebanyak RM2000.00 (dua ribu)
Waris boleh lah menuntut wang khairat kematian ini dalam masa enam (6) bulan selepas kematian pemegang akaun. Kalau tak tuntut, wang tersebut dikira hangus. Dan sekiranya si mati meninggalkan simpanan berjumlah kurang RM5000.00 (lima ribu ringgit) waris boleh membuat pengeluaran tanpa perlu dirujuk kepada Amanah Raya Berhad. Sebaliknya, (simpanan RM5k ke atas) maka wang simpanan si mati akan dirujuk ke Amanah Raya Berhad dan akan melibatkan tuntutan harta pesaka mengikut wasiat (kalau ada) dan pembahagian faraid (yang akan ditentukan oleh Mahkamah Syariah).





Untuk membuat tuntutan, waris si mati (suami/isteri/anak/adik beradik) perlu ke mana-mana pejabat ASNB ataupun agen-agen ASNB dengan  mati dan kad pengenalan (jika warisnya anak) / surat beranak (jika warisnya adik beradik, berserta surat beranak si mati juga) / sijil nikah (jika warisnya suami/isteri).

Kalau tak silap, manfaat khairat kematian ini juga terpakai kepada mana-mana pencarum saham-saham amanah terbitan ASNB.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...