Friday, 27 January 2017

Februari Promo Shaklee : Tips kurus Diet kalori Cik Yah






Assalammualaikum. 
Kali ni aku nak share tips macam mana aku boleh loss sampai 34kg. Ramai yang whatsapp, sms, private message aku tanya macam mana aku boleh kurus dalam masa 4 bulan sebanyak 30kg++!!

Ok, ni sedikit background aku sebelum aku coleteh panjang lebar. 
Berat sebelum diet : 102kg 
Tinggi : 158cm
Ni berat aku masa beranak anak ke-5 tau.



Permulaan Diet Kalori

Ramai yg tanya tips macam mana aku boleh turun berat yang banyak lepas bersalin. Oklah, first thing tinggalkan sementara manis masin lemak semua perisa.. Makan yang rebus dan grill je.. senam jgk perlu....mulakan dgn slowjog atau briskwalk dulu. Then jogging or execrise 😊. Execrise tu tak kisah, tengok kat youtube pun boleh. Seminggu dalam 2-3kali dah cukup.Macam aku yang bersalin ceaser ni tak boleh buat benda lasak ² .. So jadilah buat senaman yang ringan-ringan dahulu .. Asalkan keluar peluh. 

Baru lepas exersice ( baju shaklee hijau) gambar sebelum tu orang ingat aku pregnant. Kahkahkah..
Kau kena faham, Nak kumpul lemak tepu dalam badan sampai naik berkilo kilo tu pun dah makan masa berbulan atau bertahun. 

Jadi kalau nak kurangkan kilo dan singkirkan lemak2 tepu dalam badan tu pun akan makan masa berbulan atau bertahun juga. 

Jadi? SABAR. 

Then fizikal dengan mental kena lah kuat. Kena displinkan diri you. Kena tahu berapa kau nak capai target!
Nak kurus, breakfast kena ambil, WAJIB! Tidur kena cukup. makan 5-6kali sehari. Tapi dalam kuantiti yang sedikit, bukan banyak ye. So perut kita takdelah terasa lapar. Tapi jangan sampai terlebih kalori yea. Air manis, ais jangan ambil. Then banyak minum air kosong, minum 3liter sehari. Pagi selalu aku breakfast oat.



Tips kedua, Kurangkan atau kalau boleh, elakkan gula, garam, minyak, makanan bersodium tinggi, processed food, dan fast food. Makan sumber-sumber semulajadi. Seperti ayam, ikan, telur, tauhu, tempe, buah-buahan dan sayur-sayuran. 

Tips ketiga, Kurangkan pengambilan karbo. Setiap main meal ambil segenggam sahaja karbo. Sebaiknya ambil beras perang. Kalau kita makan banyak karbo, badan kita akan cepat besar. So, kena kawal gula dengan karbo. 2 benda ni, kalau kita tak kawal, badan kita akan cepat naik. Kalau nak makan roti boleh, tapi jangan makan roti putih, makan roti wholemeal sahaja. Sejak diet ni aku kurang makan nasi, (bukan lansung tak makan ye) tapi aku lebihkan makan roti wholemeal. Roti pun dah karbo. So aku tukarkan nasi kepada roti. Tapi kena ingat, jangan makan banyak roti tau. Jangan ambik mee, atau kueh teow sebab makanan tu berminyak. Boleh makan bihun je. Makanan bergoreng, berminyak, berlemak, fast food memang aku elakkan. Kalau ikan atau ayam aku masak grill atau steam. Kalau ayam dengan ikan bergoreng ni boleh makan, tapi jangan selalu. Malam makan sebelum pukul 8. Kalau lapar tengah malam, minum air kosong. 
Ingat....Makan kerap tetapi dalam portion yang sedikit. 





Next, lebihkan sayur-sayuran. kalau rasa nak mengunyah, kekacang adalah sumber lemak yang baik. (cukup sekadar 10 hingga 12 biji) sekali snack, atau boleh ambil buah buahan sebagai healthy snack. 

Perlu tahu maksud DIET yang sebenar. 

Ada sesetengah persepsi beranggapan bahawa diet itu perlu berlapar. TIDAK! Aku sendiri makan 6-7kali sehari. Portion ambilan tu yang kau kena jaga. Kalau makan tak beringat, memang cepat badan gemuk nanti..

Oh ya! Lupakan terus air bergas atau berkarbonat. Banyakkan minum air kosong atau green tea. Paling penting, 80% kurus adalah dari penjagaan makanan, 20% dari senaman akan mmbantu mempercepatkan proses penurunan. Maknanya andai kita bersenam setiap hari pun tapi pemakanan harian tidak dijaga, sememangnya agak slow sedikit progress nya. 

Rajinkan diri untuk membaca info-info berkenaan kesihatan dan diet yang betul. Kalau rasa nak mengalah, cepat-cepat baca kisah kejayaan orang yang dah berjaya! (jika mereka boleh, takkan kita tak boleh kan). 

Jangan terlalu memaksa badan untuk cepat kurus. Ini akan menyebabkan badan cepat berasa bosan dan stress. Apabila stress, proses penurunan berat akan terganggu. Kena ingat, kita gemuk bertahun-tahun takkan nak kurus dalam masa seminggu kan? Sabar. 

Tidur mesti cukup 6-7jam sehari, tidur yang berkualiti baik untuk kesihatan. 

Minum air putih sehingga Urin anda berwarna jernih. Bila Urin warna jernih, InsyaALLAH badan kita cukup air. 

Selain tu, ni rahsia aku cepat kurus. Ambil suplemen. Suplemen tak wajib ambil kalau kau nak kurus tapi ia banyak membantu. Suplemen shaklee banyak membantu aku dari segi kecerdasan, tenaga, bantu bakar lemak dan buang toksin dalam badan aku amalkan suplemen shaklee supaya berat aku lebih cepat turun. 

Kalau korang nak tahu, bulan februari ni ada promosi set kurus shaklee tau. Kalau korang beli set kurus ( ALFALFA + LECITHIN + HERBLAX) korang akan dapat 2 benda free. ( FREE - ALFALFA & LECITHIN) Best kan? Nak tahuu lebih lanjut klik sini

Ok, sampai sini dulu sharing aku kali ni. Nanti aku cerita lagi pasal diet kalori ni kat kotang hokey... Dan macam mana aku boleh bakar lemak aku dengan cepat dan berkesan. 

Bye-bye.
Pengedar Shaklee Petaling Jaya & Rembau. 
*************
Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian shaklee (atau) pembelian produk shaklee (atau) menjana pendapatan sampingan boleh hubungi saya :

Misriah Yahaya
SHAKLEE ID 869817
Email : misriah1311@yahoo.com
Free consultation for every purchase
Like our Fanpage Secret Wellness - Tips & Beauty
COD / Self Pick up area Petaling Jaya, Taman medan, Taman Dato harun, Mentari Court, taman Sri manja dan RHB Jalan Tun Razak.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...