Kenapa kita boleh sabar kayakan orang lain tapi tak sabar kayakan diri sendiri?
Renungan buat mereka yang mudah putus asa dalam berniaga.
Renung-renungkan......
Ada cabaran sikit dah berputus asa. Jualan menurun sedikit dah rasa down, lemah semangat. Orang kutuk sikit dah tak boleh tahan.Baru sebulan berniaga dah harap dapat pulangan beribu-ribu. Tak sampai setahun dah kecewa tak dapat pendapatan 5 angka.
Harap berniaga semua nak mudah saja.Tak sanggup nak usaha lebih. Tak sanggup nak berkorban masa dan tenaga. Keringat dan air mata apatah lagi. Semua nak mudah-mudah saja, tapi hasil nak yang besar-besar belaka.
Sedar atau tidak, kita belajar di Universiti 3 ke 5 tahun. Tamat pengajian di Universiti gaji baru dalam lingkungan RM2000- RM3000. 5 tahun kita boleh bertahan bersabar belajar. Padahal bila keluar banyak tu je pun gaji kita.Kita boleh sabar!Bila kerja kita keluar awal pagi, balik lewat petang atau malam.
Dengan kesesakan lalu lintas lagi, berjam-jam atas jalan. Kalau melalui Federal Highway lagi lah teruk kesesakan. Kita boleh sabar!
Bertahun-tahun kerja kenaikan sikit sangat. 10 tahun kerja belum tentu gaji RM10,000. Kita boleh sabar!Bertahun-tahun kerja, naik pangkat belum tentu. Kalau ada pun tunggu 8-10 tahun baru dapat naik pangkat jadi pengurus. Kita boleh sabar!
Penat-penat bekerja, gaji hanya cukup-cukup makan. Ikat perut hujung bulan. Barang pula semuanya dah naik harga.Pergi kerja untuk bayar hutang dan perbelanjaan.Nak simpan wang pun tak sempat. Nak reward diri pun tak dapat. Kita boleh sabar!
Hari-hari pergi kerja buat kerja yang kita tak suka. Bos pula marah-marah, arah itu dan ini. Dah rasa diri macam robot, buat kerja tanpa bawa hati bersama.Setiap hari pun sama sebegitu rupa. Sebulan, setahun, 5 tahun, 10 tahun. Kita boleh sabar!
Sebulan bekerja, setahun bekerja, 5 tahun bekerja, 10 tahun bekerja, 15 tahun bekerja. Kita tak ada nampak beza ketara. Dari bujang sampai kahwin dan dah dapat anak 3.Rumah dan kenderaan kita macam tu juga. Masih kena ikat perut untuk perbelanjaan diri dan anak-anak seadanya. Kita boleh sabar!
Hidup seadanya ala kadar, rumah ala kadar, kereta ala kadar. hulur duit kat mak ayah pun ala kadar.Kalau ada hulur, kalau tak ada buat-buat lupa. Kita boleh sabar!
Tapi kenapa bila berbisnes, baru setahun dua kita cepat sangat nak berputus asa. Sikit-sikit nak mengalah.
Padahal kita sedang kayakan diri sendiri. Bukan orang lain. Kita berusaha untuk impian kita.Kita nak bagi yang terbaik untuk keluarga, anak-anak, mak ayah. Kita nak tolong lebih lagi dengan duit kita sendiri.
Kenapa boleh sabar kayakan orang lain, tapi tak boleh sabar untuk mencapai impian sendiri? Persoalannya, apakah impian anda? apakah matlamat anda? adakah anda fokus dgn apa yg anda lakukan? adakah impian anda sudah
jadi kenyataan?
Buatlah bisnes dengan hati yang ikhlas kerana Allah. Niatkan untuk membantu orang ramai, mahu meningkatkan pendapatan, mahu jadi jutawan dunia dan akhirat. Setelah segala harapan dan impian menjadi kenyataan, matlamat yang paling tinggi ialah apa yang telah dberikan, kita nak buat kebajikan, berbakti dan berjihad di jalan Allah.
Copy paste from My Master Norita.
CARA MENDAFTAR SEBAGAI AHLI SHAKLEE ------> KLIK DISINI
Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian shaklee (atau) pembelian produk shaklee (atau) menjana pendapatan sampingan boleh hubungi saya :
Misriah Yahaya
SHAKLEE ID 869817
No Tel: 0136369014
Email : misriah1311@yahoo.com
Free consultation for every purchase
Like our Fanpage Secret Wellness - Tips & Beauty
COD / Self Pick up area Petaling Jaya, Taman medan, Taman Dato harun, Mentari Court, taman Sri manja, Rembau, Alor Gajah, Tampin dan RHB Jalan Tun Razak.
No comments:
Post a Comment