Monday 10 November 2014

Kenapa Susu ibu kurang?

Persoalan ini selalu menghantui ibu-ibu yang menyusukan bayi. Persoalan kenapa susu ibu menjadi kurang mungkin disebabkan beberapa faktor tanpa disedari oleh ibu-ibu yang menyusukan. Di sini saya ingin berkongsi cara mudah untuk ibu-ibu diluar sana bagaimana cara untuk memperbanyakkan susu ibu. Antaranya.. :

1. Tambah masa dan kekerapan
ini adalah asas dalam penyusuan susu ibu kerana asasnya pengeluaran susu ibu adalah mengikut konsep Supply dan Demand. Konsep Supply dan demand ini sangat penting dalam penyusuan kerana konsepnya begini:
Semakin banyak permintaan susu  dari bayi, si ibu juga semakin kerap mengosongkan payudara untuk menghasilkan lebih banyak susu. Bila baby kuat menghisap susu secara direct, atau kita mengepam susu secara konsisten. Maka makin banyak la susu yang terhasil... Makin kerap kita mengosongkan breast, makin banyak la susu yg terhasil....
 Lebih kerap meyusukan, lebih banyak yang dihasilkan. Cubalah pam setiap kali selepas menyusukan bayi. Hormon prolaktin banyak dihasilkan pada waktu pagi, oleh itu luangkan sedikit masa untuk mengepam sebaik bangun dari tidur. Ibu-ibu perlu luangkan sedikit masa untuk menyusukan bayi sekerap yang mungkin ketika bersama mereka. Keberkesanan biasanya boleh dilihat selespas sekurang-kurangnya 7 hari... Ada juga sehingga 2 minggu. Memerah pada masa yang tetap juga mempengaruhi pengeluaran. Walaupun ketika berada di tempat kerja, kita seringkali sibuk dan terleka dalam menyiapkan tugas yang diberikan, cuba sedaya upaya untuk menetapkan masa yang tetap untuk memerah setiap hari. sediakan satu jadual memerah yang tetap dan tuliskan jumlah hasil yang diperolehi setiap kali. oleh itu, anda akan dapat melihat sendiri perubahan pada hasil perahan setiap kali memerah.

2. Minum air yang mencukupi
Air yang dimaksudkan adalah air kosong / masak semata-mata tidak termasuk teh,kopi,sirap dan air barli. hehehe.... Minimum 8 gelas (bagi seseorang seberat 25kb) lebih untuk yang lebih berat dari itu.

3. Pemakanan seimbang
Secara peribadinya saya mendapati bahawa ibu yang menyusukan bayi (termasuk diri sendiri) menghasilkan lebih banyak susu ketika kenyang berbanding dalam keadaan lapar.. Sekiranya ibu-ibu sedang dalam usaha menurunkan berat badan, makan pada jumlah yang sedikit tetapi kerap bagi mengelakkan rasa lapar. Ini keranadalam keadaan lapar kita lebih cenderung makan berlebihan. Utamakan sarapan pagi kerana ia adalah permulaan hari anda.

4. Pemakanan yang menggalakkan pengeluaran
Keberkesanan adalah bergantung kepada individu.. Halba, Oats, Alfalfa , air soya, sawi, lobak putih, longan kering dan kucai, kurma, betik muda dan sebagainya.

5. Mengambil hormon/ Suplemen untuk menambah susu
Terdapat banyak suplemen yang dirumus bagi membantu ibu-ibu yang mengalami masalah pengeluaran susu. Bagaimanapun perlu diingat juga bahawa asas pengeluaran adalah supply n demand. Pengambilan suplemen / makanan penggalak susu hanya sebagai pemangkin bagi menggalakkan pengeluaran susu..

Ambil suplemen susu ibu lebih berkhasiat
Perlu ditekankan apa jua yang ibu ambil ia tetap akan diserap ke dalam susu.. Nutrisi dan khasiat susu ibu tidak akan terlebih atau terkurang.. ianya ciptaan Allah. Cukup semuanya . Jadi kemana perginya suplemen yang kita ambil?
ia akan pergi menyerap ke dalam tubuh ibu dan tetap akan disalurkan kepada anak melalui susu ibu.

Nasihat saya....
Fahamilah konsep sebenar penyusuan susu ibu, dan kenal pasti dulu kenapa ibu itu perlu suplemen. ibu-ibu yang bekerja terutamanya perlu memastikan badan mereka cergas dan sihat dalam meneruskan perjuangan di dalam penyusuan bayi anda...




Jika anda seorang ibu yang sering keletihan..
Hubungi saya untuk mendapatkan set penyusuan ekslusif dan juga bajet khas buat anda dan bayi tersayang..

Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian shaklee (atau) pembelian produk shaklee (atau) menjana pendapatan sampingan boleh hubungi saya :

Misriah Yahaya
SHAKLEE ID 869817
No Tel: 0136369014
Email : misriah1311@yahoo.com
Free consultation for every purchase
Like our Fanpage Secret Wellness - Tips & Beauty

COD / Self Pick up area Petaling Jaya, Taman medan, Taman Dato harun, Mentari Court, taman Sri manja dan RHB Jalan Tun Razak.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...