Saturday 6 September 2014

Pengalaman Bersalin : Keindahan tercipta (40 minggu 7 hari)



Hari berpantang ke 44.

harini last day pantang, alhamdulillah.... pantang pun dah hampir ke penghujung.. ok lah, nak cerita pengalaman bersalinkan Muhammad Ammar Najmi seperti yang aku janjikan pada entry pertama dulu...

Pada 24/7/14
Mak dengan cucu yg ke 15 - masa utk blk PJ
Setelah 7 hari overdue, ingatkan ada lah keluar tanda-tanda nak bersalin tapi nan hado. So nak tak nak kena lah  bawak surat dari dokter (dari KK) refer ke Hosp. Kuala Pilah.. Pagi tu mak masak sedap-sedap suruh aku makan.. Katanya bagi tenaga kalau nak bersalin nanti.. Dalam hati aku cakap, "belum lagi ni.. entah2 malam raya atau hari raya sok baru keluar" namun perasaan gementar masih ada. Walaupun dah pernah lalui 3 kali pengalaman bersalin sebelum ni. Masa nak pegi hospital tu aku amik masa yang lama dalam bilik air. Nak mandi puas-puas... Aku dapat rasa bahagian bawah perut dah berat semacam. Celah-celah peha semua sakit bila nak jalan rasa nak pegang org jer. Bila dah overdue ni perasaan kita bawak perut rasa lama. bila lah aku nak bersalin?? Mak aku cakap "Sabar.. belum masa lagi.. nanti dia nak kuar, keluar la dia" walhal aku ok jer.  Mak yang nampak cemas sebenarnya.. Sampai kan dodol, kuih raya, langsir umah semua x tukar, tak buat sebab nak fokus anak bongsu dia ni.. Mak cakap selagi aku tak bersalin dia tak de feel nak buat semua tu .. Biar semua selesai dulu. kata mak.. huhu... Dalam hati kecilku menjerit, Mak.. kita Sayanggggggg makkk.... !! Terima kasih mak....
Time tu aku dapat selami perasaan sorg mak. Macam mana menghadapi 9 bulan mak kendong kita dlm perut .. sakit pening semua tahan... ingat senang ker.... kesian tau... tapi tu lah pengorbanan seorang wanita. Nampak lembut tapi sangat tabah...

Sepanjang perjalanan ke hospital lebih kurang 40 minit, aku baca semua surah, doa dan ayat-ayat yg selalu aku amalkan bagi tujuan agar dipermudahkan segala urusan..... Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusanku.. Sepanjang aku dlm kereta, aku mintak maaf pada suami, sebelum tu mintak maaf pada mak ayah... dan sempat peluk cium anak2 ku yg 3 orang tu.. Remy, Adelia dan Hany...wan n atuk jaga buat sementara waktu ye..

Keadaan di wad bersalin Hosp K. Pilah
Sampai di Hospital, terus ke Wad Bersalin utk register... Masa tu pikiran aku kusut.. banyak benda yang dok pikir.. sampai di kaunter aku terus ckp "overdue 7 hari " bagi buku merah dan surat doktor. Nampak nurse tu muka senyum, aku x jadi nak cuak.. Deret aku ada 3 orang yang tgh tgu turn. Lps segala proses pendaftaran selesai, nurse mintak aku masuk bilik untuk buat CTG dan check bukaan.Ni aku takut.. Masa check CTG , alhamdulillah semua cun.. graf pun cantik.. Tetiba datang sorang doktor lelaki, lebih kurang awal 40-an. sambut aku dgn ceria.. Dia bagi salam semua dan nak buat scanning termasuk bukaan jalan.. masa tu muka aku dah merah..... Maluuuuu . Aku perasan muka doktor ni ada iras pelakon Edika Yusuf masa muda... hensem..! kikikiiii.... Waktu dia terangkan, entah term ape yg dia cakap , aku x paham.. ada sorang assistant doktor catit setiap apa yg dia ucapkan... Dan dia ckp kat aku, "Puan, bukaan dah 3cm. Rahim dah lembut, kepala baby dah masuk laluan.. Saya anggarkan dalam ptg ni atau esok pagi akan bersalin.. Saya akan stimulate (ransangkan ) bukaan agar cpt bersalin k... xperlu masukkan ubat sebab sudah ada bukaan dan esok pagi kita akan pecahkan air ketuban puan utk bagi contraction nanti.. "
Aku jawab : x kene induce kan doktor? x masuk ubat?
Doktor jwb : InsyaAllah tak... senyum lagi..
Aku : Senyum.. timekasih doktor :) (yeayyy.. insyaAllah esok dah boleh bersalin )))))

Keluar dari bilik CTG , aku terus dapatkan asben dan bgtau esok boleh bersalin dah.... sambil buat isyarat tangan, 3 cm ! abg x boleh balik lagi. kena stay kat sini.. cariklah hotel yg dekat2 dgn spital.. kot nanti emergency abang senang dtg" Asben mengangguk2 - ok .. Pastu aku kol mak ngn ayah bagitau jgn risau..malam ni atau esok insyaAllah akan bersalin...

Lps settle semua, aku pun terus ditolak ke wad bersalin ...

Disitu ada 1-2 orang yg tgh menahan sakit. aku tanya dah buka berapa.. 2 cm.. Huhu.. aku ckp aku dah 3cm nak ke 4cm.. tapi aku x sakit . contraction ada tapi aku masih boleh tahan.

Pukul 10 malam - Nurse tanya aku sakit tak ? Masa tu aku baru selesai solat hajat dan baca yasin atas katil.. aku kata tak. Nurse kata kalau sakit bgtau nnti dia check jalan.. So far so good.. sambil angguk kepala tanda faham... Aku standby gak kalau ada turun apa2 tanda tapi still takde. Perut mengeras dah kerap tapi aku still bertahan..

Pada 25/7/2014
 pakai gas sebab bacaan graf  ctg baby tido. 
Pukul 4 pagi - Baca doa dan ayat2 yg biasa aku amalkan.. Datang doktor bagitau esok pukul 6 pagi standby pergi dewan bersalin utk monitor sebab kalau masih x sakit kuat kita akan masukkan ubat dan pecahkan air ketuban.. Kalau boleh memang aku tak nak masuk ubat atau kene induce.. Tapi sebab dah overdue takut juga kalau jadi apa2 kat baby nanti..


Pukul 6.30 pg - Siap2 mandi dan selesai solat subuh .. Dalam kul 7.15 Nurse bawak aku ke dewan bersalin. Aku kol asben aku suruh standby datang sini dan terus ke Labor Room..


7.30 pagi  - Doktor dah standby check CTG dan cucuk jarum kat tangan.. masa check bukaan tu dia bagitau masih 3cm.. dia pecahkan air ketuban bagi kuatkan kontraksi..kat perut dah penuh wayar. Doktor masukkan jarum kat tangan beberapa kali sebab katanya darah aku jenis cpt beku. Aku ye kan aje... suasana dalam LR ni sedikit tenang.. aku rasa aku patient pertama dlm bilik tu.. Masa tu ada 2 pelatih yang datang chek perut dan check kontraksi, dengar lagu raya berkumandang.. sayup2 je aku rasa.. sedih dan sebak pulak aku..

8.00 pagi - Dtg sorang nurse india tanya aku nak kencing ke tak? Aku ckp aku nak g toilet rasa sakit perut nak membuang. Dia x bagi... hehehe.. takut aku terberanak dalam toilet nanti kot.. Dlm 15 minit kemudian kontraksi makin kerap. Dalam 10 minit .. aku dah rasa x selesa.. tarik nafas.. tarik nafas.. aku rasa bilik ni apesal sejuk sangat...

8.30 pagi - Selang 5 minit perut aku dah start mengeras. 40-50 saat aku rasa sakit. Kemudian selang seminit, Perasaan masa tu Ya Allah... sakitnya.. ....Rasa ngilu dan mencucuk-cucuk disetiap tubuh anggota badan. Aku cakap aku x boleh tahan. Nak meneran dah. Nurse kata belum lagi sebab bukaan baru 7cm. Aku sempat pegang tangan nurse dan cakap aku rasa sakit nak teran dah. SEKARANG!!
Masa tu aku nampak muka cuak nurse. Sebab aku memang tengah sakit nak beranak. Aku ckp "mana suami saya?" Saya nak suami saya". Masa tu staff nurse suruh benarkan suami masuk. Terus abg meluru dlm LR. Aku dengar dia panggil nama aku "Mis, mis.. abg ade ni" masa tu terus aku nangis...sambil teran sekuat hati, dalam LR suasana dah kelam kabut. Doktor dan staff nurse dah kerumun aku. Macam pesta pulak. huhuhu...Staff nurse baca ayat dan doa dan mula kan proses bersalin. Aku dengar masing-masing suruh aku TERAN.. TERAN lagi.. Sikit lagi...!!! Aku pegang tangan abang dan dia suruh aku mengucap dan selawat banyak-banyak... Aku sempat panggil nama mak aku.. Nak mak jugakkkk.... Begitu pantas aku rasa. Aku dengar suami cakap baby dah nak keluar dah.. tahan skit lagi.... Dalam 3 kali teran maka keluarlah bayi yang aku kandung selama 9 bulan 7 hari ... MUHAMMAD AMMAR NAJMI BIN ZULHELMI... Penantian yang selama ni kami tunggu.. Alhamdulillah...
Nyenyak tidur.... zzZZ
3 jam selepas lahir


Perasaan yang tak dapat aku lupakan saat baby keluar, abg cium dahi dan bgtau "baby boy".. lepas tu baby dibawa ke atas dada. Itulah dakapan pertama aku pada Ammar..... Lepas dibersihkan, baby diletakkan berbaring disebelah untuk disusukan dan itulah saat-saat yg sangat indah dan bahagia kami.. Ammar pandai menyusu.. Naluri seorang bayi... Terus mencari susu dan aku mengalirkan air mata... Gembira atas nikmat yang Allah berikan.... Allahuakbar... Saat tu hilang semua sakit. Lepas dah dakap dia diberi pada asben aku utk diazankan......... Alhamdulillah... semua nya diperkenankan Allah.... Selamatlah aku melahirkan bayi lelaki seberat 3.50kg pada hari Jumaat bersamaan dengan 28 Ramadhan tepat pada pukul 9.19 pagi......

Muhammad Ammar - 30 hari


Anakku.. 
Sembilan bulan nak.. kau di dalam perut mama..
Kau ikut kemanapun mama pergi..
Kau ikut merasakan ketika jantung mama berdegup kerana kebahagiaan..
Kau menendang rahim mama ketika kau merasa tidak nyaman, kerana ibu kecewa mengurai air mata..

Disaat kau dilahirkan... itulah saat yang paling membahagiakan kami..
Tangismu memecah dunia..
Segala sakit dan derita hilang tika menatap tubuhmu yang merah...

Doa kami,
agar kau menjadi anak yang soleh, berakhlak mulia dan berjaya di dunia dan akhirat..

Aminn...

*************
Untuk maklumat lanjut berkaitan keahlian shaklee (atau) pembelian produk shaklee (atau) menjana pendapatan sampingan boleh hubungi saya :

Misriah Yahaya
SHAKLEE ID 869817
Email : misriah1311@yahoo.com
Free consultation for every purchase
Like our Fanpage Secret Wellness - Tips & Beauty
COD / Self Pick up area Petaling Jaya, Taman medan, Taman Dato harun, Mentari Court, taman Sri manja dan RHB Jalan Tun Razak.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...