Saturday, 27 January 2018

Kira berat sasaran guna formula BMI

Ramai yang tanya aku macam mana boleh kurus sampai hilang 40Kg berat badan. Letih juga aku nak jawab satu demi persatu pertanyaan memandangkan jawapan aku adalah hampir sama sahaja. 

Ok ok.. Baik, aku cerita sikit strategi untuk hilang sekurang-kurangnya 1Kg dalam masa seminggu, so kalau korang nak hilang, let say 40Kg macam aku, maka boleh hilang dalam lebih kurang 40 minggu = 10 bulan sahaja.

Korang janganlah pelik, kenapa sampai 40Kg je, then aku stop? Sebabnya mudah, kalau aku hilang 40Kg, maka aku akan mendapat BMI idle iaitu 23. As simple as that. So, korang kalau nak kurus tu, apa2 hal pun buat la kira2 dulu!! jangan terlebih kurus sampai jd ‘keding’ plak๐Ÿ˜†

Terlebih dahulu, aku nak bagitahu la, aku share info ni bukan sebab nak riak kata aku dah kurus ke apa, tapi aku rasa benda ni adalah ilmu, dan memang wajib ilmu itu disebarkan supaya ianya terus bercambah. Ok?

Salah satu topik dalam kelas aku yang wajib student aku buat❤️❤️

Kira Berat Badan Sasaran, guna formula BMI

☝️Kira BMI terkini korang
☝️then kira plak berapa berat yang perlu korang buang. BMI Idle korang (BMI Idle ialah antara 18-25, Overweight 25-30, Obese 30>). Contoh pengiraan:

Berat terkini 140Kg, Tinggi pula 1.5m (memang clearly obese la kan).

Formula: BMI = Berat dalam Kg / (Tinggi dalam meter)^2
= 140Kg / (1.5m)^2
= 62.2 Kg/m^2

Sememangnya super duper obese bmi 62.2 ni, nak turun pulak sampai sekurang-kurangnya dapat bmi 25, so berapa ek nak buang??? 

Sebab kita ni kadang-kadang dah tak bleh nak tinggi lagi bila melepasi umur 20 tahun, maka kita kena jugak adjust weight kita ni. Kira expected weight (berat target) dulu la jawabnya.

Berat target (kg) = BMI target X (Tinggi dalam meter)^2
= 25 X (1.5m)^2
= 56.3 Kg ~ 56Kg.

Berat perlu dibuang = Berat terkini – Berat target
= 140 – 56
= 84 Kg.

Mesti korang kata, gila kentang, nak buang sampai 84Kg๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š๐Ÿ‘Š

Di sini, biar aku jelaskan, itu bukan perkara mustahil. Nak buang 84Kg, maksudnya kena makan masa 84 minggu, lebih kurang setahun setengah juga la, tapi itu bukan suatu masalah.

Yang penting disiplin, that’s the key of success. Kalau rasa 84Kg tu terlalu banyak, boleh je kita nak buat sub-goal dulu, seperti nak turunkan berat sebanyak 20Kg dulu, then bila dh lepas tu, naikkan sket untuk turun 30Kg plak. 

Sikit2 lama2 jd bukit, betol tak?

Kalau korang rasa susah sangat nak paham, carilah mana2 sifu yang boleh pahamkan korang. Jangan belajar sorang2. 

Benda ni lah aku ajar student aku dalam kelas. Masuk kelas bukan bermakna kau tak faham, tapi belajar untuk lebih memahami. 

Cikyah,
tak suka belajar sorang2

NAK KURUS KENA EXPERIMENT



Pernah tak korang diet hanya ikut ikut apa orang cakap , dan bila tak dapat result terus rasa give up lepas tu cuba cara diet yang lain pulak ?  Sampai ke sudah tak berhasil. Itulah , banyk sangat experiment ! 

Tahniah kepada salah seorang #gengdietcikyah dalam Kelas ke-9 yang berjaya menurunkan berat dan pada masa yang sama inchloss. Bayangkan sebelum ni dari saiz 40 turun 35๐Ÿ˜! Dah macam macam experimen yang beliau lakukan untuk kurus, selepas join kelas baru lah menemui " experimen" yang betul ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Fahamkan betul betul apakah maksud diet yang sebenarnya. Dalam team Dietcikyah , kami belajar untuk diet yang betul, tak perlu berlapar untuk turunkan berat. Nak kurus kena makan !  

Tak percaya ? Jom "berexperiment" dengan meal plan sehari 6x makan. 

Kurus dari rumah dengan meal plan makan 6xsehari. Nasi tak bersalah๐Ÿ˜„

Nak mendaftar utk #kelasdietcikyah? Ilmu Kurus cara Sihat,Tanpa Produk. Wasap ke www.wasap.my/60136369014 hari ini untuk Promosi Februari ๐Ÿ‘๐Ÿผ

Friday, 10 November 2017

Diet korang kelaut?

Kawan-kawan. 
Tahun 2017 bakal berakhir. 
Tak putus2 orang mintak tips diet dari aku. Tak sempat aku nak karang panjang berjela pada setiap orang yang mintak tips diet. 

Maafkan aku ye. 

Harini aku cuba kongsi etika yang diamalkan sepanjang setahun aku diet. 

1- Point pertama, Jadikan makanan yang direbus/dibakar/distim sebagai pilihan utama.
Mengapa ini point pertama? Kalau point pertama ini pun dah gagal kau ikut maka proses diet itu sia-sia. Makanan rebus, bakar, dan stim antara menu yang rendah lemak dan kurang minyak. Makanan yang dibakar pula pastikan jangan sampai hangus. Kalau terbakar teruk akan jadi karsinogenik so bakar light saja..
Selain mampu menjimatkan kalori berbanding makanan yang bergoreng ia adalah menu yang sihat dan jika di amalkan dengan konsisten. Badan kau yang besar akan sedikit susut hasil penjimatan kalori ketika memilih menu seperti ini.

2- Jangan tinggalkan nasi.

Selama diet, jangan pernah tinggalkan nasi. Selain daripada karbohidrat, nasi juga membantu memberikan tenaga sepanjang hari dan elakkan badan jadi lemah longlai. Tapi untuk kurus, makan nasi 2-3 pinggan bukanlah ubat mujarabnya. Cukuplah kuantitinya sekadar segenggam tapak tangan. Ia dah memadai untuk tenaga. Nak turunkan berat, makan separuh dari saiz tapak tangan.

3- Minum segelas air suam sebelum makan.

Tak kisah pun berapa gelas kau nak minum sebelum makan. Tujuan minum segelas air sebelum makan adalah sebagai pelapik perut. Ini habuan untuk kawal sedikit nafsu makan. Percayalah ia membantu. Tak nak percaya, kau punya pasal. 

4- Jauhkan diri daripada air manis

Kalau mahu minum yang air bancuh pun carilah kopi kosong, milo kosong dan jus kosong. 

5- Makan yang tidak berulamkan air

Untuk elakkan perut jadi buncit, boroi dan jadikan usus lebih baik. 15-30 minit lepas makan baru minum. Atau minumlah seteguk dua selepas makan. Tidak bagus makan nasi selang seli dengan air. ikut petua seorang pakar kesihatan. 30 minit lepas makan baru minum. Tapi kalau tercekik, minumlah. Hehe. 

6- Jangan tinggal sayur-sayuran.
Ini sangat penting sebagai tenaga tambahan dan bekalan vitamin dalam badan. Sayur memastikan anda mempunyai serat yang cukup untuk badan. Percayakah pengambilan sayur yang banyak tidak akan menggemukkan sebaliknya akan bantu kuruskan badan. 

7- Makan dengan perlahan dan nikmati makanan. 

Ini antara langkah terpenting agar anda tidak gelojoh bila makan. Makan dengan gelojoh akan buat anda berasa susah untuk kenyang dan sentiasa lapar. Ikut 20 minute rules. Perut agak lambat untuk respon anda dah kenyang. Tindak balas kenyang akan berlaku setelah 20 minit selepas makan. Selepas 20 minit, perut yang asalnya anda rasakan kosong, tiba-tiba terasa mengisi ruang dan jadi padat. Itu biasa. Jadi, kunyahlah perlahan-lahan. Ikut sunnah nabi.

Aku harap kau ikutlah etika-etika ini dengan baik. Untuk muslim jangan lupa baca doa makan sebelum makan agar menambahkan lagi keberkatan makanan yang akan kita jamah. 

Cuba disiplin dan biar capai target makanan perkalori berapa yang kau perlukan untuk setiap kali hidangan.

Semoga bermanfaat. 

Cikyah
Bukan coach. Sekadar kongsi ilmu.

Monday, 17 July 2017

Kelas Online Diet Cikyah - Diet Kalori Siri 5

Nak join next kelas cikyah? Next class ke-5. Get ready! Kita buat kelas balanced diet, eat clean, no telan ubat kurus. 100% natural food. Dan dan.....! Cikyah bukan buat diet atkin. Tapi diet yang sustainable. Dalam kelas previously ramai geng geng diet cikyah yang dah berjaya loss 10kg start ikut kelas cikyah bulan 5 lepas. 

Kita fokus diet jangka panjang. Bak kata geng cikyah merecik hawaw tengok kita. Hamboiiii. 

Korang tak nak ke?
Stay tune hockeyyyyy

Sunday, 28 May 2017

You must change first before change something!

No doubt, Cabaran yang paling susah untuk menurunkan berat badan nie ialah ubah cara pemakanan dan lifestyle kita. Ada orang tanya saya perlu ke kita ubah? Saya jawab balik, sanggup ke nak berubah? If sanggup, saya boleh bagi tips macm mana saya buat mula-mula dulu..


Tapi saya cakap terus terang, saya ambil masa 3 bulan untuk tukar cara pemakanan saya, tukar mind setting dan paling penting, sekarang nie saya dah tak rasa nak makan benda tue semua. Bukan tak nak makan tapi memang dah tak boleh makan. Kena terima hakikat yang badan saya nie gemuk bukan dalam masa 2 minggu, bertahun-tahun lamanya..jadi kalau nak kurus pun kena sabarlah..janganlah semuanya nak cepat jer.

Jadi mula2, ambil satu buku dan tulis pola pemakanan selama 2 minggu, kalau boleh catat sekali masa. Please, sila jujur dengan diri sendiri. Kalau tea time tu makan karipap 6 biji, tulis je 6 biji. Kalau breakfast makan nasi lemak dengan telor mata dan sambal kerang, sila tulis yer. Jangan nak ngelat! Pastu tulis water intake juga.

Selepas 2 minggu, study balik pola pemakanan tu, kira berapa banyak kalori intake hari-hari, tengok water intake berapa liter sehari, berapa kali makan fast food, berapa bnyk hidangan buah/sayur yang awak makan. 

Lepas tulis tu semua, first kita akan notice yang kalori intake kita memang banyak melebihi keperluan seharian, pastu takde exercise bermakna takde kalori keluar, apa yg kita makan hari-hari ialah processed food, sugar dan kurang makan buah dan sayur. nampak tak betapa tidak sihatnya pemakanan kita selama nie?

that's why saya cakap, kena ubah diri sendiri sebelum kita ubah something. macam mana nak buat, follow tips saya yg saya share dalam entry sebelum nie. next entry saya akan ceritakan macam mana nak kira kalori.

Tuesday, 25 April 2017

Turun berat sampai 40kg !!!

Ramai tanya macam mana boleh turun berat almost 40kilos!!!!

3 cara untuk turunkan berat dengan mudah :-

1. Jaga pengambilan kalori.
Bukan tak boleh makan atau tak makan. Tapi kawal. Contoh, sehari perlu ambil 1400kcal. So make sure mula dari breakfast dan jangan ambil yang terlalu heavy. 

2. Senaman.
Yang ni ramai yang liat nak buat atau takde masa. Tak semestinya kena pergi gym. Kena lari 4 round. Duduk rumah pun boleh bersenam. Boleh download kat youtube cardio workout.

3. Suplemen mesti kena ambil untuk membantu mempercepatkan proses untuk menurunkan berat badan. Suplemen ye, bukan ubat.
Ketiga-tiga ni memang penting dan berkait rapat antara satu sama lain. Cuba amalkan ketiga-tiga ni inshaAllah memang boleh turunkan berat badan. Yang penting niat kita. 

Boleh wasap admin untuk kami guide anda hingga berjaya. 

Wednesday, 15 March 2017

Diet kalori dan shaklee

.
Wei, apesal sihat sangat ko ni. Dulu kecil macam lidi. Pastu kahkahkah gelak macam syaiton. Tak lawak der!
.
Biasa nya member or sedara yang jarang kita jumpa syiok kata kita.  Macam kita yang dengar ni takde perasaan. Masa tu rasa macam๐Ÿ˜  campur ๐Ÿ˜ข. 

Tuan puan sekalian,
Aku dulu pun ada je orang sekeliling jenis gitu. Asal jumpa je keluar ayat mukadimah.  Terasa self-confidence dilenyek-lenyek je. Dah la masa tu kite tengah low self-confidence๐Ÿ˜‚
.
Orang tak tahu how much kita struggle nak kuruskan badan. Orang tak tahu how much kita sendiri frust dan sedih tengok badan sendiri. Nak-nak pulak jenis badan yang naik masa pregnant dan susah nak turun balik bila dah bersalin. Huwaaa๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜ญ 

Badan kita berbeza sebab kita lahirkan zuriat untuk suami kita. Yang mengata tu sedap lah mengata macam macam. Badan pun tak lah kurus mana. Sabor jelah. 

Orang tak tahu how much kita struggle sebab dalam dilema nak kurus atau nak tunaikan hak anak nak susu badan. Diet nanti takut susu drop๐Ÿ˜ญ
.
Orang just tak tahu how much 1 ayat simple tu boleh buat kita sedih dan stress giler๐Ÿ˜ž. So be careful with our words. Jangan disakiti hati orang dengan alasan bergurau. Kalau takde mukadimah make sure keep your mouth shut or bagi je salam kan? 

Aku nak share ni ibu menyusu still boleh kurus tanpa jejas production susu. Syarat makan ikut keperluan kalori dan lebihkan protein, sayuran dan air kosong okay. 

Aku dah pun turun lebih kurang 38.6kg, diet start dari dalam pantang,  baby naura almost 5 mth & amar 2 half yrs,  but depa berdua masih susu badan dan aku pun masih diet lagi. 

Ok izinkan aku untuk teruskan berlari !
.
#dietsihat 
#notadietkakmis 
#healthyeating 
#dietibumenyusu
#suplemenshaklee
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...