
Assalammualaikum.. Terima kasih kerana mengunjungi blog kami. Blog ini adalah berkaitan dengan kesihatan dan kecantikan, pemakanan tambahan dan info-info berkaitan kesihatan melalui pengalaman sendiri serta rakan-rakan dan juga membuka peluang kepada anda menjadi sebahagian daripada rakan bisnes kami. Happy reading ya !
Monday, 7 November 2016
Promosi November 2016 Shaklee
Friday, 4 November 2016
Set kurus shaklee terbaik!
Saturday, 8 October 2016
Kelebihan Ostematrix Shaklee
Saturday, 10 September 2016
Promo Shaklee September : VITAMIN C shaklee
Thursday, 25 August 2016
Pengalaman berpantang : Set postnatal Shaklee
Tuesday, 9 August 2016
Polip - Bersin hingga berdarah
Kenapa DETOKS PENTING..?
Berhenti merokok gara-gara vivix
Saturday, 21 May 2016
RESDUNG: UBAT & RAWATAN PALING BERKESAN YANG TIDAK MENYAKITKAN
Monday, 21 March 2016
Vitamin C 500mg Shaklee : Antioksidan hebat.
Nampak tak mee segera tu bertukar hitam...?
Demo 7. Dalam beberapa minit larutan iodin bertukar jernih dan bersih. Tiada sebarang keladak timbul. Menunjukkan bahawa vit c shaklee adalah bersifat larut air.. Jika ia diambil scr berlebihan ia akan dibuang terus melalui air kencing dan tidak merosakkan buah pinggang.
Tuesday, 8 March 2016
Sijil Halal Shaklee 2016
- Alfalfa Complex
- B-Complex with Folic Asid
- CarotoMax
- Chewable Vita-C Plus
- Cinch Energy Tea Mix
- Cinch Cafe Latte Shake Mix
- Cinch Chocolate Shake Mix
- Cinch Vanilla Shake Mix
- DTX Complex
- ESP – Soy Protein Isolate Powder
- Garlic Complex
- GLA Complex
- Herb-Lax
- Lecithin
- Meal Shakes French Vanilla
- OmegaGuard
- OsteMatrix
- Peppermint-Ginger Plus
- Performance Pure Hydration Drink – Orange
- Phytocol-ST
- Sustained Release Vita-C Plus
- Vita-E Complex
- Vita-Lea for Children
- Vita-Lea Iron Formula
- Vivix
- Zinc Complex dan yang terbaru
- Nutriferon
Dapatkan produk Shaklee anda dan gunakan tanpa was-was!
Friday, 19 February 2016
Fakta bukan Auta
Percutian ke Langkawi - Part 1
SubhanaAllah... Cantiknya pemandangan
Gambaran homestay kami hari pertama ..
Kami sewa 1 rumah.. Not bad la.. Sangat kemas, bersih dan puas hati.. 2 bilik ber aircond, hall yg besar ( aircond) ada mesin basuh, tempat masak, mmg cukup lengkap dan semua berjalan lancar pada hari pertama kami sampai ke Langkawi...ok nnti kita sambung citer pegi Dataran Lang, perasaan gementar naik Cable car, Pantai Chenang, shoping coklat dan sebagainya....
Thursday, 18 February 2016
Bisul : tanda imunisasi badan yang lemah
BISUL adalah masalah jangkitan biasa dialami setiap orang sama ada kanak-kanak atau orang dewasa. Jangkitan bermula apabila bakteria atau parasit pada kulit merebak ke lapisan dalaman kulit menyebabkan ia kemerahan, bengkak, berisi nanah dan menyakitkan. Jenis bakteria paling biasa menyebabkan bisul pada kulit dikenali sebagai Staphylococcus Aerues.
Individu tertentu boleh mengalami masalah bisul atau jangkitan begini akibat diabetes, amino yang terjejas, HIV, tercedera serta imuniti yang rendah terutama pada kanak-kanak dan warga tua.
Pakar Perunding Pembedahan Ortopedik, Pusat Perubatan Prince Court, Dr Yong Chee Khuen, berkata biasanya bisul berlaku disebabkan kecederaan atau kemalangan yang tidak dirawat sempurna dengan kadar segera hingga menyebabkan terbentuknya ulser atau keradangan dalam kulit sehingga dijangkiti bakteria.
“Sekiranya berlaku jangkitan peringkat awal, ia dipanggil cellulites – sifatnya merah, sakit dan panas. Jika di dalam kulit atau bisul, sifatnya akan terbentuk kumpulan nanah di dalam rongga manakala peringkat lebih serius dipanggil Necrotising facitis atau bakteria yang memakan isi,” katanya kepada Berita Minggu.
Simptom utama proses keradangan atau jangkitan adalah kemerahan, panas, bengkak dan rasa sakit. Ia bukan saja terbentuk pada sebarang tisu pejal pada permukaan kulit, malah sering juga berlaku pada organ dalaman seperti paru-paru, otak, buah pinggang dan tonsil.
Sekiranya jangkitan berlaku sehingga terbentuk bisul, rawatan pilihan ialah pembedahan. Begitupun, sebelum pembedahan dijalankan, antibiotik akan diberi selain ujian darah bagi mengenal pasti masalah lain.
Bagi kanak-kanak yang lebih gemar berdiam diri dan tidak tahu di mana lokasi jangkitan sebenar, imbasan MRI dan CT akan dijalankan.
Bisul disebabkan amino yang terjejas pula mampu merebak melalui darah. Di sini darah berfungsi sebagai lebuh raya dan menyebarkan bakteria ke seluruh tubuh. Oleh itu, remaja yang tidak menjaga kebersihan diri pasti akan terkena jangkitan ini.
Bagaimanapun, punca paling lazim adalah sifat kulit itu sendiri yang mudah terdedah kepada anasir yang tidak baik. Kulit bukan saja organ tubuh paling besar, malah berfungsi sebagai mekanisme pertahanan diri yang penting.
Setiap inci kulit diseimbangkan dengan bakteria baik dan bakteria tidak baik. Bakteria baik tidak akan membawa sebarang masalah tetapi sebaik saja tubuh kekurangan imuniti atau ketahanan diri, kecederaan kecil saja sudah mampu menyebabkan jangkitan. Tidak dinafikan kebersihan diri cukup penting tetapi perlu diingat terlalu bersih juga tidak baik kerana kita akan membunuh kedua-dua bakteria ini.
Jelas Dr Yong lagi, bisul yang biasa dan tidak serius boleh dirawat menggunakan antibiotik dan pembedahan. Tapi bagi bisul disebabkan amino yang terjejas, boleh merebak dengan cepat pada tisu dalam tubuh menyebabkan kegagalan beberapa organ dalaman. Dalam apa juga keadaan, pencegahan adalah perkara terbaik termasuk penjagaan kebersihan diri yang rapi dan imuniti diri lebih tinggi.
“Sekiranya simptom awal seperti merah, bengkak, sakit dan demam berlaku, terus berjumpa doktor bagi mengelak jangkitan merebak lebih ke dalam kulit.
“Di rumah, sebagai langkah awal ibu bapa boleh mencuci luka dengan menggunakan air panas, antiseptik dan iodin. Namun jika ia semakin membengkak, pesakit akan mula berasa tidak sihat, demam, luka menjadi kemerahan dan mula merebak, cepatlah berjumpa doktor,” katanya.
Dari segi pemakanan, mengamalkan diet seimbang disarankan bagi mempercepatkan penyembuhan.
“Terlalu banyak pantang larang dalam masyarakat seperti ayam, udang, ikan dan telur yang dipercayai menyebabkan kegatalan. Ironinya untuk sembuh, kita memerlukan hemoglobin, albumin serta Vitamin C dan semua nutrien ini terkandung dalam diet yang disebutkan itu.