Thursday, 7 June 2018

Pendaftaran Kelas DietCikyah vol13 kini Dibuka




Pengambilan baru kelas Diet Cikyah kini dibuka !!

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

Berita gembira buat mereka yang ingin menurunkan berat tanpa produk dan wajib makan nasi !!! Pendaftaran Kelas #gengdietcikyah kini dibuka.

Modul kelas #gengdietcikyah


   Fokus pada konsep pemakanan sihat dan seimbang menggunakan kaedaah kawaalan kuantiti makanan dan masih dalam keperluan kalori harian untuk turunkan berat badan. 
3 Topik untuk kelas online antaranya :-
(1) Asas penurunan berat badan - konsep asas, pengiraan BMR & DCR
(2) Bijak memilih produk dengan membaca label makanan
(3) Kesalahan yang sering dilakukan dalam proses turunkan berat badan
kita akan berkongsi menu plan serta pelbagai resepi masakan malaysia yang diolah secara sihat dan juga sharing menu masakan yang seimbang dan sihat yang boleh dijadikan panduan untuk diet.

Pelaburan anda untuk kelas GDCY ni memang sangat berbaloi dan anda tidak akan stress sebab anda boleh makan pelbagai jenis karbo termasuk nasi. 

Group diet cikyah ni ekslusif  untuk mereka yang ingin turunkan berat, sharing dan tips untuk kuruskan badan. Bagi yang berminat untuk menyertai pogram ini yuran yang sangat berbaloi baloi !!! Hanya RM50 sahaja selama 21 hari dan anda akan dipantau oleh saya sendiri. WOW!!! Bestnya !!!


memng tak rugi join kelas cikyah 

Try sarung kebaya zaman anak dara dulu da boleh sarung- Loss hampir 30kg !

Puan Hamsyidar - Loss hampir 26kg

Puan Misriah - loss 44kg!!!


Lagi testimoni gengdietcikyah klik sini 

Dari kelas ini kita akan faham beberapa perkara, antaranya :

• Apa itu Kalori
• Apa itu BMR
• Apa itu DCR
• Pemakanan sihat, workout dan banyak lagi.

    So, dalam Kelas Diet Cikyah ni saya akan ajar Pengiraan Kalori agar mudah para pelajar menurunkan berat badan dalam tempoh diet dirancang.

    Banyak pilihan, bergantung kepada individu.

Semoga dengan ilmu yang dicurahkan ini diberi keberkatan dan kerahmatan dari Allah SWT. Sama-sama kita doakan para peserta agar mereka capai apa yang diharapkan.
InsyaAllah.

Ingin mendaftar kelas #gengdietcikyah? Ilmu kurus cara sihat, tanpa produk. Wasap disini 013-6369014. Untuk pendaftaran kelas vol.12 sila klik link ini 

Facebook : Misriah Yahaya

Friday, 1 June 2018

Kisah Transformasi Puan Misriah, Turun 44kg selama 10 Bulan!

   Assalammualaikum semua pembaca yang budiman, Hari ni cikyah nak share sedikit tentang perjalanan diet cikyah dan telah mendapat perhatian daripada beberapa blog yang ingin berkongsi kisah diet cikyah.


*******



Kisah kejayaan kali ini dikongsikan oleh Cik Yah atau nama sebenar beliau Puan Misriah bt Mohamed Yahaya. Beliau telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 44kg dalam tempoh 10 bulan. Beliau juga merupakan salah seorang pengguna planner Diari Diet yang dikeluarkan oleh team Susu Sejat. Kisah ini pada asalnya dikongsikan ke Whatsapp saya sahaja, namun saya telah minta izin pada beliau agar kisah ini turut disiarkan di blog susu sejat untuk menjadi pemangkin motivasi buat rakan-rakan SS yang lain. 

Alhamdulillah, beliau bersetuju.


Moga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberikan semangat pada rakan-rakan di luar sana yang masih berjuang dalam proses menurunkan berat badan seterusnya ke arah gaya hidup sihat dan mantap!


****


Saya mula kenal diari diet sususejat hasil pemberian kakak saya as a gift.. takde niat pun nak diet sebab waktu tu saya masih dalam tempoh pantang. Berat saya masa tu 102kg. Saya pernah diet dengan kurangkan makan. Tapi biasanya diet saya fail. 4x percubaan saya nak kurus, semua tak berjaya. Hehe.. makin bertambah berat lagi adalah. Sampailah kakak saya offer buku diari diet, sebab dia ada 2 version diari diet ni. Yang baru dan yang lama. So dia bagi saya versi yang lama.

   

    Bila dah dapat diari tu, saya terus baca je. Mula-mula tu pasal kalori. First time saya dengar tentang diet kalori. Sebab masa tu tengah popular diet atkin.

     First page saya baca pasal kalori. Menarik. Sebelum ni memang jarang ambil port pasal kalori ni. Diet semua main hentam!


Saya baca dulu sampai hadam. Sampai naik lunyai buku tu. Hahahaha.. dalam diam diam saya trykira kalori makanan harian saya based on contoh yang diberikan dalam diari diet tu. Dalam masa yang sama, saya pun breastfeed baby. Saya catat apa yang saya makan, alhamdulillah, penghasilan susu langsung tak terjejas. Kekadang kalau saya terambil sikit je makanan, tak cukuplah pengambilan kalori, jadi saya akan semak semula pemakanan saya. Itulah gunanya kita merekod makanan.

      Sekarang baru saya tau, diet ni pun ada trick dan strategi dia rupanya. Bukan sekat makan atau tak makan macam yang orang selalu buat. Dulu pun sebab desperate nak kurus, saya pernah try buat diet atkin, tapi tak mampu lah. Pening kepala saya. Baru 2-3 hari saya stop. Sudahnya saya give upSo saya selalu doa agar dijodohkan dengan diet yang lebih sesuai dan berkekalan (long term).

   Saya sememangnya mencari satu diet yang sustainableflexiblebalance dan long term. Alhamdulillah… akhirnya diketemukan juga. Semenjak dari tu, saya cuba faham beberapa isitilah seperti BMR, DCR, DCI, semua tu saya fahamkan. Jadual dalam buku diari pun saya isi. Bila buat on paper, baru kita boleh nampak Kalori masuk vs kalori keluar.


Pendekkan cerita, saya ambil masa 10 bulan untuk dapatkan berat badan ideal. Dari angka 102kg, sekarang berat saya dah capai 58-59kg☺. Sebenarnya saya pernah capai berat 53kg, tapi saya rasa kurus sangat, jadi saya tak berapa selesa. Badan nampak bongkok. So saya naikkan berat ke 58-59, baru rasa ok sikit.
Tapi secara keseluruhannya, nak kuruskan badan ni tak adalah susah mana. Strateginya ialah Kenali diri, faham konsep kalori, BMR, DCR, DCI, dan paling penting defisit kalori. Fahamkan istilah-istilah tu dan dalam masa yang sama terus apply dalam diet harian. Akhir sekali, disiplin. Inshaa Allah, pasti berjaya.



Walaupun kini saya dah mencapai berat badan ideal, tapi saya masih aktifkan diri dengan aktiviti senaman (malah semakin aktif). Jaga pemakanan pun sangat penting, selain kena fahamkan konsep kalori. Dan kena rajin workout. Alhamdulillah.



Sampai sekarang pun saya masih jadikan sususejat sebagai “buku rujukan” saya. Saya dah ada buku diari diet versi baru, yang saya beli sebelum raya tahun lalu. Siap dapat duit raya rm5 lagi dari sususejat. Hehehe. Diari tu pun berguna sebab info dia lain dengan versi yang sebelumnya.
Encik Joy, bayangkan kalau kakak saya tak bagi saya baca buku diari diet tu? Rasanya sampai sekarang masih fail lagi kot diet saya 


   Sharing ni sekadar nak luahkan perasaan saya dan untuk ucapkan terima kasih pada encik. Buku diari diet sususejat sememangnya merupakan turning point untuk saya berubah ke arah gaya hidup yang lebih sihat.
      Terima kasih ye…
Larian Obor Sukan Sea. Kurus sangat masa ni !


Encik Joy boleh share perjalanan diet saya yang tak seberapa ini.. semoga sharing ni dapat membuka mata mereka yang nak diet tapi takut nak mulakan atau selalu guna alasan tak reti nak mulakan dari mana.
Encik sususejat nak request boleh..? Boleh tak sign buku CSS yang bakal diposkan nanti? 😄
p/s: Jangan lupa follow Cik Yah kita di Facebook (Misriah Yahaya) dan Instagram (@misriahyahaya)
 ====
Sumber : Blog Sususejat

Saturday, 27 January 2018

Kira berat sasaran guna formula BMI

Ramai yang tanya aku macam mana boleh kurus sampai hilang 40Kg berat badan. Letih juga aku nak jawab satu demi persatu pertanyaan memandangkan jawapan aku adalah hampir sama sahaja. 

Ok ok.. Baik, aku cerita sikit strategi untuk hilang sekurang-kurangnya 1Kg dalam masa seminggu, so kalau korang nak hilang, let say 40Kg macam aku, maka boleh hilang dalam lebih kurang 40 minggu = 10 bulan sahaja.

Korang janganlah pelik, kenapa sampai 40Kg je, then aku stop? Sebabnya mudah, kalau aku hilang 40Kg, maka aku akan mendapat BMI idle iaitu 23. As simple as that. So, korang kalau nak kurus tu, apa2 hal pun buat la kira2 dulu!! jangan terlebih kurus sampai jd ‘keding’ plak😆

Terlebih dahulu, aku nak bagitahu la, aku share info ni bukan sebab nak riak kata aku dah kurus ke apa, tapi aku rasa benda ni adalah ilmu, dan memang wajib ilmu itu disebarkan supaya ianya terus bercambah. Ok?

Salah satu topik dalam kelas aku yang wajib student aku buat❤️❤️

Kira Berat Badan Sasaran, guna formula BMI

☝️Kira BMI terkini korang
☝️then kira plak berapa berat yang perlu korang buang. BMI Idle korang (BMI Idle ialah antara 18-25, Overweight 25-30, Obese 30>). Contoh pengiraan:

Berat terkini 140Kg, Tinggi pula 1.5m (memang clearly obese la kan).

Formula: BMI = Berat dalam Kg / (Tinggi dalam meter)^2
= 140Kg / (1.5m)^2
= 62.2 Kg/m^2

Sememangnya super duper obese bmi 62.2 ni, nak turun pulak sampai sekurang-kurangnya dapat bmi 25, so berapa ek nak buang??? 

Sebab kita ni kadang-kadang dah tak bleh nak tinggi lagi bila melepasi umur 20 tahun, maka kita kena jugak adjust weight kita ni. Kira expected weight (berat target) dulu la jawabnya.

Berat target (kg) = BMI target X (Tinggi dalam meter)^2
= 25 X (1.5m)^2
= 56.3 Kg ~ 56Kg.

Berat perlu dibuang = Berat terkini – Berat target
= 140 – 56
= 84 Kg.

Mesti korang kata, gila kentang, nak buang sampai 84Kg👊👊👊

Di sini, biar aku jelaskan, itu bukan perkara mustahil. Nak buang 84Kg, maksudnya kena makan masa 84 minggu, lebih kurang setahun setengah juga la, tapi itu bukan suatu masalah.

Yang penting disiplin, that’s the key of success. Kalau rasa 84Kg tu terlalu banyak, boleh je kita nak buat sub-goal dulu, seperti nak turunkan berat sebanyak 20Kg dulu, then bila dh lepas tu, naikkan sket untuk turun 30Kg plak. 

Sikit2 lama2 jd bukit, betol tak?

Kalau korang rasa susah sangat nak paham, carilah mana2 sifu yang boleh pahamkan korang. Jangan belajar sorang2. 

Benda ni lah aku ajar student aku dalam kelas. Masuk kelas bukan bermakna kau tak faham, tapi belajar untuk lebih memahami. 

Cikyah,
tak suka belajar sorang2

NAK KURUS KENA EXPERIMENT



Pernah tak korang diet hanya ikut ikut apa orang cakap , dan bila tak dapat result terus rasa give up lepas tu cuba cara diet yang lain pulak ?  Sampai ke sudah tak berhasil. Itulah , banyk sangat experiment ! 

Tahniah kepada salah seorang #gengdietcikyah dalam Kelas ke-9 yang berjaya menurunkan berat dan pada masa yang sama inchloss. Bayangkan sebelum ni dari saiz 40 turun 35😍! Dah macam macam experimen yang beliau lakukan untuk kurus, selepas join kelas baru lah menemui " experimen" yang betul 👏👏👏

Fahamkan betul betul apakah maksud diet yang sebenarnya. Dalam team Dietcikyah , kami belajar untuk diet yang betul, tak perlu berlapar untuk turunkan berat. Nak kurus kena makan !  

Tak percaya ? Jom "berexperiment" dengan meal plan sehari 6x makan. 

Kurus dari rumah dengan meal plan makan 6xsehari. Nasi tak bersalah😄

Nak mendaftar utk #kelasdietcikyah? Ilmu Kurus cara Sihat,Tanpa Produk. Wasap ke www.wasap.my/60136369014 hari ini untuk Promosi Februari 👍🏼

Friday, 10 November 2017

Diet korang kelaut?

Kawan-kawan. 
Tahun 2017 bakal berakhir. 
Tak putus2 orang mintak tips diet dari aku. Tak sempat aku nak karang panjang berjela pada setiap orang yang mintak tips diet. 

Maafkan aku ye. 

Harini aku cuba kongsi etika yang diamalkan sepanjang setahun aku diet. 

1- Point pertama, Jadikan makanan yang direbus/dibakar/distim sebagai pilihan utama.
Mengapa ini point pertama? Kalau point pertama ini pun dah gagal kau ikut maka proses diet itu sia-sia. Makanan rebus, bakar, dan stim antara menu yang rendah lemak dan kurang minyak. Makanan yang dibakar pula pastikan jangan sampai hangus. Kalau terbakar teruk akan jadi karsinogenik so bakar light saja..
Selain mampu menjimatkan kalori berbanding makanan yang bergoreng ia adalah menu yang sihat dan jika di amalkan dengan konsisten. Badan kau yang besar akan sedikit susut hasil penjimatan kalori ketika memilih menu seperti ini.

2- Jangan tinggalkan nasi.

Selama diet, jangan pernah tinggalkan nasi. Selain daripada karbohidrat, nasi juga membantu memberikan tenaga sepanjang hari dan elakkan badan jadi lemah longlai. Tapi untuk kurus, makan nasi 2-3 pinggan bukanlah ubat mujarabnya. Cukuplah kuantitinya sekadar segenggam tapak tangan. Ia dah memadai untuk tenaga. Nak turunkan berat, makan separuh dari saiz tapak tangan.

3- Minum segelas air suam sebelum makan.

Tak kisah pun berapa gelas kau nak minum sebelum makan. Tujuan minum segelas air sebelum makan adalah sebagai pelapik perut. Ini habuan untuk kawal sedikit nafsu makan. Percayalah ia membantu. Tak nak percaya, kau punya pasal. 

4- Jauhkan diri daripada air manis

Kalau mahu minum yang air bancuh pun carilah kopi kosong, milo kosong dan jus kosong. 

5- Makan yang tidak berulamkan air

Untuk elakkan perut jadi buncit, boroi dan jadikan usus lebih baik. 15-30 minit lepas makan baru minum. Atau minumlah seteguk dua selepas makan. Tidak bagus makan nasi selang seli dengan air. ikut petua seorang pakar kesihatan. 30 minit lepas makan baru minum. Tapi kalau tercekik, minumlah. Hehe. 

6- Jangan tinggal sayur-sayuran.
Ini sangat penting sebagai tenaga tambahan dan bekalan vitamin dalam badan. Sayur memastikan anda mempunyai serat yang cukup untuk badan. Percayakah pengambilan sayur yang banyak tidak akan menggemukkan sebaliknya akan bantu kuruskan badan. 

7- Makan dengan perlahan dan nikmati makanan. 

Ini antara langkah terpenting agar anda tidak gelojoh bila makan. Makan dengan gelojoh akan buat anda berasa susah untuk kenyang dan sentiasa lapar. Ikut 20 minute rules. Perut agak lambat untuk respon anda dah kenyang. Tindak balas kenyang akan berlaku setelah 20 minit selepas makan. Selepas 20 minit, perut yang asalnya anda rasakan kosong, tiba-tiba terasa mengisi ruang dan jadi padat. Itu biasa. Jadi, kunyahlah perlahan-lahan. Ikut sunnah nabi.

Aku harap kau ikutlah etika-etika ini dengan baik. Untuk muslim jangan lupa baca doa makan sebelum makan agar menambahkan lagi keberkatan makanan yang akan kita jamah. 

Cuba disiplin dan biar capai target makanan perkalori berapa yang kau perlukan untuk setiap kali hidangan.

Semoga bermanfaat. 

Cikyah
Bukan coach. Sekadar kongsi ilmu.

Monday, 17 July 2017

Kelas Online Diet Cikyah - Diet Kalori Siri 5

Nak join next kelas cikyah? Next class ke-5. Get ready! Kita buat kelas balanced diet, eat clean, no telan ubat kurus. 100% natural food. Dan dan.....! Cikyah bukan buat diet atkin. Tapi diet yang sustainable. Dalam kelas previously ramai geng geng diet cikyah yang dah berjaya loss 10kg start ikut kelas cikyah bulan 5 lepas. 

Kita fokus diet jangka panjang. Bak kata geng cikyah merecik hawaw tengok kita. Hamboiiii. 

Korang tak nak ke?
Stay tune hockeyyyyy

Sunday, 28 May 2017

You must change first before change something!

No doubt, Cabaran yang paling susah untuk menurunkan berat badan nie ialah ubah cara pemakanan dan lifestyle kita. Ada orang tanya saya perlu ke kita ubah? Saya jawab balik, sanggup ke nak berubah? If sanggup, saya boleh bagi tips macm mana saya buat mula-mula dulu..


Tapi saya cakap terus terang, saya ambil masa 3 bulan untuk tukar cara pemakanan saya, tukar mind setting dan paling penting, sekarang nie saya dah tak rasa nak makan benda tue semua. Bukan tak nak makan tapi memang dah tak boleh makan. Kena terima hakikat yang badan saya nie gemuk bukan dalam masa 2 minggu, bertahun-tahun lamanya..jadi kalau nak kurus pun kena sabarlah..janganlah semuanya nak cepat jer.

Jadi mula2, ambil satu buku dan tulis pola pemakanan selama 2 minggu, kalau boleh catat sekali masa. Please, sila jujur dengan diri sendiri. Kalau tea time tu makan karipap 6 biji, tulis je 6 biji. Kalau breakfast makan nasi lemak dengan telor mata dan sambal kerang, sila tulis yer. Jangan nak ngelat! Pastu tulis water intake juga.

Selepas 2 minggu, study balik pola pemakanan tu, kira berapa banyak kalori intake hari-hari, tengok water intake berapa liter sehari, berapa kali makan fast food, berapa bnyk hidangan buah/sayur yang awak makan. 

Lepas tulis tu semua, first kita akan notice yang kalori intake kita memang banyak melebihi keperluan seharian, pastu takde exercise bermakna takde kalori keluar, apa yg kita makan hari-hari ialah processed food, sugar dan kurang makan buah dan sayur. nampak tak betapa tidak sihatnya pemakanan kita selama nie?

that's why saya cakap, kena ubah diri sendiri sebelum kita ubah something. macam mana nak buat, follow tips saya yg saya share dalam entry sebelum nie. next entry saya akan ceritakan macam mana nak kira kalori.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...